Thursday, August 26, 2010

Siapa kata tak cukup??

Baby suka nangis kan?kalau baru lahir, kadang-kadang sejam or 2 jam sekali mesti nak neneng..sama la macam Faris dulu, baru pas neneng nangis lagi sampaikan nenek selalu cakap mungkin susu tak cukup..betul ke tak cukup?cuba korang baca info kat bawah ni..


Day of Life                   Infant Age                           Stomach capacity/  feeding
Day 1                         Birth - 24 hour                      5 -7cc (approx 1 teaspoon)
Day 2                         24 - 48 hour                         10- 13cc (approx 2 teaspoon)
Day 3                         48 - 72 hour                         22- 27cc (almost 1oz)
Day 4                         72 - 96 hour                         36- 46cc (almost 1.5oz)
Day 5                         96 - 120 hour                       43- 57cc (almost 2oz)

Sumber: http://sajirahazlan.blogspot.com

ini adalah keperluan susu bagi bayi dari hari pertama hingga ke lima..banyak mana sangat la kan?so baby nangis tu sure bukan sebab tak cukup susu. Awal-awal bersalin dulu pun ibu tak terus dapat keluarkan susu yang banyak, kebanyakan orang macam tu kan?Tapi alhamdulillah sesudu pun dah memenuhi keperluan anak kita..cantik percaturan ALLAH..Alhamdulillah ibu percaya susu ibu cukup untuk Faris dan sampai sekarang susu maintain lagi..yang penting percaya pada diri..selagi ada 'demand' dari anak insyaALLAH akan sentiasa ada 'supply'..

Wednesday, August 25, 2010

Resah Gelisah

Salam 15 Ramadhan untuk semua..Alhamdulillah dah 15 hari kita berpuasa, banyak tak top up amalan??Harap dah banyak topup amalan di samping sibuk menguruskan badan atau memikirkan juadah berbuka setiap hari k..

Entry kali ni lebih kepada tuk mengingatkan diri sendiri tentang kecuaian dan kelekaan ibu dalam menguruskan stok susu untuk Faris..Nak kata cabaran Ramadan rasanya tak sesuai coz resah gelisah ini datang akibat kecuaian diri sendiri. Alhamdulillah hasil untuk setiap kali pam sepanjang berpuasa tetap maintain malah ada hari-hari yang hasilnya lebih banyak dari bulan sebelumnya. Saat-saat 6bulan dah berlalu dengan jayanya (Alhamdulillah), ibu sangat2 berharap dapat meneruskan penyusuan sehingga 2tahun..

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Berbalik kepada tajuk entry tuh...stok susu untuk hari ini hanya tinggal 5oz..owhh..bila di pikirkan macam sukar n mustahil jek nak memenuhi keperluan Faris selepas ni kerana stok yang sangat berkurangan..Kadang-kadang terpikir mungkin terpaksa mengakhiri penyusuan setakat 6bulan..Nak menangis pun ada..sampai kan petang semalam ibu gantikan masa mengepam dengan tadarus bersama rakan pejabat coz hati ni sangat2 gelisah dengan stok yang tinggal..Hasil setiap kali pam sama tapi kenapa stok semakin kurang??ok..inilah part yang harus diingati sampai bila-bila, kalau pun takde rezeki tuk di teruskan sehingga 2 tahun untuk Faris, ini akan di jadikan rujukan untuk adik2 Faris nanti..

Semuanya salah ibu..cuai n leka..Ramadan di jadikan alasan untuk mengurangkan kekerapan mengepam..bulan biasa ibu pam 4kali, tapi hanya 2kali dalam bulan Ramadan ni..Bila kurang mengepam hasil untuk setiap hari tak dapat memenuhi keperluan Faris, so setiap hari ibu gunakan stok tanpa dapat gantikan semula stok yang di ambil..Lama kelamaan stok pun berkurangan..=(

InsyaALLAH belajar dari kesilapan itu, (walaupun baru 6bulan tapi katakan TIDAK untuk berhenti)..tak pernah pun terpikir tuk mula berikan susu lain..Malam tadi ibu bangun kul1 pagi tuk mengepam..Alhamdulillah walaupun ambil masa yang lama (sejam) tuk dapatkan 3oz (mungkin ke sebab perubahan waktu pam??).Kul1.30 susukan Faris sambil mengepam..dan sekali lagi selepas sahur tadi..Alhamdulillah sebelum pergi kerja tadi dapat tinggalkan 12oz tuk kegunaan Faris setakat tengah hari ini. Sangat-sangat kena beringat..walau apa pun jadi tak boleh kurangkan kekerapan mengepam..keperluan Faris tidak boleh di korbankan semata-mata untuk memenuhi keperluan ibu (bersenaang lenang tanpa mengepam)

inilah hasil mengepam selama 1jam pada 1 pagi..kira susu termahal setakat ini kerana mengambil masa yang sangat lama..walaubagaimanapun..ALHAMDULILLAH

Syukur ALLAH sentiasa permudahkan ibu, memberikan suami yang sangat supportive dan berikan kekuatan untuk ibu melawan stress..kerana dalam memastikan susu sentiasa maintain, stress la perkara pertama yang perlu di hindarkan..

Salam Ramadhan~~

Friday, August 20, 2010

Kena Lagi

Kejadian ni berlaku semalam..ibu pun hairan bin ajaib..kenapalah setiap kali 19hb mesti ada jek peristiwa yang tak diingi berlaku (ishh..tak mau pikir camtu..tak elok kan?) berdoa sangat2 harap ALLAH lindungi ibu dan orang2 yang ibu sayang dari sebarang perkara yang buruk..

Kisahnye..semalam ibu kena lagi..terjumpa lagi..dengan..pemandu yang tak berhemah, tak menghormati pemandu lain di jalan dan yang sama waktu dengannya..kenapa lah ibu selalu terkena dengan orang macam tu???semalam di persimpangan kolej..tuk makluman..nak keluar dari kolej ni ke jalan besar agak mencabar coz kereta dari jalan besar memang tak putus..so setiap hari mesti beratur panjang kereta yang nak keluar coz menunggu keadaan selamat baru dapat keluar ke jalan besar..malang bagi ibu semalam kerana pemandu di belakang ibu adalah orang yang sangat tidak penyabar atau mungkin dia ada kecemasan (pikir +ve)..bila tiba giliran ibu ke depan, kereta belakang hon tak berhenti..paksa ibu keluar sedangkan kereta tak putus lalu di jalan besar tuh..apa nak suh ibu kena langgar ke apa?ibu andai kan dia sebagai pemandu syko coz telah berjaya menganggu ketenteraman emosi ibu..ya la..dah la berdebar setiap kali di depan sekali kat jalan tuh, isau kalo tak dapat keluar..kena lak hon, tak keruan ibu jadinya..sebenarnya masalah orang tu adalah kerana dia tengok pemandu kereta depan dia perempuan, so dalam hati mesti dah set 'mesti lambat pompuan ni'..sebab tu lah bila kena tunggu sikit dah jadi tak sabar..sedangkan kereta2 sebelum ibu pun ambil masa tuk keluar even pemandunya lelaki!!

Pagi nih bila datang office ramai lak yang bersimpati rupanya..ada rupanya yang saksikan kejadian tuh..seorang kawan ibu sempat amik no plat kereta tersebut..kenari CBL ****..bukan nak black list pun tapi teringin gak kalo berkesempatan duk belakang kereta dia nanti nak wat benda yang sama..hehe..tapi tak perlu kan?nanti sama la ibu dengan dia..jadi tak berhemah..so abaikan..andai ad pemandu lelaki yang baca entry nih..TOLONGLAH..hormati pemandu lain terutamnya wanita..ya mungkin kami ibu agak kurang yakin bila berhadapan dengan jalan yang sibuk or yang sewatktu dengannya..tapi kan keselamatan tu penting..andai kata di sebabkan hon tu ibu kemalangan sebab cuba keluar..tidakkah anda rasa bersalah????????????

Thursday, August 19, 2010

Time Flies

Time flies sooooo fast..today (9 Ramadhan) my lil precious Faris Amsyar already 6mths old..pregnancy, labour room n also OT is still fresh in my memories, da sweetest yet tuf time i ever had in my life..Thank ALLAH Almighty for a fabulous motherhood..Allhamdulillah..May i be a good mother to my lil boy..

sekelumit update for Faris's development..
::Faris start meniarap since 2mths ++..means boleh telangkupkan badan..

::3mths++ dah pandai meniarap n turn back badan tuk melentang..atuk n nenek selalu cakap Faris ringan

::4mths ++ sangat suka melompat..(all this happen to bb boy kan?) pantang kaki jejak mana2 permukaan Faris start melompat..tanpa henti sampai la kena gantung kaki..bukan la gantung kaki ke atas..but elakkan kaki dia jejak permukaan..

::5mths..dah pandai minta dukung..dah pandai gak nangis if ibu lalu lalang depan dia tanpa angkat dia..so start dr ni la, tiap kali ibu balik kerja kena la sentiasa melayan Faris..dh tak mau atuk dukung, kalo ibu tak dukung sure nangis tak berhenti..sampaikan atuk or nenek dukung bawa jalan tak mau, tapi bila ibu amik even duduk Faris suka =)

::6mths seminggu sebelum hari ini, Faris start makan solid food..bubur nasi yang ibu blend n tapis..campurannya setakat ini just carrot n kismis (either one)..

::Faris jumpa ayah hanya weekend coz ayah di 'hantar' ke KL sejak ibu habis pantang tapi Faris tetap 'kenal' ayah..bila ayah ada Faris pilih ayah dari ibu (kecik ati ibu)..tapi ibu seronok macam tu sekurang-kurangnya ayah hepi Faris ingat ayah..

::Alhamdulillah sepanjang 6bulan Faris sihat dan tak pernah kena demam..hampir2 demam masa pas cucuk  2bulan..last 2 weeks ibu demam, lepas tu nenek, kemudian atuk pulak..semua (ibu, atuk n nenek) yang menjaga Faris demam but anak ibu kuat dan alhamdulillah sampai ke hari ini takde tanda2 demam..(guess dis is benefit of bf..)alhamdulillah coz ALLAH memelihara dan melindungi anak ibu

::Faris jatuh katil masa 5bln..ermm..a lesson to learn..kalau anak dah buas better tidur bawah tuk elakkan our lil precious jatuh k

::faveret words Faris buat masa ni 'bababbababa' 'bubububu'..kadang-kadang bila menagis terkeluar 'ebbbbuuuu'...so chewwiiiit

::Faris suka surat khabar..hope nanti kuat membaca tapi buat masa sekarang suka sangat nak kan surat khabar tuk masuk mulut dia..no..no..no

::Feveret book..anak ibu suka buku lady bug dia..n buku terbaru ayah belikan di Isetan, masa tu saja2 kasi Faris main while ibu pilih-pilih mainan tuk Faris..tapi kesudahannya terus beli buku tu coz Faris tak nak lepas, bila ayah amik Faris menangis sekuat hati..

::Pantang nampak remote astro n hp ibu..mesti nak sampai terjerit..sebab tu ayah selalu gunakan 2 benda ni tuk umpan Faris meniarap tuk latih Faris gerak laju..=)

::get excited bila tengok fridge magnet yang banyak pada fridge rumah..so ayahnye mungkin itu petanda Faris minta di bawa melancong..(motif!!)



Faris Amsyar wit his feveret book

ini bukan latest pic..sowi..ini gambar last 3 weeks..hari ni cuma tambah parut2 kesan gigitan nyamuk di dahi..hehe

Rasanya dats all for today..=)...wassalam~~

Tuesday, August 17, 2010

Mamam sudaa



Yippieee..excited sangat Sabtu lepas bila Faris dah di berikan solid food..ya..ya..ya...kalau exclusive bf tak kasi other food except susu ibu semata-mata sampai umurnya 6 bulan..tetapi Faris dah menunjukkan tanda-tanda yang dia bersedia tuk menerima solid food (leh google k tanda-tanda tuh)..so coz sabtu adalah hari cuti so senang la nak kasi dia makan togeda-geda with ayahnya..

Faris makan bubur nasi..1st day ibu ayah masakkan bubur kosong..2nd day ayah dah campurkan carrot (baru ibu perasan sampai semalam ayah yang masakkan bubur Faris, tak pe, neneng dengan ibu, bubur kena la air tangan ayah)..kalau menurut beberapa sumber mula-mula latih baby makan kita leh kasi makan sekali je dalam seminggu, lepas tu baru tambahkan kekerapan..tuk latih dia for da first time kan..tapi tuk Faris ibu n ayah kasi hari-hari since dah start tuh..coz elok jek dia poopoo dari hari pertama sampai ke hari ini..so ibu consider Faris sangat ok (leh gitu?)..elok tu dari semua segi la..teksturnya + cara menerannya + tahap kecairannya..hihi..

opps..terlupa sudaa..1st time Faris makan mmg dah campur carrot..1st time masak bubur tuk testing..ibu n ayah yang makan..heee..(tgk pics baru teringat..sowi)












Thursday, August 12, 2010

Tools ready!!

Assalamualaikum...
salam ramadhan tuk semua..coz ni 1st entry dalam bulan puasa kan? hari ni Faris dah di cucuk untuk 6 bulan walaupun ada seminggu lagi sebelum Faris genap 6 bulan..kelakar pulak bila di kenangkan peristiwa di klinik tadi..sebelum masuk bilik rawatan anak ibu la bising sekali..tegur org sana sini..melompat dan menjerit..suka n riang banget..bila dah kena cucuk jek..suara Faris masih lagi paling kuat..tapi menangis bukan menjerit suka hati cam sebelum di cucuk..huhu..kali ni lama pulak menjerit sampai dalam kereta ibu kasi neneng pun tak layan..dah puas nangis baru la nak neneng n terus tidur..hihi

Seminggu lagi Faris genap 6 bulan..tak sabar ibu nak start kasi Faris solid food..tadi pun nurse dah bagi tau dah leh start bagi makan..ikut plan ibu n ayah nak kasi hujung minggu ni..ayah pesan tunggu ayah balik hujung minggu baru kasi..nurse puji ibu coz still breastfeeding sepenuhnya tanpa campuran susu-susu lain (formula milk aka FM)..big YEAAYYY for me..tapi bukan pujian yang ibu harapkan..ibu teruskan untuk kebaikan Faris semata-mata dan selagi ibu mampu..ibu takkan kasi Faris susu selain susu ibu..dalam bulan Ramadhan ni ibu sentiasa berdoa moga Allah permudahkan ibu tuk menyusu dan mengepam susu..

opps..dah lari topik..sebenarnya just nak btau last weekend, ibu dan ayah dah belikan 'perkakasan' tuk memasak makanan Faris nanti..hehe..

tadaaaaaaaaaaaaa


dan ini...










ayah n ibu get so excited tuk prepare 1st solid food tuk Faris..lepas jek balik dari mall, ayah dah sibuk2 suruh ibu test masak porridge pakai periuk tu, sebenarnya biasa jek masak pakai periuk biasa..tapi ibu n ayah rasa this tools will make it more easy plus supaya mudah nak bawa ke mana2 nanti..(mudah ke??)

Tuesday, August 10, 2010

Mudah banget

ENtry sebelum ni ibu dah ceritakan macam mana risaunya sebelum berkursus kan?Sebelum berkursus tu dapat jugak la menambah stok dengan menambah kekerapan mengepam. Alhamdulillah hasilnya dapat la bawa ke KL 20oz dan tinggal di rumah selebihnya (tak banyak mana pun)..sangat bersyukur coz trainer (Ms Vicky n Ms Veera) sangat baik hati dan ibu dapat mencari masa untuk mengepam paling kurang 2 kali sehari sepanjang waktu berkursus

Rasa cam malas nak menceritakan secara menjela-jela seperti kebiasaannya kali ni..less is more kan?biar gambar menceritakan segalanya..


::cozy corner::
sempat la beberapa hari mengepam dengan selesa di changing room Tropicana Golf Club

kemudian berpindah ke 'stor' belakang seminar room..
::tak sempat penuh tuk sesi pagi hari tu coz storage bags hanya tinggal 2.botol masih di perlukan tuk sesi mengepam di sebelah ptg so terpaksa la stop setakat 6oz sahaja::


moralnya di sini..di mana pun tetap boleh pam..walau macam mana pun keperluan si kecik kesayangan ibu tetap dapat di penuhi..tak perlu kusut dan risau (nasihat untuk diri sendiri)..

Alhamdulillah.....

