Salam...
Hari ni 15 Januari genap anakanda Ayman Zafran berusia 8bulan. Alhamdulillah anakanda semakin lasak dan cergas. Semoga adik terus membesar menjadi anak yang soleh dan teman rapat kepada abang Faris Amsyar..:)
erkkk...mmg la, nampak sangat malas nk menulis entry, tajuk lain pun leh selit cerita lain..huhu..
Nak bercerita tentang anakanda sulung yang dah memulakan sesi 'persekolahan' nya awal minggu lepas. Faris join taska untuk 3 tahun. Apa yang ibu perhati, anakanda suka sangat ke sekolah, teruja nak berjumpa dengan cikgunya dan kawan-kawan. Bersemangat untuk bangun pagi walaupun tidur lewat setiap hari. Hampir tiap hari ibu yang tidur dulu sebelum abang, tapi abang tetap segar di pagi hari..huhu. Sampaikan hari Sabtu pun abang bangun awal pagi n minta nak mandi..huhu
bila nak dapat uniform ni??
Semalam abang mengadu :
Faris : Ibu, kita kena tidur kalau dah malam kan?teacher tu suruh abang tidur panas-panas.
Ibu : hah?school abang panas ke?
Faris : teacher suruh abang tidur panas-panas..masa ada sun. Kita tidur kalau dah malam kan?apa la teacher tu, panas-panas lagi suruh abang tidur
ibu: oowwww...
Bila di pikir barulah ibu paham, maksud Faris, teacher suruh dia tidur siang..hehe..kompem dia duk tak puas hati bila teacher dia suh tidur siang, kompem sebab dia nak bermain kan?huhu..korang tak paham?abaikan...hehe
Pernah juga abang balik dan mengadu
Faris : ibu tadi ada orang gaduh dekat school, tak baik kan gaduh-gaduh kan ibu?nanti ALLAH bagi dia storm camne ibu?
Ibu : lain kali kalau orang gaduh abang cakap lah 'tak baik gaduh-gaduh, kena main sama-sama. Abang jangan gaduh tau..
Faris : ok ibu..abang tak gaduh.
Hari-hari ibu teringat kan abang tau..apa la abang buat kat sekolah?menangis ke abang kalau berebut mainan?ada orang buli abang tak atau abang yang membuli?huhuhu..Memandangkan anak ibu ni sentimental orangnya, kalau kena kacau kompem menangis..huhu
Salag satu aktiviti di sekolah, adalah main lego..eh lego tu brand ke nama permainan tu ek?apa-apa la kan..tapi abang bahasakan 'block'. Selalu kalau di rumah, ayat abang 'ibu buatkan abang elephant' or 'ayah buatkan abang ......'..semuanya dia harapkan ibu dan ayah yang buat. Bila ibu minta abang cuba buat, 'abang kan kecik lagi, abang tak pandai'..ermm..abang belom confident dengan kebolehannya. Tapi sejak dah ke sekolah ni..ermm...
abang semakin kreatif dan yakin dengan skill abang..hehe
abang kata ni elephant..hehe
Heheh..besar dah anak ibu sorang ni, ibu harap banyak la yang abang belajar di sekolah abang, belajar tuk bergaul dan belajar tuk menapis baik dan buruk. Semua tu perlukan masa dan sememangnya dalam usia sekarang, semua benda abang akan tiru.
eh satu lagi, dah 2 kali abang bawa balik beg penuh makanan ringan..ermmm..ibu tak berkenan..erk, cerewet ek ibu nih?kena wat homeschooling jek la kalau camni kan?hahahha
Wassalam...