Monday, July 16, 2012

Majlis Kesyukuran Ayman Zafran

Salam...

wahh..lama tak bersiaran..hehe..banyak idea dalam kepala cuma masa kureng. Banyak yang perlu di utamakan berbanding mengadap laptop nih. Surirumah la katakan..eh..bercakap sal suri rumah..sape kata surirumah releks?takde keje?rasanya jadi suri rumah lebih memenatkan daripada hari ibu bekerja di opis. Bila di rumah bersama anak-anak, masa rehat aka tidor mereka adalah waktu kerja kita..waktu kerja aka main mereka juga waktu kerja kita..Habis office hour pun surirumah masih perlu berkerja..cuma, ibu rasa lebih gembira, kurang risau dan selesa bila menjadi surirumah. Coz anak-anak depan mata mestilah lebih bahagia daripada di jaga orang lain kan?hehe..

hehe..gian nak menulis la ni kan?topik lain tapi ceritanya lain..ok..ibu just nak share picca sepanjang majlis aqiqah dan cukur jambul anakanda Ayman pada 30 Jun lepas..lama dah..huhu..Alhamdulillah waktu tu genap Ayman 45 hari.


Majlis kesyukuran di ketui kumpulan marhaban Masjid Afzan

  Majlis di mulakan dengan tahlil dan doa selamat.Ayman sangatlah baik sepanjang majlis..

 Berendoi..

anak ibu sebelum di botakkan

Ayman di cukur jambul oleh maa aka nenek Ayman 


 Ayman Zafran..


Kini kami berempat..;)
 


ibu, mummy dan Faris
 

 Selepas tamat majlis..projek membotakkan Ayman Zafran

Selamat dah di botakkan..cumel kan??

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Terima kasih daripada ibu, ayah, Ayman dan Abang Faris kepada nenek, mak lang, mummy dan pok yi yang banyak membantu perjalanan majlis ini. Semoga segalanya mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT.

Semoga segala doa dan nasihat untuk Ayman akan mengiringi pembesaran anakanda hendaknya..:)..Ayman mesti jadi anak soleh kebanggan ibu dan ayah k..

Cerita tentang 2 bulan bersama Ayman dan 29 bulan bersama Abang Faris akan menyusul sekiranya ibu dapat mencuri masa lagi..ibu bukan pencuri masa yang baik..hehe..

Wassalam

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang