Salam...
Isnin lepas ibu dan ayah berjumpa dengan doktor O&G di HTAA. Tujuannya adalah untuk menentukan MOD (method of delivery) untuk kelahiran kali ini. Memandangkan abang Faris keluar ikut tingkap, so kami nak dapatkan nasihat dan pemahaman yang jelas bagi menghadapi kelahiran kali ke2 ini. Ramai dah kawan-kawan ibu yang berjaya dengan VBAC (Vaginal birth after csar), so hopefully dengan izin dari NYA ibu berpeluang untuk merasa kelahiran normal.
Alhamdulillah penerangan doktor tu sangat jelas..so ibu nak kongsikan bersama ibu-ibu yang mungkin mengalami situasi yang sama.
Peluang untuk VBAC
Peluang untuk VBAC adalah antara 70% - 80%..means antara 7-8 ibu daripada 10 ibu yang melahirkan secara csar untuk kali pertama, berjaya normal untuk kali ke2. Bila kali ke2 berjaya normal chances untuk kelahiran normal kali ke tiga meningkat kepada 90%.
Situasi Menuggu Kelahiran
Menurut doktor, selepas bukaan 4cm atau selepas ketuban pecah, ibu akan di beri peluang 6-8jam untuk melahirkan anak. Maksimum hours adalah 8jam untuk menunggu bukaan penuh. Selepas 8 jam, sekiranya belum mencapai bukaan sepenuhnya, emergency csar akan di jalankan untuk mengelakkan risiko rahim pecah.
Bagaimana boleh berlaku rahim pecah?
Contraction yang kuat atau terlalu lama untuk baby, boleh menyebabkan baby dalam keadaan stress. Bekas jahitan ibu merupakan kawasan yang lemah, jadi sekiranya bayi menolak dengan kuat pada bahagian tersebut, risiko untuk berlaku pendarahan sangat tinggi. Untuk mengelakkan pendarahan dan rahim pecah, emergency csar akan di jalankan.. DONT WORRY K..kita doa sama-sama, jalan buka dengan cepat dan tidak perlu tunggu sehingga 8jam..
Kesan induce
Ibu pernah terbaca peluang untuk melahirkan secara normal akan berkurang sekiranya ibu di induce. So soalan ibu terjawab semasa perjumpaan ini. Menurut doktor, induce takkan mengurangkan peluang untuk normal kerana dos yang di berikan tidak akan sama dengan ibu yang melahirkan kali pertama atau kelahiran normal sebelumnya. Untuk bekas csar, doktor tidak akan berikan sehingga full dos.
Nasihat dari Doktor
Ibu mencari hospital yang menyokong VBAC, sebab itu ibu ke GH kali ni (abang Faris dulu di KMC), dengan penerangan dari doktor ini juga akan membantu untuk ibu decide nak deliver di hospital mana..hehe..Sebab itu ibu perlukan sesi ini, supaya ibu boleh membuat keputusan untuk setiap suggestion doktor nanti, takdelah main setuju jek..huhu. Doktor pun ada beritahu, ibu boleh pilih di mana nak melahirkan memandangkan ibu faham dengan situasi yang bakal ibu hadapi. Menurut doktor juga, kita boleh menggunakan sebarang pain relief yang di sediakan di hospital semasa menghadapi contraction. Pain relief seperti epidural atau pethidine tak akan mengganggu proses untuk normal malah mungkin membantu. Kerana pain relief ini akan membolehkan ibu lebih fokus kepada kelahiran dan tidak panik. If nak tahu lebih, lanjut tentang pain relief sila klik DI SINI
Penjelasan doktor pada hari itu sangat memuaskan hati ibu, selepas sesi soal jawab, doktor scan baby. Alhamdulillah kedudukan baby ok dan berat baby 2.5kg. Doktor pun memberi support yang positif membuatkan ibu bertambah positif. INSYAALLAH dengan keberkatan dari NYA ibu berharap kali ni, adik boleh keluar secara normal. Tapi ibu tak akan merisikokan nyawa adik sekiranya ibu memang telah di tentukan untuk terpaksa di csar juga kali ke2 ni. Risiko dan situasi yang ibu perlu tahu tentang keadaan ibu pada kelahiran kali ke2 ni, insyaALLAH akan membantu ibu dan ayah untuk membuat keputusan yang terbaik.
Usaha dah di buat, doa sentiasa di pohon dan sampai masanya nanti bertawakallah..sesungguhnya DIA yang menentukan yang terbaik..:)
"Ya ALLAH semoga dengan segala keberkatan dan rahmat dari MU ,KAU permudahkanlah bagiku. Permudahkanlah dan janganlah ENGKAU sukarkan. Kerana sesungguhnya memudahkan adalah mudah bagi MU. Dan sempurnakanlah dengan kebaikan..AMIIN..."