Thursday, August 5, 2010

Kisah TOT

Sepanjang dah lebih 5 bulan ibu menyusukan Faris, tak pernah ibu rasa susah atau terbeban..sekarang ibu rasa seronok banget dengan rutin harian iaitu mengepam..rasa tak lengkap hari ibu kalau tak mengepam..=)
Sepanjang 5 bulan ni nak kata banyak dugaan tu takde la sangat..tapi di sebabkan pertama kali dapat panggilan berkursus  sejak ada Faris wat ibu gelabah sikit..hihi..camne la tak gelabah bila dapat tahu kursus tu (Train the Trainers)  selama 2 minggu dan melibatkan hands on training lak..macam-macam yang ibu fikirkan..kalau cte sal nak kusus tu mesti nangis pastu ayah mesti cakap 'belum pegi dah pikir macam-macam'..hihi..biasalah perempuan ibu, memang jenis gelabah..ibu paling risau kalau kena tinggal Faris..risau kalau terpaksa bagi Faris FM (formula milk) coz ibu tak sediakan stok yang banyak di rumah..stok pun setakat leh cover 4-5 hari jek..kalau ada stok yang banyak pun tak sanggup rasanya nak berjauhan dengan Faris selama 2 minggu
apa ibu buat?ibu jumpa dengan pengarah kolej ibu minta pandangan dan nasihat dia..mula-mula rasa takut,risau kalau pengarah tak faham situasi ibu..tapi rupa-rupanya salah sangkaan ibu..rupanya puan pengarah sangat la memahami coz dia pun menyusukan anak dia sehingga umur 2 tahun, dia ceritakan pada ibu masa anak dia kecik dulu dia sampai menumpang rumah kawan2 bila kena berkursus semata-mata coz nak bawa anak dia..lepas sesi bersama pengarah tu bukan jek rasa lega tapi ibu rasa tambah semangat tuk nyusukan Faris..ye la kan..pengarah yang busy pun leh wat kenapa ibu tak leh kan?
At last ibu n ayah decide tuk dapatkan penempatan lain berdekatan dengan tempat kursus supaya dapat bawa Faris..tak dapat nak tinggal di apartment yang di sediakan  coz kena share dengan pserta lain..memandangkan ibu bawa nenek dan atuk tuk jaga Faris so tak leh la nak menumpang satu rumah dengan peserta lain. tak kisah la melabur wang..yang penting Faris dan ibu bersama..ibu lagi lega coz ayah still di KL dan tempat berkursus dekat dengan tempat kerja ayah..
Sebenarnya takde la besar sangat dugaannya..tapi sebab ibu gelabah la jadi kelam kabut awal-awal tu..nasib la ada penyelamat yang cool dan positif walau dalam apa-apa situasi..hero ibu dan Faris..ayah la..hehe..thanks to ayah...
~~love u so much~

Tuesday, August 3, 2010

Antara 2 darjat

Dalam dunia ni manusia adalah sebagai kalifah, hamba ALLAH yg sekurang-kurangnya punya tujuan hidup yang sama iaitu tuk mendapat keredhaan dari-NYA..dalam ISLAM manusia takkan di bezakan darjat dan kehormatannya melainkan tahap keimanan kita. Tapi semua orang ke terima statement tu?? Obviously not.. Itu yang ibu n kawan2 alami sekarang. Pelik bila masalah penggunaan surau masih lagi menjadi masalah lebih-lebih lagi masalah timbul sesama muslim. Bukan nak menimbulkan isu perkauman tapi rasa tidak adil n di tindas sangat-sangat bila muslim nak gunakan surau menjadi isu semata-mata kerana menjaga hati non-muslim yang menggunakan kemudahan lain dalam kaw yg sama. Lebih pilu kerana org yang marah-marah itu juga adalah muslim. Tapi ibu belajar sesuatu dari kejadian yang berlaku. Ibu adalah orang yang membela orang yang sebenarnya bersalah,tertipu dengan kebaikan dan kepuraan dia. Kami di sini di tuduh tidak pandai menggunakan tandas dan surau.di katakan orang kampung dan di beri kelas lagi..dengan siapa kami di bezakan??kami yg mengambil wuduk di bezakan dengan non muslim yang menggunakan tandas..

Nasihat tuk anak ibu.. Jangan cepat percayakan orang semata-mata melihat matanya yang sayu..mendengar kata-katanya yang manis dan melihat pada penampilannya kerana niat sebenarnya dalam hati dan hatinya tak terlihat di mata kita..pepatah org kg kita 'clear water dont sangka no boya'.
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang