Showing posts with label tiPs. Show all posts
Showing posts with label tiPs. Show all posts

Wednesday, April 24, 2013

Bubur Ayman (Senang & segera)


Salam...

Permintaan dari sahabat..ini cara ibu menyediakan bubur Ayman. Ibu gunakan beras perang kerana khasiatnya lebih berbanding beras putih. Beras perang masih mempunyai lapisan dan khasiat yang tiada pada beras putih. Atau secara mudahnya, dari pelbagai proses lagi di perlukan bagi menyediakan beras putih berbanding beras perang termasuklah proses 'polishing'. Untuk maklumat terperinci bagi persoalan 'Kenapa BERAS PERANG', rajin-rajinkan diri meng 'google' k atau boleh baca di SINI

Di sini ibu nak kongsikan cara penyediaan bubur Ayman Zafran. Oleh kerana anakanda duduk di taska, jadi banyak stok makanan 'segera' tapi homemade di perlukan supaya ibu dapat pastikan kerja waktu pagi ibu menjadi mudah.:)



Rendam Bijirin Anda, di sini ibu baru tahu keperluan untuk merendam bijirin termasuk beras. So untuk proses yang pertama, selepas di basuh beras akan di rendam semalaman.



Kemudian, beras tadi di toskan airnya sebelum di jemur di bawah panas matahari sehingga kering.

Siap di jemur beras perang Ayman akan di sangai di atas kuali tanpa minyak. Sangai sehingga beras perang kelihatan perang..hahaha (gurau)..sangai sampai beras nampak sedikit garing bukan rentung ye.


Kemudian, kisarkan beras. Ini adalah hasil kisar untuk Ayman yang sudah hampir setahun, bagi peringkat awal bolehlah kisar sehingga menjadi serbuk supaya teksturnya haluuuussss. So serbuk beras yang sedap lagi berkhasiat (yang penting bukan makanan segera) boleh di simpan di dalam peti bagi menjamin keselamatan beliau..hehhe..

Cara Masak??

Peringkat awal, ibu masak menggunakan api dapur sahaja. Masukkan air dan serbuk beras, kacau supaya ia masak sekata dan tidak bergumpal. 10 minit siap yang ni baru betul-betul 'cepat di masak sedap di makan..hehe'. Coz peringkat awal, Ayman belum di perkenalkan dengan protein (ayam/ikan) so ibu just campurkan dengan puri (samaada frozen atau fresh). Sekarang bila dah boleh dipelbagaikan ibu gunakan kaedah slow cook. Masukkan dalam periuk sebelum masuk tidur, bangun pagi bubur sedia di hidang or di masukkan ke dalam termos tuk tujuan pengeposan ke taska..hehe..So jom kawan-kawan, sediakan sendiri bubur anak-anak anda kerana ianya semudah kita memasak mi meggi..haha..


**Perbincangan di IKIM semalam tentang doa-doa semasa memasak, baca lah apa-apa doa untuk kebaikan anak-anak/ suami ye. Selawat, doa, bacaan ayat quran atau zikir semuanya amalan yang kita boleh amalkan sambil memasak..Insya ALLAH semuanya bertujuan untuk mendatangkan kebaikan :)


Wassalam

Tuesday, November 20, 2012

Cara melegakan batuk dan selesema baby

Salam...
 
Ingat lagi entri sal ibu kena berkursus tuh?cer klik SINI kalau dah lupa...hehe..
 
Alhamdulillah kali pertama tinggal anak semua urusan di permudahkan oleh ALLAH, anak sulung dulu tak pernah berenggang or di tinggalkan even di rumah atuk n aki nya..huhu..
 
Mujurlah anakanda Ayman tabah, tak gelabah cam ibunye..hehe..
 
ok, point sebenar entri ini adalah tuk berkongsi ilmu yang ibu dapat sepanjang kursus tersebut..lama dah terbenam dalam kepala..ilmu or perkara yg baik seharunya di kongsi kan??hehe..
 
 
Penceramah waktu kursus tu adalah orang yang berpengalaman dalam bidang perubatan dan pertolongan cemas...jadi banyaklah kami perserta kursus yang kebanyakannya adalah kaum ibu dan bapa mengutarakan soalan tentang penjagaan anak-anak..eh..eh..melalut lagi..
 
ok..ini tips yang boleh di aplikasikan dan insya ALLAH boleh melegakan batuk dan selesema anak-anak kita terutamanya baby (tuk elakkan dari ubat-ubatan)
 
MELEGAKAN BATUK
 
1.  Baringkan anak secara mengiring
2. Tepuk di bahagian sisi badan anak / rusuk menggunakan tapak tangan kita
3. Ulang tepuk pada bahagian sisi sebelah lain pula
 
**tujuannya adalah untuk membantu kahak yang 'melekat' pada paru-paru anak untuk 'jatuh'. Kahak ni nanti mungkin akan keluar melalui muntah atau najis anak...
**JANGAN tepuk selepas anak menyusu k, jarakkan mungkin selepas 2jam anak menyusu
**bentukkan tapak tangan dalam keadaan 'kosong/ berlubang di tengah' /  sewaktu menepuk sisi badan anak
 
MELEGAKAN SELESEMA
 
1. Sediakan semangkuk air suam
2. Masukkan beberapa titis minyak cap kapak / vicks
3. Letakkan di dalam bilik tidur
 
**Kaedah ni ala-ala aromaterapi gitu..bau bilik pun menyegarkan jadi dapatlah membantu melegakan pernafasan anak-anak..
 
**untuk Ayman, nak legakan selesema dia, ibu asahkan kunyit hidup dan sapu pada batang hidung..Taska pun akan tegur nape hidung Ayman kuning..huhu..Tapi kunyit ni memang cepat keringkan hingus...cubalah...huhu

Friday, June 1, 2012

Berpantang vs Pantang Larang

Salam...

Hari ni masuk hari ke 17 ibu berpantang selepas bersalin. Ayman Zafran buat rekod baru, hari ke 17 baru nak tercabut tali pusat..huhu..pagi tadi selesai di mandikan ayah, barulah tali pusat adik tercabut. Selingan kisah yang nak ibu ceritakan. Sebenarnya nak sharing cerita sal berpantang..hehe

Sejak dari keluar hospital hingga ke hari ke 14, ibu berpantang di rumah kita dengan di jaga oleh ayah. Atuk (bapak ibu) pun tinggal di rumah kita untuk membantu meringankan kerja ayah. Semua kerja ayah yang buat, atuk pula tolong jadi peneman Faris ketika ayah sibuk menguruskan ibu dan adik. Selepas hari ke 14 hingga ke hari ini ibu di rumah nenek kerana ayah akan mula bekerja pada minggu depan (selepas 3minggu bercuti).

Pantang selepas bersalin dalam masyarakat Melayu ni ibu rasa banyak versi (cheewah..tetiba..huhu). Dari segi makanan, penjagaan termasuk pantang larangnya. Walaupun ibu berpantang dengan ayah di rumah, tapi makan minum ibu sangat di jaga..haha..ayah lagi details daripada nenek (ma ayah). Setiap kali menyediakan makanan, ayah akan larang ibu ke dapur. Ibu sangat-sangat bersyukur dan hargai segala pengorbanan ayah. Bukan senang bagi ibu untuk ayah melakukan semua tugasan rumah, termasuk memasak, membasuh, mengemas dan ke pasar di samping melayan kerenah isteri dan anak.Sekarang bila berada di rumah nenek, semua tugas masih ayah yang lakukan kecuali memasak. :)..Thanks tuk nenek coz sudi menjaga ibu..:)

Antara menu berpantang daripada Chef Fakhrurazi:
#1 ikan bakar (selar, tenggiri, haruan)
#2 ikan stim (selar, tenggiri, haruan) -----> all time favourite..haha
#3 masak singgang (tenggiri)
#4 sup haruan -----> makan sekali pasti tak nk lagi..haha..cannot go lah
#5 sup sayur ------> sawi + brocoli + carrot
#6 sayur stim ------>carrot & brocoli
#7 tempe bakar -------> yang ni ayah buat sebab ibu dah bosan dengan mkanan yang sama..so ayah nak cuba tuk pelbagaikan, ibu minta goreng tapi ayah tak kasi makan goreng-gorengan lagi even dengan minyak yang sedikit so dia bakarkan..1st time makan tempe bakar..haha...
#8 lempeng (bancuhan tepung + air semata) tuk breakfast 
#9 minum air rebusan kurma hitam+ kurma merah + longan ------> ni sebagai minuman sepanjang hari, di minum panas menggantikasn air masak kosong

Setiap petang pula, ayah akan belikan kuih lompat tikam (makan tanpa santannya) dan kuih koswi (betul ke ejaan camni ek?..huhu)..kuih yang sama ibu makan setiap petang selain daripada biskut kering..haaha..

Bukan senang kan nak memenuhi selera orang berpantang ni, kadang-kadang sibuk nak pikirkan menu untuk ibu, sampaikan ayah tak sempat nak masak makanan untuk dia. Akibatnya satu rumah makan makanan berpantang jugak..haha..

Alhamdulillah..dengan jagaan makan dan amalan berpantang lain yang masih ibu teruskan ke hari ini, ibu dah cecah berat ideal 46kg (berat akhir semasa mengandung 55kg)..haha..tapi memandangkan lama lagi masa tuk berpantang, so tak mustahil lah kalau berat ibu semakin turun menjunam selepas ini..haha..

Apa yang ibu amalkan sepanjang berpantang? sama kot dengan orang lain..

#1 Mandi herba..dari hari pertama di rumah, mandian ni ibu beli dalam paket (macam uncang teh yang besar) di kedai ubat cina memandangkan ibu berpantang sendiri, so memudahkan ayah tuk menyediakan air mandian ibu.Cuma pada hari ke 6,7 dan 8 ibu di mandikan oleh tukang urut dengan rebusan daun (pandan + mengkudu + *daun2 yang tak dapat di kenal pasti)

#2 Bertungku..setiap hari pagi dan petang

#3Bengkung..yang ni pun pakai setiap hari..memang ada bagusnya suami pakaikan sebab tangan diorang ni kuat kan?cepat kempis perut sebab kena jerut dengan kuat hari-hari..berbaloi-baloi bila setiap hari tengok makin panjang lebihan kain bengkung tu..hahaa..kalau nk lebih mudah lewh pilih premium beautiful kot..huhu

#4 Berurut...Ibu berurut agak lambat kali ni atas sebab-sebab tertentu..hehe.hari ke6 baru berurut dengan tukang urut jawa.

#5 ubat-ubatan..ibu makan herba tuk buang angin dan buang darah kotor, tapi di sebabkan Ayman kena jaundis, ibu stop dulu. Akar kayu pun dah stand by, sama seperti masa Faris dulu ibu akan mula minum bila habis pantang supaya tak jejaskan Ayman.

# Berstokin..kecuali ke tandas..huhu

Dalam berpantang ni pun banyak pantang larangnya kan? yang selalu ibu dengar kena jaga ibu jari kaki, tak boleh terserampuk atau terlanggar sesuatu..sebab apa ek?tapi sepanjang dalam pantang hampir hari-hari kaki ibu kena pijak dengan Faris..huhu..selain tu, pantang yang paling major utama..pantang dot..dot bersama suami..haha..yang ni pada yang berani mati jek berani langgar kot..tak nk describe lebih kang blog ni bertukar jadi blog 18sx lak..

Anyway..selamat berpantang bagi yang baru melahirkan..marilah kita sama-sama meneruskan hari-hari yang agak memeritkan tekak ni (sebab banyak benda takleh makan kan?)

Untuk ibu, ada 27 hari lagi tuk meneruskan pantang, if korang ada menu yang menarik selain dari yang di senaraikan (daging dan ayam masih lagi dalam larangan)..please share..

 ikan stim bersama sayur-sayuran..100% air tangan suamiku tercynta..tengkiu sayunk..

nasi panas + singgang tenggiri + tempe bakar..huhu

 ibu dan anak-anak..tak sabar nak berkejaran dengan 2 hero ni..lebiu
**susah tul nak dapat gambar ayah..orang busy la katakan..huhu

**apa yang paling korang teringin makan pas habis pantang?hari ke 45, ibu nak makan eskem magnum :)

Thursday, May 10, 2012

Posisi Semasa Pelahiran


Salam..

Waktu pregnant kan Faris tak de la beria amik tau or menggali ilmu tentang nak deliver ni kan..coz bajet sume orang merasa benda yang berlainan, so ibu just berpegang kepada 'wait n feel'..haha..rupanya, susah jugak nk melahirkan baby, dan banyak juga yang perlu kita tahu sebelum menyerah diri ke hospital..**dulu sibuk menggali ilmu sal penyusuan jerk..hehe..

Kali ni rajin lak mencari ilmu sal labor..Posisi semasa pelahiran, ubat tahan sakit, kesan induce, cara mengurangkan sakit kontraksi..banyak rupanya perkara yang boleh di pelajari (terasa cam dah sampai suku jalan tuk jadi doktor..haha). Of course implementation tu tak berapa pasti lagi, coz mungkin bila dah sakit semua ilmu berteraburan di udara..haha..sebab itulah pentingnya suami or pendamping semasa pelahiran..Kalau dalam babycentre siap di ajarnya supaya ada 'birth list'.. So peneman leh take over tuk buat keputusan bagi pihak ibu apabila di saat genting..hehe

ok..dah mengarut banyak..sebenarnya just nak share pic yang ibu dapat dari mr google..posisi semasa pelahiran yang boleh membantu mengurangkan rasa sakit kontraksi dan mepercepatkan proses pelahiran..insyaALLAH..semua posisi dalam pic ni menggalakkan kita untuk tidak berbaring



hah..yang mana pilihan korang..di galakkan untuk tidak berbaring k supaya graviti dapat membantu mempercepatkan pelahiran. Kalau menurut artikel dalam babycentre (kalau ibu yg tulis sesaja kompem org tak caya..haha), berbaring mengakibatkan proses pelahiran memakan masa yang lebih panjang, kurang efektif dan sakit..

Bagi ibu yang mengalami sakit belakang semasa kontraksi, itu kemungkinan kerana bayi berada dalam posisi posterior iaitu muka bayi mengadap ke perut ibu (sepatutnya muka bayi mengadap ke belakang badan ibu aka anterior), so posisi kneeling adalah yang terbaik supaya dapat mengubah posisi bayi dari posterior kepada anterior..

Semoga pic tuh membantu, dan rajinkan lah diri untuk google dengan lebih lanjut..hehe..atau google je babycentre.com.my..bukan sahaja untuk ibu yang bakal melahirkan, info tentang penjagaan anak pun ada k..adioss

Wassalam...

**masih tertunggu-tunggu surprise dari baby...:)

erkk..pesal post ibu nih duk dalam 1 perenggan ek???sorry korang..tabahkan hati membaca sementara saya mencari solusinya...

Wednesday, May 9, 2012

Fetal Movement Reduce | False Alarm @37w

Salam...

Update tentang pregnancy kali ni jarang betol..huhu..sekarang ibu dah memasuki fasa 38minggu..kurang dari 2 minggu lagi sampai lah ke tarikh due iaitu 21 Mei..

Alhamdulillah so far, baby dan ibu sihat..ada cerita yang ibu nak kongsikan..jom baca..

Khamis lepas (3 Mei 2012), adalah hari check up di Klinik Desa tempat ibu melakukan pemeriksaan biasa. Waktu pemeriksaan, nurse bertanya tentang rekod pergerakan baby. Ibu dengan yakinnya menjawab

ibu : baby gerak cukup 10x (9am - 9pm) cuma pergerakan dia cam dah berubah tak berapa aktif..gerak sikit-sikit jek dan lebih lambat dari biasa tuk cukupkan waktu gerakan ke 10
nurse : eh..sejak bila?
ibu : sejak 2-3 hari lepas..tapi normal kan?coz bb tetap gerak.(dah rasa cam gelabah skit)
nurse : mana boleh normal..nape tak pegi cek hosp?lepas ni terus ke GH saya nk awak buat ctg..

Kalau ikut pemahaman ibu, gerakan yang berkurang bila memasuki bulan akhir kehamilan itu adalah normal..coz pada ibu mungkin ruang untuk baby bergerak dah semakin sempit..tapi rupanya tetap perlu di pantau, coz ada juga kemungkinan lain seperti baby terbelit tali pusat..nauzubillah..

Nasib baiklah pagi tu ayah ada temankan ibu ke Klinik, so teruslah kami ke GH. Di GH CTG di jalankan lebih sejam. CTG baby agak kureng cantik (menurut kata nurse), banyak sleeping pattern dengan graf mendatar. Selepas sejam heart beat baby kembali stabil bersama contraction yang di kesan 10 minit sekali. Tapi ibu takde merasa sebarang kesakitan melainkan baby mengeras je. Akibatnya doktor amik keputusan untuk seluk (VE)..huhu

VE (Vaginal Examination) di lakukan, seperti yang ibu dah jangka, memang tiada bukaan. Tapi still doktor arahkan untuk warded. Kami minta transfer ke KMC kerana ayah tak nk ibu tinggal di ward GH tanpa dia, risau katanya kalau di takdirkan ibu nak bersalin..huhu..Lagipun doktor di GH pun siap leh cakap 'esok kalau semua ok, kita leh kasi bersalin la coz awak pun dah cukup bulan..daripada baby duk dalam kita tak tau apa jadi, lebih baik biar dia keluar'....oohh..alangkah indahnya kalau senang nak keluarkan tu..kompem la nak kena induce sebab ibu belum sakit..so definitely jawapan ibu 'TAK NAK!!

So berpindahlah kami ke KMC petang tu, di KMC sekali lagi kena buat CTG, resultnya sangat baik. Gerakan dan jantung baby memuaskan dan ibu minta dari doktor supaya tidak di warded..hehe..Doktor kasi peluang cuma kena ulang prosedur CTG untuk 2 hari..selamat...Alhamdulillah..




Cuma selepas check up di KMC, balik je ke rumah ibu mula rasakan contraction..pada peringkat awal sakit dapat rasa dalam jngka masa yang tetap dan semakin kerap, untuk 3jam pertama dari pukul 7pm - 10 pm, contraction berlaku sekerap 5 minit sekali. Subhanallah, sakit itu lah yang ibu rasakan selepas di induce untuk percepatkan bukaan semasa nak lahirkan Faris..rasa syukur tak masuk wad masa tu, coz dapat menikmati sakit di rumah dengan pelbagai aksi dan gaya tersendiri..huhu..Tapi selepas 3jam, contraction dah jadi tak menentu. Sehingga ke hari ni, masih lagi ibu dapat rasakan contraction sekali sekala. So pada ibu, mungkin apa yang ibu alami dari hari itu sampai ke hari ini adalah False Alarm. Cuma rasa sangat bersyukur dapat rasakan kesakitan ini berperingkat berbanding sakit kuat yang mengejut selepas di induce semasa hari kelahiran Faris..

Menurut nurse dan melalui beberapa pembacaan ibu, contraction awal (False Alarm) ini dapat kita bezakan dengan sakit waktu pelahiran sebenar melalui beberapa tanda

1. False alarm, kesakitan hanya di rasai pada bahagian bawah perut dan mungkin hingga ke pangkal peha. Manakala waktu pelahiran sebenar nanti sakitnya menyeluruh, meliputi bawah perut, bahagian perut, dan pinggang.

2. Bagi Kontraksi sebenar, jarak masa antara satu kontraksi dengan kontraksi berikutnya adalah tetap dan semakin lama semakin kerap. Manakala False alarm jaraknya tidak tetap

Tanda-tanda lain bagi False Alarm:
1. Apabila kontraksi berlangsung, bahagian perut mengeras.
2. Perubahan posisi tubuh akan menyebabkan kontraksi berkurangan ataupun terhenti.
3. Tiada pendarahan atau air ketuban tidak pecah



Moral of the story : Mencatatkan atau memantau waktu pergerakan baby IS A MUST...wajib k, terutama kalau di hari busy kita..So kita akan lebih alert dengan keadaan baby di dalam.

Semoga baby di pelihara dan di lindungi. dan semoga ibu dapat menghadapi hari kelahiran nanti dengan tenang..tak sabar nak jumpa baby..semoga ALLAH permudahkan segalanya untuk kita sekeluarga..:)


**Thanks to cik kumbang kerana hadiahkan baby dengan 'hiasan' baru untuk rumah ibu ni..:)

Thursday, April 26, 2012

Consultation for VBAC

Salam...

Isnin lepas ibu dan ayah berjumpa dengan doktor O&G di HTAA. Tujuannya adalah untuk menentukan MOD (method of delivery) untuk kelahiran kali ini. Memandangkan abang Faris keluar ikut tingkap, so kami nak dapatkan nasihat dan pemahaman yang jelas bagi menghadapi kelahiran kali ke2 ini. Ramai dah kawan-kawan ibu yang berjaya dengan VBAC (Vaginal birth after csar), so hopefully dengan izin dari NYA ibu berpeluang untuk merasa kelahiran normal.

Alhamdulillah penerangan doktor tu sangat jelas..so ibu nak kongsikan bersama ibu-ibu yang mungkin mengalami situasi yang sama.

Peluang untuk VBAC
Peluang untuk VBAC adalah antara 70% - 80%..means antara 7-8 ibu daripada 10 ibu yang melahirkan secara csar untuk kali pertama,  berjaya normal untuk kali ke2. Bila kali ke2 berjaya normal chances untuk kelahiran normal kali ke tiga meningkat kepada 90%.

Situasi Menuggu Kelahiran
Menurut doktor, selepas bukaan 4cm atau selepas ketuban pecah, ibu akan di beri peluang 6-8jam untuk melahirkan anak. Maksimum hours adalah 8jam untuk menunggu bukaan penuh. Selepas 8 jam, sekiranya belum mencapai bukaan sepenuhnya, emergency csar akan di jalankan untuk mengelakkan risiko rahim pecah. 

Bagaimana boleh berlaku rahim pecah? 
Contraction yang kuat atau terlalu lama untuk baby, boleh menyebabkan baby dalam keadaan stress. Bekas jahitan ibu merupakan kawasan yang lemah, jadi sekiranya bayi menolak dengan kuat pada bahagian tersebut, risiko untuk berlaku pendarahan sangat tinggi. Untuk mengelakkan pendarahan dan rahim pecah, emergency csar akan di jalankan.. DONT WORRY K..kita doa sama-sama, jalan buka dengan cepat dan tidak perlu tunggu sehingga 8jam..

Kesan induce
Ibu pernah terbaca peluang untuk melahirkan secara normal akan berkurang sekiranya ibu di induce. So soalan ibu terjawab semasa perjumpaan ini. Menurut doktor, induce takkan mengurangkan peluang untuk normal kerana dos yang di berikan tidak akan sama dengan ibu yang melahirkan kali pertama atau kelahiran normal sebelumnya. Untuk bekas csar, doktor tidak akan berikan sehingga full dos.

Nasihat dari Doktor
Ibu mencari hospital yang menyokong VBAC, sebab itu ibu ke GH kali ni (abang Faris dulu di KMC), dengan penerangan dari doktor ini juga akan membantu untuk ibu decide nak deliver di hospital mana..hehe..Sebab itu ibu perlukan sesi ini, supaya ibu boleh membuat keputusan untuk setiap suggestion doktor nanti, takdelah main setuju jek..huhu. Doktor pun ada beritahu, ibu boleh pilih di mana nak melahirkan memandangkan ibu faham dengan situasi yang bakal ibu hadapi. Menurut doktor juga, kita boleh menggunakan sebarang pain relief yang di sediakan di hospital semasa menghadapi contraction. Pain relief seperti epidural atau pethidine tak akan mengganggu proses untuk normal malah mungkin membantu. Kerana pain relief ini akan membolehkan ibu lebih fokus kepada kelahiran dan tidak panik. If nak tahu lebih, lanjut tentang pain relief sila klik  DI SINI

Penjelasan doktor pada hari itu sangat memuaskan hati ibu, selepas sesi soal jawab, doktor scan baby. Alhamdulillah kedudukan baby ok dan berat baby 2.5kg. Doktor pun memberi support yang positif membuatkan ibu bertambah positif. INSYAALLAH dengan keberkatan dari NYA ibu berharap kali ni, adik boleh keluar secara normal. Tapi ibu tak akan merisikokan nyawa adik sekiranya ibu memang telah di tentukan untuk terpaksa di csar juga kali ke2 ni. Risiko dan situasi yang ibu perlu tahu tentang keadaan ibu pada kelahiran kali ke2 ni, insyaALLAH akan membantu ibu dan ayah untuk membuat keputusan yang terbaik.

Usaha dah  di buat, doa sentiasa di pohon dan sampai masanya nanti bertawakallah..sesungguhnya DIA yang menentukan yang terbaik..:)

"Ya ALLAH semoga dengan segala keberkatan  dan rahmat dari MU ,KAU permudahkanlah bagiku. Permudahkanlah dan janganlah ENGKAU sukarkan. Kerana sesungguhnya memudahkan adalah mudah bagi MU. Dan sempurnakanlah dengan kebaikan..AMIIN..."

Monday, April 9, 2012

Melegakan sakit semasa pelahiran

Salam...

Ibu nak share satu artikel yang mungkin berguna untuk semua ibu-ibu..ibu dapatkan dari BabyCentre Malaysia. Bila dah nak masuk 9bulan (sekarang 34minggu), mood untuk study persiapan untuk melahirkan semakin menjadi-jadi..harap-harap masa sakit nanti still ingat semua amalan ni..huhu

Cara semulajadi untuk melegakan sakit semasa kontraksi

1. Dapatkan Kehangatan
- Ambil beg diperbuat dari kain, isikan dengan sekam gandum dan panaskan untuk beberapa minit dalam ketuhar gelombang mikro dan kemudian lekapkan di belakang anda untuk membantu melegakan kontraksi anda.
selain itu, boleh juga gunakan botol berisi air panas atau untuk ibu..ibu pilih bertungku kot..itu kalau masih di rumah la kan?
dan..
cara kedua adalah melalui urutan
-Mendapatkan seorang untuk mengusap belakang anda akan memanaskan kulit ada dan juga merangsang badan anda untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit-

2. Pernafasan
-Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi dan r-e-l-a-k-s semasa anda menghembus nafas. Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi anda. Dan lakukannya berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan anda semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, r-e-l-a-k-s.
3. Berehat
Pada awal pelahiran, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah menyediakan diri anda untuk menanggung kesakitan dengan menyimpan tenaga anda secara berehat. Pastikan diri anda seselesa dengan berada di atas katil atau kerusi.

4. Menukar Posisi
- Pelahiran anda akan bergerak dengan lebih perlahan jika anda berbaring dan apabila perlahiran semakin panjang, semakin letihlah anda nanti. Banyakkan berdiri - tetapi pilihlah satu posisi yang berasa selesa. Berdiri dan bersandarlah pada katil atau suami anda. Atau berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Berlutut dengan satu kaki diangkat akan menyediakan lebih ruang dalam pelvis anda dan memudahkan bayi anda dilahirkan. Duduklah dalam keadaan merangkak untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung anda sebanyak mungkin – ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak!
 
Maklumat lanjut mengenai cara semula jadi untuk melegakan sakit
Berikut disenaraikan maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menangani kesakitan dan menguruskan proses pelahiran anda dengan baik:

• Dapatkan maklumat lanjut: lebih banyak yang anda tahu, lebih relakslah anda.
• Bernafas secara beritma dan relaks semasa anda menghembus nafas.
**ibu sedang 'study' cara bernafas ni..tapi kalo ikut pengalaman lepas, bila dah sakit habis semua ilmu lesap..huhu..
• Dakap suami anda atau teman pelahiran anda.
**sangat penting ada peneman waktu ini, sekurang-kurangnya dapat mengalih perhatian kita daripada hanya memikirkan tentang sakit
• Minum sedikit air sambil menunggu antara kontraksi.
• Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat apabila anda terasa lapar.
• Kipas diri anda dengan kipas elektrik.
• Mengerang dan mengadoilah: inilah satu-satunya masa anda harus menghapuskan rasa malu anda sebab mengeluarkan bunyi menunjukkan kesakitan adalah cara terbaik untuk melegakan kesakitan!
**perbanyakkan lah zikir dan doa waktu ni..
• Pegang tangan suami anda.
**bila dah sakit, bukan setakat pegang..habis ku pulas-pulas tangan suamiku..hehe
• Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis anda dengan setiap kontraksi.
• Berguraulah dengan suami anda; adakan perspektif positif!
**serius susah nak bergurau waktu nih..tapi ibu akan cuba..hahaha
• Ciuman (daripada suami, ibu, kakak dan rakan anda).
• Dengar musik untuk membantu anda relaks.
**atau mungkin lebih selesa dengan alunan ayat al quran..kalo di izinkan, harap masih ada kekuatan untuk membaca sendiri..
• Bergerak untuk membuatkan anda seselesa mungkin.
• Baring di atas longgokan bantal yang besar atau kusyen besar (anda boleh meminta pihak hospital menyediakan bantal atau anda boleh bawa bantal anda sendiri).
• Bukalah pelvis anda seluas mungkin untuk membantu anda melahirkan bayi anda, contohnya, berlutut di atas satu kaki dengan yang sebelah lagi keluar di sisi.
• Berfikir secara positif: 'Setiap kontraksi membawa saya hampir kepada kelahiran bayi saya'.
• Menyoallah tentang apa yang anda kurang faham; menjadi takut akan membuatkan kesakitan menjadi lebih teruk.
• Goyangkan pelvis anda dalam bulatan, ke belakang dan ke hadapan dengan setiap kontraksi.
• Hembus nafas secara perlahan dengan setiap nafas.
• Percayalah dengan badan anda; sesungguhnya anda pandai melahirkan bayi!
• Fahami rawatan yang ditawarkan; jika anda faham, anda boleh bekerjasama dan memudahkan keadaan.
• Kerap pergi ke tandas; pundi kencing yang penuh akan melambatkan pelahiran anda.
• Berjalan-jalanlah untuk melegakan lenguh dan sakit dan merangsang kontraksi.
• Cuba tidur dalam masa antara kontraks

**kepada semua yang bakal melahirkan..SEMOGA DI PERMUDAHKAN...amiin..

Wednesday, February 22, 2012

Breastfeeding journey n weaning off process

Salam..

Apa eh istilah graduation Faris untuk penyusuan?hehe..Walau apapun istilahnya, Alhamdulillah anakanda dah genap 2 tahun, walaupun sudah pun merasa FM sebelum usia 2 tahun, tapi sehingga sekarang Faris masih lagi melekap dengan ibu..

Alhamdulillah tuk nikmat ALLAH, memberikan keizinan kepada ibu menyusukan Faris secara eksklusif (penyusuan susu ibu tanpa makanan lain termasuk air masak) selama 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sepenuhnya sehingga usia 1 tahun 6 bulan, sebelum belajar menerima susu lain coz ibu sudah berhenti mengepam. 

Cabaran
Kalau nak di imbas, memang banyak dugaan dan cabarannya. Kehabisan stok EBM, kurangnya hasil mengepam dan kekangan masa untuk mengepam..semua tu dugaan kecil yang sudah pun ibu lalui. Kenapa ibu katakan kecil?coz ibu boleh melepasi semua saat-saat tu, so insyaALLAH semua orang boleh menghadapi perkara seperti itu dengan mudah. Tertekan? kompem la kan..kalau tak percaya cuba baca kisah panik ibu ni dan yang ni. Apa pun, semoga dengan segala rintangan yang sudah ibu hadapi sepanjang menyusukan Faris, perjalanan penyusuan anak ke2 ibu akan terasa lebih mudah dan dapat mencapai 2tahun BF sepenuhnya.insyaALLAH..hehe

Cubaan 'weaning off' kerana pregnant
Entry ni ibu buat coz ramai yang bertanya tentang cara ibu berhentikan BF faris. Sepanjang 2 tahun ni, Faris hanya ditinggalkan tanpa neneng selama 9 hari sepanjang ibu berkursus pada Disember lepas, niat asal nak menggunakan masa berpisah tu sebagai cara tuk weaning off, tapi tak tertanggung rasa kerinduan dan kesedihan tuk berpisah susu..huhu..(tak besedia sebenarnya). So bila berjumpa dan Faris minta neneng (walaupun dengan muka malu-malu) ibu terus berikan. So sehingga sekarang masih lagi menyusu. Bezanya, dia tak perlukan candunya selepas waktu tidur, means malam dia akan tidur nyenyak tidak lagi terjaga untuk minta neneng sehingga pagi

Cara BUKAN PILIHAN 
Cara yang ibu senaraikan ni antara cara yang pernah ibu dengar:
i. Menyapu nipple dengan perasa yang kurang enak, contohnya: minyak cap kapak dan garam
ii. Jampi pisah susu
iii. Pertolongan bomoh

Ibu bukan senaraikan ikut apa yang terpikir, tapi ada antara 3 senarai itu yang di cadangkan kepada ibu dan sebahagiannya pula yang di amalkan oleh orang-orang terdekat. Ada seorang ibu yang buat cara ni dan beritahu ibu untuk JANGAN lakukan kesalahan yang sama seperti dia. Menyesal katanya, coz hasilnya anak seolah-olah merajuk, langsung tidak mahu bermanja dengan ibunya. Pada pendapat ibu, seperti mana kita mengajar anak-anak mengamalkan sesuatu, kita juga perlu bersabar untuk mengajar dia meninggalkan amalan biasa dia. Kejam dan sangat salah sampai mencari bomoh semata-mata tuk weaning off (tak pernah kenal mana-mana bomoh..huhu).  Sebab itu, cara yang di atas bukan pilihan ibu, ibu biarkan ia berlaku dengan sendiri secara natural. 

Mengajar Faris
Cara ibu dengan Faris, oleh kerana anakanda sudah pandai berkomunikasi dan boleh faham dengan setiap arahan dan kata-kata ibu, so ibu buat secara lisan. Setiap kali Faris nak neneng, ibu akan katakan 'neneng ibu sakit', itu cara ibu. Anakanda sangat memahami, minta nak tolong ubatkan lagi dan ayat kebiasaannya 'nanti baik ya' or 'nanti malam baik ya bu'. So bila malam dia minta ibu akan kasi. Sekurang-kurangnya ibu dapat kurangkan sedikit waktu kebiasaan dia untuk neneng. Selain daripada cara alihkan perhatian dia dengan aktiviti lain seperti aktiviti 'berkuda' dengan ayahnya (ayah jadi kuda, Faris panjat belakang..huhu).  Bila dia terlalu kusyuk menyusu, cara untuk hentikan ibu akan katakan 'neneng ibu sakit' or 'ibu nak g toilet', alhamdulillah anakanda terus lepaskan neneng..:). Setiap kali menyusu ibu akan bisikkan pada dia, lepas ni susu kena share dengan adik tau. Ibu tak sampai hati nak cakap 'susu adik punya' risau kalau anak yang sudah memahami tu akan kecil hati, semua hak dia di rampas..huhu. 

Respon Anakanda
Kadang-kadang anakanda akan buat tunjuk perasaan, mengamuk bila tak dapat neneng, or menangis tanpa henti  bila terjatuh. Semua tu sebab nak menarik perhatian ibu atau meraih simpati supaya di berikan 'upahnya'. Ibu ikut situasi, kadang-kadang bila badan tengah penat, malas nak melayan kerenahnya ibu berikan supaya dia senyap. Tapi kekadang, minta ayah alihkan perhatiannya.

Pada yang bertanya dan yang minta pendapat, itulah cara ibu, yang ibu amalkan setakat ni., mungkin bukan cara yang terbaik dan mungkin tidak sesuai dengan semua ibu, so tapislah mana yang patut..:)..Alhamdulillah  untuk ibu, dalam 27 minggu mengandung dan menyusukan Faris, kesihatan baby dan ibu tidak pernah terganggu. Semoga ALLAH terus memberikan nikmat kesihatan ini kepada kami dan mempermudahkan segalanya demi kedua-dua anak ibu.

Bagi pembaca lain, entry ini bukan untuk mengajar, just sharing cara dan pendapat sahaja k..Maaf sekiranya ada penulisan yang membuatkan anda berkecil hati..peace no war..hehe

Untuk ibu-ibu lain mungkin di sini ada fakta yang boleh membantu anda..SILA KLIK http://sajirahazlan.blogspot.com/2012/02/panduan-menceraikan-susu-ibu.html

Wednesday, January 4, 2012

Amalan Bulan ke5 Mengandung

Salam..

Sedar tak sedar dah 21 minggu rupanya baby dalam perut ibu ni..Ibu salah kira, so agak terkejut masa last check up (minggu lepas) nurse beritahu usia kandungan dah masuk 20 minggu. Check up lepas saiz perut jadi isu lak, boleh pulak nurse kata perut ibu besar dan tak percaya usia kandungan ibu baru 20 minggu. Katanya usia kandungan sudah 23 minggu berdasarkan saiz, ishh..ibu tak main tipu dengan tarikh last haid ibu k..hehe..

Tapi lepas details check up, barulah nurse percaya..Alhamdulillah semenjak 2 hari lepas anakanda semakin aktif 'menggolakkan' perut ibu..Sejak awal bulan ke 4 anakanda dah mula 'mengetuk', sekarang dah terasa pergerakan yang lebih aktif. Teringat masa abang Faris dalam perut ibu, 1st time pergerakan seperti itu, ibu terlalu excited sampai terus on video call dengan ayah yang berada di Brunei ketika itu..:)

Abang Faris pun excited dengan baby, kerap dan rajin berbual dengan adik..semua yang di makan dan di buat di kongsikan dengan adik. Ibu dapat bayangkan kalau adik dah keluar nanti, sure semua makanan yang di makan abang di suap kepada adik..huhu..

Ibu baru membeli sebuah buku bertajuk "Doa dan Zikir Khusus Wanita" yang di tulis oleh Muhammad Alcaff: Semua doa dan zikir di dalam buku ini adalah yang telah di ajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada puteri tercinta baginda, fatimah Az-Zahra r.a. So ibu nak kongsikan amalan semasa mengandung bulan ke 5

1. Membaca surah al Fath pada setiap hari Khamis dan Jumaat
2. Membaca surah An-Nashr dalam solat
3. Makan kurma secukupnya
4. Meletakkan tangan di perut sambil membaca azan dan iqamah
5. Mengambil satu biji telur sebelum sarapan yang terlebih dahulu di bacakan surah Al- Fatihah


Thursday, November 3, 2011

Cacing oh cacing

Salam..

Di luar hujan sangat lebat, perut dah memulas dan beberapa kali dah vibrate, tapi nak keluar tu rasa cam sedikit 'bercinta' mengenangkan ketiadaan payung..

So rasa nak sharing ilmu yang baru ibu google..

Biasa dengar dulu-dulu, orang selalu kata 'jangan jalan tak pakai kasut nanti cacing masuk kaki'..korang percaya?haha..ibu yang sememangnya tiada pendidikan biologi (ada kena mengena ke?) memang langsung tak percaya..camne lak cacing leh korek kaki?(camtu la lebih kurang pemikiran ibu)..Tapi bila jumpa  artikel ini, yang ditulis oleh Dr Zubaidi bin Hj Ahmad rupanya kata-kata yang ibu anggap sebagai hanya untuk menakutkan itu ada kebenarannya..hehe..sedikit info yang ibu boleh kongsikan dari artikel tersebut..

Bagaimana cacing boleh masuk ke dalam tubuh kanak-kanak
1.  Apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan secara tidak sengaja terutama makanan yang tidak di masak dengan sempurna
2. Kanak-kanak yang mengabaikan kebersihan tangan sebelum makan
3. Kulit kaki yang terdedah (haha..seyes doktor yang bagi tahu..so 'nanti cacing masuk' tu sila percaya k..hehe)

Simptom yang di sebabkan oleh cacing dalam tubuh
1.anemia (kurang darah merah)
2. kurang selera makan
3. cepat rasa lemah dan letih
4. abdomen yang kembung

Telur cacing ini akan menetas dalam usus kecil, membesar dengan mendapat zat makanan dari usus ketika proses pengahadaman. Cacing dewasa akan mengawan dan bunting, selepas itu bergerak ke usus besar dan raktum. Telur cacing akan di keluarkan melalui najis. Cacing akan mengambil nutrien makanan yang di serap ketika makan menyebabkan tubuh mengalami kekurangan zat makanan yang boleh menyebabkan fizikal kanak-kanak mudah terganggu dan cepat berasa keletihan

Ini yang dikatakan kecil-kecil cili padi..hehe..kecil api boleh membawa masalah besar terutama kepada kanak-kanak. Silalah baca yang selanjutnya tentang jenis-jenis cacing dan kesannya dalam artikel tersebut untuk lebih memahami k..


Wassalam..

Sunday, October 23, 2011

Menyusu semasa hamil

Salam..

Jumaat lepas baru ibu di berikan kekuatan untuk berjumpa doktor. Sebelum tu, dah beberapa kali ayah minta dan bawa ibu ke KMC, untuk check up dan dapatkan pengesahan dari doktor, tapi ntah kenapa tuk 2nd time ni, debaran tu melebihi masa pregnant kan Faris..huhu..

Jumaat lepas, ibu decide untuk ke poliklinik, so alhamdulillah, sure la +ve pregnancy test. Mengikut perkiraan doktor, hari ini ibu genap 10minggu, expected due date 23 Mei 2012. Then, peluang ini  ibu gunakan untuk bertanya kepada doktor berkenaan breastfeeding. Kata doktor, 'no problem, u still can continue coz sampai satu tahap, susu akan berubah rasa, kadang-kadang ada anak yang stop sendiri bila tak berkenan dengan rasa susu tu, tapi ada juga yang terus menyusu', itu lebih kurang ayat doktor tu. 

Pernah seorang kawan nasihatkan ibu untuk berhenti menyusukan Faris atas alasan ' kesian kan baby', menurut doktor tu, tiada istilah kesian coz yang supply zat sume adalah ibu, so ibu perlu ambil suplemen seperti kalsium 1200mg sehari (doktor bekalkan ibu tablet 300mg, so makan 4kali sehari) dan start dengan obimin bila masuk 3 bulan sebagai sumber zinc etc. So rasanya tak timbul istilah abang curi zat adik..hehe..Sorry kalau penerangan ibu buat korang kompius, kalau nak lagi jelas better dengar sendiri apa doktor cakap coz maybe lain orang, berbeza kondisi, dan tak mustahil kalau lain doktor, lain pandangannya.

Ada juga yang takut dengan risiko keguguran, ibu pernah baca tapi lupa nak simpan sumbernya, risiko keguguran untuk bf semasa hamil sangat rendah. Bf memang boleh menyeababkan pengecutan rahim kan? Tapi mengikut sumber tu, ada beberapa kondisi yang meletakkan kita sebagai berisiko tinggi, salah satunya adalah kalau pernah mengalami keguuguran, 2 lagi faktor mereka yang berisiko ibu tak ingat..huhu..camne ni?info pun tak berapa lengkap..ibu nak cakap banyak pun risau kalau ada yang kata ibu memandai kan?So better rujuk pada yang lebih pakar untuk lebih jelas..:)Wallahualam..

Faris memang ibu dah ajar dengan FM, standby untuk siang hari coz ibu takut kalau sumber kalsiumnya tidak memenuhi keperluan seharian. Tapi setakat ni, dia memang tak berkenan dengan FM, lebih rela minum air masak dan tunggu kepulangan ibu. Tapi pelik, ibu tak rasa apa-apa bila tengok pembaziran FM tu, sebotol atuk sediakan langsung tak di minum berbeza perasaannya kalau tengok Faris tak habiskan EBM yang ibu tinggalkan dulu..hehe..Alhamdulillah ibu masih lagi berdaya untuk memberikan haknya. Ibu perasan sekarang, kalau neneng pun, Faris tak neneng lama, seolah-olah hanya untuk melepaskan gian sahaja. InsyaALLAH bila masuk 3 bulan nanti, ibu akan berjumpa pakar pula untuk dapatkan nasihat dan pandangan. Sekadar untuk menambah pengetahuan dan memastikan yang terbaik untuk kedua-dua buah hati ibu..:)

Kesimpulan mengikut pandangan ibu yang kurang arif ini, sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan kepada baby dalam kandungan, anak dan ibu, ibu boleh teruskan menyusu. Tapi kalau memudaratkan, ibu pun akan memilih jalan untuk stop..:)

Ibu harap, ALLAH sentiasa permudahkan segalanya, lindungi anak dalam kandungan ini dan memberikan ibu kekuatan untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat Faris dan adik..:) Ibu hanya mengusahakan apa yang terdaya dan berserah.

p/s: sekadar perkongsian dan juga ilmu untuk mendidik diri sendiri. Feel free tuk berikan pendapat sekiranya ada pandangan lain yang boleh di kongsikan untuk manfaat bersama..Thanks..

Sejak akhir-akhir ni, entry bosan jek kan?tanpa gambar lagi..hehe..

Wassalam..

Tuesday, October 11, 2011

Risiko Mengandung Selepas Cesarean

Salam..
Ibu nak kongsikan sedikit info yang ibu dapat tentang mengandung selepas cesarean. Info ni ibu kumpulkan selepas ibu sah mengandung kali ke2 ni..Alhamdulillah..Tujuannya lebih kepada untuk menyedapkan hati dan untuk menjawab soalan2 yang bakal di tanya (coz ibu tahu dan dah ada pun yang bertanya 'tak takut ke?'..hehe). Seikhlasnya, bila tahu ibu mengandung lagi, rasa takut dan risau untuk mengandung pada masa terdekat hilang sama sekali. Pada ibu, sebaik-baik perancang adalah DIA, so bila dia dah tentukan berhasil, InsyaALLAH semuanya di bawah lindunganNYA. Untuk yang senasib, jom kita kongsikan info di bawah..


Jarak kehamilan selepas cesarean 


Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ?misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.
Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.

Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?

 Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus
Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya.Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas (ini masalah masa ibu nak bersalinkan Faris, untuk adik Faris, ibu harap dapat bersalin normal pula) atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.

Yang kedua ini adalah persoalan wanita yang baru menjalani pembedahan juga..
Soalannya (selepas di potong mana yang tidak berkenaan):
Bolehkah saya meneruskan kandungan saya ini kerana saya baru saja enam bulan melahirkan anak? Bolehkah saya menggugurkan kandungan saya ini dengan memakan pil saja? Atau perlukah saya pergi ke hospital kerajaan (rekod saya di sana), dan meminta pendapat mereka terlebih dulu
Jawapannya:
Pembedahan caesarean dilakukan di bawah rahim. Bahagian ini agak nipis, tidak memainkan apa-apa peranan ketika kontraksi rahim untuk proses kelahiran dan mengandungi kandungan otot yang kurang dari bahagian atas rahim. Cara pembedahan pada masa sekarang dilakukan dengan membuat pembukaan melebar di bahagian rahim ini, kemudian membolehkan ia ditutup kembali dengan mudah. Justeru, ia sembuh dengan lebih cepat dan baik.

Dianggarkan luka pembedahan akan sembuh dalam masa enam minggu hingga tiga bulan untuk mereka yang tidak ada masalah kesihatan lain seperti kencing manis yang melambatkan proses pemulihan. Kandungan biasanya berada di bahagian atas rahim dan akan berkembang di sana.

Bahagian bawah rahim mula berkembang pada tiga bulan terakhir mengandung dan ia terbentuk sepenuhnya ketika hendak bersalin.

Ada beberapa komplikasi yang boleh terjadi apabila seseorang itu mengandung selepas satu, dua atau tiga kali pembedahan caesarean. Yang pertama ialah risiko uri melekat di bahagian bawah rahim lebih tinggi dan ini dipanggil ‘placenta praevia’.Ini akan dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.

Satu lagi masalah ialah parut yang lama itu mungkin terbelah atau carik (uterine rupture). Ia berlaku terutama ketika sakit bersalin kerana masa inilah bahagian ini mula meregang untuk membolehkan bayi menurun. Kemungkinan risiko ini ialah satu dalam 200, bermakna antara 200 wanita yang bersalin melalui pembedahan, hanya seorang akan mengalami komplikasi ini pada kandungan seterusnya. Jadi risiko ini tidak begitu tinggi.

Bila ia berlaku, pendarahan daripada pembukaan parut akan berkumpul dalam abdomen dan boleh menjejaskan aliran darah kepada bayi. Keadaan ini adalah kritikal dan perlu pembedahan, mungkin rahim terpaksa dikeluarkan untuk menyelamatkan nyawa ibu. Oleh itu, ibu yang pernah melalui caesarean harus bersalin di hospital untuk mana-mana kandungan seterusnya, untuk memerhati tanda komplikasi ini. Jika dikesan lebih awal, risiko diatas boleh dikurangkan. ~ ok yang ni buat ibu takut sedikit~

Masa yang paling sesuai untuk mengandung semula selepas pembedahan caesarean ialah 18 bulan. Ini memberi cukup masa untuk luka pulih kepada keadaan asal, ibu juga sudah kembali kepada keadaan sebelum mengandung dan bayi sudah tidak terlalu bergantung kepada susu ibu untuk pemakanannya.

Puan sudah berkahwin selama enam tahun dan mengalami dua keguguran.

Jangan gugurkan kandungan ini semata-mata atas keterangan yang tidak ada dasar yang kukuh. Aspirin perlu dimulakan secepat mungkin. Jangan takut kepada manusia – itu tidak mendatangkan apa-apa faedah. Sebaliknya minta pertolongan daripada Kuasa yang menentukan semua ini dan takut kepada tanggungjawab puan atas kandungan ini sekarang.

Sumber:
http://www.hamidarshat.com/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=218 
http://bintangkejora-myblog.blogspot.com/2010/06/anda-tanya-doktor-jawab-mengandung-lagi.html

"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan, kerana sesungguhnya memudahkan sesuatu itu mudah bagiMu. Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan."

Wallahualam..

Tuesday, June 28, 2011

Anak mengamuk|nangis tanpa henti apa korang buat?

Salam n selamat pagi..

Awal-awal pagi dah berkobar-kobar meng'up' dengan tajuk yang panjang menjela nih..Alkisah anakanda ibu yang dah masuk 16bulan dah pandai mengamuk hentak-hentak kaki sekarang. Dah beberapa kali dia luahkan perasaan dia dengan cara itu, kebiasaanya ibu akan pujuk dengan pelbagai cara, belaian dan panggilan manja. If tak layan jugak, ibu akan bawa keluar rumah or tarik perhatian dia dengan macam-macam cara yang terpikir waktu tu. Ibu kompem panik bila Faris nangis tak berhenti. Jalan lain, ibu akan basuh muka Faris dan bisikan dengan bacaan ayat suci al-quran. Kalau tengah ngamuk, ibu dodoi lagi kuat dia ngamuk, rasuah  sumbat neneng pun tak layan..biasanya tak pernah tolak okey..n kadang-kadang kalau dah habis cara, ibu tinggal n buat tatau jek, kejam kan?

Malam tadi amukan berlaku lebih setengah jam bermula jam 8malam. Kalau drama pun ada waktu iklan, tapi Faris punya show semalam non stop okey..berpeluh-peluh jugak ibu pikir cara nak pujuk. Dah macam-macam soalan ibu tanya, 'kenapa ni?kenapa?sakit ke?sakit mana?' kalaulah di jawabnya..pengsan!!Puncanya, merajuk atuk tinggalkan dia, atuk keluar rumah tuk jumpa kawan. Anakanda menangis sampai tercungap-cungap. Puas ibu pujuk memang langsung tak layan, ibu memang cuak tahap gaban coz ibu hanya berdua dengan Faris di rumah semalam. Semua cara yang di sebut di atas (ceewah) dah di aplikasikan kecuali part tinggal tu ibu tak buat.

Tujuan entry..ibu nak minta pendapat sahabat handal yang kebanyakannya berpengalaman luas membesarkan anak-anak. If korang ada pengalaman handle or tackle anak-anak yang sedang hangat meluahkan perasaan dengan cara hentak-hentak kaki ni, acu cuba kongsi kan tips camne cara korang pujuk.

nota akhir: pernah dengar orang kata anak mengamuk sebab nakkan perhatian lebih..betul ke?

Sunday, May 22, 2011

Kenapa anak sakit walaupun menyusu susu IBU?

Salam

Alhamdulillah ibu dapat jawapan kepada persoalan seseorang tentang kenapa Faris tetap sakit walaupun menyusu susu ibu. Ibu memang pembaca setia majalah PAMA semenjak dari mula mengandungkan Faris lagi, so PAMA keluaran JUN 2011 memberikan ibu jawapan kepada persoalan ini..Dalam ruangan soal jawab laktasi seorang ibu musykil dengan keadaan anaknya yang hanya menyusu susu ibu tetapi kerap sakit. Ibu ringkaskan jawapan yang di berikan oleh Pakar Laktasi Rita Rahayu Omar untuk kita kongsikan..

1. Berdasarkan pemahaman umum, bayi menyusu susu ibu LEBIH SIHAT daripada yang menyusu susu formula. Asas dalam memahami bayi yang menyusu susu ibu tidak jatuh sakit seperti bayi yang menyusu susu formula adalah berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Ia menyatakan, jika terdapat peningkatan penyusuan susu ibu yang sederhana seluruh dunia, kadar penyakit di kalangan bayi akan turun mendadak.

2. Maksudnya ialah antara 1000 bayi menyusu susu ibu dan 1000 bayi menyusu susu formula, bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih sihat dan kurang sakit. JIKA MEREKA SAKIT, MEREKA MUDAH SEMBUH.

3. Kandungan susu ibu berubah berdasarkan keperluan bayi. Sebagai contoh, ibu yang melahirkan bayi pramatang memiliki susu ibu tinggi lemak dan protein khusus membantu dalam pertambahan berat badan bayi. Ibu yang sakit dengan strep akan menghasilkan antibodi dalam susu bagi melindungi bayi daripada di jangkiti strep.

4. Bayi yang ditinggalkan di Taska terdedah kepada perlbagai jenis kuman dan virus. Sedangkan ibu bayi tersebut tidak terdedah kepada kuman dan virus berkenaan. Oleh yang demikian, ibu tidak dapat menghasilkan antibodi secara semulajadi bagi di salurkan kepada bayi untuk mencegah penyakit di Taska. Penyelesaiannya, ibu perlu menghabiskan beberapa waktu di Taska untuk memberi peluang tubuh bertindak balas demi menghasilkan perlindungan untuk bayi.

5. Penyusuan susu ibu berterusan memberi perlindungan dan merupakan sumber makanan berkualiti selagi bayi di susukan dengan susu ibu. Susu ibu tidak pernah berhenti memberikan yang terbaik kepada penerimanya. Seperkara yang perlu diingat ialah anda TIDAK MEMERLUKAN diet sempurna dalam menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi.  

Pada ibu, sakit itu adalah Reminder kepada kita sebagai Hamba ALLAH, tetapi jawapan di atas #4 mungkin yang paling tepat kenapa Faris mudah di jangkiti penyakit sepanjang di Taska. Walau apa pun, selain kerana khasiat susu ibu itu sendiri, ibu terus menyusukan Faris tanpa campuran susu formula sehingga ke hari ini adalah kerana momen tidak ternilai yang ibu dapat apabila menyusukan Faris. Ibu belum bersedia untuk berhenti daripada dapat membelai dan bercerita dengan Faris setiap kali menyusukan Faris. Momen itu ibu takkan dapat sekiranya ibu hanya memberikan botol untuk Faris menyusu. Ikatan yang terjalin sepanjang menyusukan Faris itu adalah momen paling berharga kepada ibu..Thank You ALLAH..

Thursday, April 21, 2011

Anak Demam Panas

Hari ini genap seminggu Faris keluar dari wad, waktu mula-mula keluar demam dia still on off..kebiasaanya badan dia akan panas menjelang malam (Alhamdulillah, dah 2 malam suhu dia normal). Kebiasaanya suhu mencecah sampai 38 ++..di sebabkan panas dalam badan tu mata dia selalu bertahi, ala-ala sakit mata (masih lagi). Di tambah pulak selesema dan batuk. Sekarang tiap kali batuk dia akan muntah, kadang-kadang ibu sengaja tekan lidah dia masa dia batuk dengan harapan kahak akan keluar. Ibu rasa lega bila dia muntah coz akan terkeluar segala lendir dan kahak sekali. Tapi ibu still mencari info dan bertanya betul ke amalan tu tidak mendatangkan bahaya pada Faris.

Bila anak demam, penting bagi ibu untuk kemana-kemana bersama termometer. Ibu beli termometer ni since Faris 2 bulan lagi coz in case kalau demam senang tuk ibu pantau suhu badan Faris. Untuk baby, suhu 38 darjah celcius tu dah di kategorikan tinggi, bahaya coz setengah baby boleh sampai kena sawan bila badan terlalu panas. Kebiasaannya ibu dan ayah akan basahkan badan dan kepala Faris tuk turunkan suhu. Amalan orang tua-tua, biasanya 'Jangan mandi kalau demam'..TIDAK BOLEH diamalkan untuk demam especially demam panas. Doktor memang nasihatkan supaya mandikan dan kalau boleh pakaikan pakaian yang boleh membebaskan haba badan dia dengan baik. Ibu perhatikan if Faris di pakaikan pakaian seperti baju lengan panjang dan seluar panjang, suhu badan dia akan cepat naik, mungkin sebab haba badan tak dapat di bebaskan.

Ada sahabat ibu yang bertanya, perlu ke bawa ke doktor coz anaknya demam on off dah hampir seminggu. Apa yang ibu amalkan, demam normal yang ibu boleh terima hanya 2 hari, suhu kurang dari 39 dan Faris masih boleh bermain dan makan seperti biasa. Maksud boleh terima adalah ibu just berikan ubat demam or bawa berjumpa doktor ke klinik biasa. If suhu mencecah 39 atau demam lebih 2 hari dan Faris berubah menjadi pasif ibu memang tidak teragak untuk bawa ke hospital atau berjumpa pakar. Sebab itulah Faris dulu di tahan di wad, ibu bawa Faris ke GH coz suhu mencecah sampai ke 39 walaupun selepas 2 jam di berikan ubat ikut bontot. Ibu rasa lega bila Faris di tahan dan di beri pemeriksaan penuh. Walaupun tiada apa yang mudarat, sekurang-kurangnya kita tahu kondisi sebenar anak yang memang tak mampu nak beritahu apa yang dia rasa.

Sekarang memang tengah musim demam kot, waktu Faris di tahan di wad HTAA, ramai kanak-kanak lain yang hampir sebaya Faris di tahan di wad kerana demam panas dan jangkitan kuman di paru-paru. Jangkitan kuman di paru-paru memang mudah menyerang kanak-kanak terutama masa mereka demam. Alhamdulillah Faris selamat dari kuman-kuman tu, cuma ibu risau macam mana nak deal dengan mata Faris tu.

So kepada ibu-ibu, pantau lah demam anak-anak anda k..Semoga anak-anak kita sentiasa sihat dan aktif bermain kerana gelak tawa mereka adalah syurga kebahagiaan ibu-ibu..kan??
Anak ibu..hari dah genap 1 tahun 2 bulan 2 hari..:)


senang nak tau kalau ini budak tidak sihat..sebelum ni kalau demam pun still aktif cam tak demam, tapi kali ni demam melentok setiap masa..sekarang semakin pulih semoga cepat hilang semua virus-virus yang masih tinggal..

Thursday, March 17, 2011

Kenapa ada lagi yang kata tak cukup?

Salam..

Sebak betul rasa dada..rasa nak menangis dan menjerit..ibu berbual dengan seorang rakan, katanya dari hari pertama anaknya dah di berikan susu formula. Ibu sebak bila bertanya 'kenapa?'..sebenarnya tak perlu pun rasa begitu coz itu anak dia 'setiap ibu akan buat yang terbaik untuk anaknya kan?'..tapi berhenti sebelum mencuba itu bukanlah 'yang terbaik'..ringkas je jawapannya 'susu takde'..sebenarnya kawan ibu tu bukan orang yang pertama, dah banyak kali dengar alasan tak menyusu di sebabkan susu tiada..sedih..puncanya..salah satu punca utama sebab kurang ilmu didada sebelum bayi di lahirkan

so..bakal-bakal ibu, ibu MERAYU korang gali lah ilmu sedalam mungkin..tanpa ilmu ibu pun mungkin gagal menyusukan Faris sehingga ke hari ini. Tapi alhamdulillah setakat ini,ibu leh jawab if orang syko ibu dan hadapi cabaran-cabaran yang datang. Hari-hari pertama kelahiran, tanpa ilmu ibu pun akan kalut nak sediakan susu formula untuk Faris, risau sebab susu tak keluar. Seingat ibu sampai hari ketiga pun susu belum lancar, bila balik ke rumah pada hari ke3, mil dah minta suruh bancuh susu tepung coz Faris sentiasa nak menetek dan kerap menangis walaupun baru lepas menetek..bayangkan ibu melahirkan anak secara pembedahan..hari ke3 perut masih sakit lagi, dengan segala kepayahan even nak bangun ibu tetap menyusukan Faris..

Tapi..Alhamdulillah..ibu tahu..hari-hari pertama susu takkan keluar sampai menitik dan mengalir coz yang ada hanyalah kolestrum (kalaulah kawan ibu tu tahu perkara ni sebelum melahirkan..:(..). Ibu cekalkan jugak hati kasi Faris hisap coz kolestrum tu sangat lah berharga, baca di sini..cecair yang keluar pada hari-hari pertama bayi di lahirkan mengandungi antibodi yang paling berharga untuk anak kita.

Jangan di sebabkan anak menangis ibu-ibu kalah,terus katakan tak de susu coz banyak lagi sebab punca anak menangis. Bagi ibu, anak yang baru keluar dari perut ibunya, mungkin panik dengan keadaan dunia barunya. Mungkin menangis kerana tak selesa dengan pakaian atau lampinnya, bukan semestinya kerana LAPAR semata-mata.

Banyak amalan daripada zaman ibu-ibu kita dahulu kan? sejak dari mengandung sampai ke selepas bersalin dah terbiasa mengamalkan ilmu turun temurun sampai korang rasa tidak perlu untuk menggali ilmu baru. Sejak dalam pantang lagi pun ibu dah melalui perkara ini, orang tua-tua memang banyak petua, tapi kita sebagai ibu boleh menilai dan memikirkan semula mana yang baik dan mana yang tak perlu.

Kebiasaannya kalau ikut orang tua-tua, bila bayi kerap menangis bermakna anak lapar, bukan sahaja di suruh bancuh susu FM malah ada yang di suruh untuk bagi anak makan. Bayi yang baru dilahirkan memerlukan saiz atau keperluan makanan yang amat kecil cek di post ni, anak kecil tu mempunyai buah pinggang dan usus yang belum matang, janganlah di ganggu dengan makanan-makanan lain selain yang telah ALLAH syariatkan..

Ibu bukanlah sesiapa untuk bercakap tentang penyusuan susu ibu..Hanya seorang ibu yang baru menyusukan anak sulungnya selama hampir 13 bulan dengan hanya susu ibu..tapi ibu rasa tak sanggup bila tahu ada ibu yang melepaskan peluang untuk menyusukan anak. Menyerah terlalu awal, seawal hari pertama..sedeyy.. Kalau ikutkan banyak yang perlu di beritahu tapi ibu ringkaskan terutama untuk bakal-bakal ibu

1. Sejak dari mengandung tanamkan lah azam untuk menyusukan anak coz InsyaALLAH mind set akan membantu untuk kita jadi cekal dan nekad
2. Carilah ilmu tentang penyusuan. Zaman sekarang korang dah tak perlu ke kedai buku, susah payah cari buku. Klik-klik je di internet, pelbagai info yang ada.
3. Tak semua amalan dari mak-mak kita dulu masih valid tuk diamalkan, terutamanya tentang memberi anak makan seawal 3bulan or berikan air masak, pelbagai kajian dah dilakukan, bezakanlah mana mitos mana realiti.
4. Dalam pada excited cari barang baby, jangan lupa cari barang untuk penyusuan. Tak perlu yang mahal or ribuan ringgit. Dengan penggunaan yang betul, pam murah pun leh hasilkan susu yang banyak. Lebih bernilai dari wang ringgit :)
5. Didik lah suami, untuk para suami pula, support lah isteri.
6. Berdoa lah kepada ALLAH supaya perjalanan penyusuan korang sentiasa di permudahkan.
7. Tabahkanlah hati. Pekakkan telinga korang if ada yang katakan korang tiada susu or susu tak cukup untuk baby. Teruskan memenuhi keperluan baby. Dimana ada demand, insyaALLAH supply akan berterusan.
8. Belajarlah teknik lekapan dan cara penyusuan yang betul tuk memastikan baby dan ibu sama-sama selesa sewaktu sesi penyusuan.
9. Jangan biasakan baby dengan puting palsu di awal kelahiran. Korang akan menyebabkan baby keliru puting.
10. Jangan putus asa. Belajarlah dari mereka yang berpengalaman dan dapatkan sokongan mereka.


p/s: tak perlu bebankan diri sendiri dengan aim ke 2tahun terus, cabar diri untuk breastfeed secara eksklusif (tanpa air masak or makanan lain) selama 6 bulan dulu, InsyaALLAH tekad dan nekad akan datang dengan sendirinya..

Thursday, March 3, 2011

Mari Belajar - Bahasa

Salam semua..

Jiran ibu pernah tanya..lebih kurang cenggini la ayatnya..namun maksudnya tetap sama k..
"eh nurul,macam mana Faris leh cepat bercakap dan berjalan?selalunya budak ni cepat jalan lambat cakap n kl cepat cakap lmbat jalan, nurul ajar macam mana ek?"

makcik ni bakal menerima cucu sulung..ibu rasa terkompius kejap dengan soalan tu (bukan mitos ke nih?) coz makcik lbh berpengalaman, tapi dapat la ibu pikirkan jawapan yang sesuai..maka ibu berkata..

"ntah la makcik ***..agaknya sebab saya selalu bercakap dengan dia dari dalam perut kot..sekarang pun selalu sembang ngan dia,masa nyusu pun borak ngn dia..tapi kalau bukan ALLAH nak bagi tak dapat gak kot makcik" dengan rasa penuh rendah diri..seyes!!

Alhamdulillah memang ALLAH bagi Faris cepat jalan n ringan pulak mulutnya ngomel macam-macam..tapi banyak gak yang Faris lambat berbanding baby lain..contohnya..Faris lambat merangkak berbanding kawan-kawan sebaya dia, lambat gak naik berat badan..huhu..jangan terkejut..anak hamba 1 tahun beratnya hanya 7.9kg (setelah di bundarkan)..haha..menurun ibunya la tuh kan..

Lambat ke cepat progress anak..jangan kau risau jebat..kecuali kalau dah melebihi paras normal kompem kena bawa jumpa pakar tuk dapatkan nasihat..ibu memandang semua bayi sama..kalau cepat 1 benda ada la benda lain lak yang dia lambat..no big deal..yang penting kita sebagai ibu bapa kena memainkan peranan tuk mendidik dia dalam masa pembesarannya

otak baby macam span..korang tau ni kan?banyak dah sumber yang mengkaji pasal ni..lagi banyak perkataan baru yang dia dengar dari persekitaran dia, lagi membantu perkembangan otak dan kebolehan dia..so apa lagi yang perlu kita buat?banyakkan la berbual dengan dia..ibu paling suka berbual dengan Faris masa tengah menyusu..momen yang sangat indah..walaupun dia tak jawab tapi mata dia akan terkebil-kebil macam cuba nak pahamkan ayat ibu..huhu..kalau dulu masa pregnant, Faris la jugak tempat mengadu coz kami selalu di tinggalkan..:)..so terbawa-bawa la sampai sekarang..pernah jugak ibu terbaca, kita boleh perkenalkan 6 perkataan berbeza setiap hari..sebut dengan jelas pada anak kita, lagi bagus kalau dapat tunjukkan sekali objek sambil sebut dengan jelas..

walaupun anak masih belum boleh bercakap, ibu selalu amalkan tuk gunakan perkataan please, thank u n sorry..biasakan supaya anak pun tak janggal tuk sebutkan pabila perlu nanti..

Biasakan guna simple English..ibu percaya pendedahan awal tu membantu penguasaan di kemudian hari. Ibu pun takde la pengguna bahasa inggeris tegar (kadang-kadang ayah sound coz tak betul sebut..haha). Tapi ibu cuba jugak gunakan simple english bila bercakap dengan Faris..ada lagi ke orang nak kata kita berlagak if speaking dalam zaman ni?abaikan..so tak payah malu-malu..jangan nanti anak dah masuk taska baru dapat dengar perkataan thank you, sorry, please dan sebagainya..cuba perkenalkan ball, cat, towel, eat, sleep, school, dan work berbanding bola, kucing, tuala, makan, tidur dan sekolah..senang kan?

baru baca PAMA keluaran baru..ransangan masa pregnant pun membantu..so berbuallah dengan bayi anda sejak dia dalam kandungan lagi..peace no war..


Monday, January 17, 2011

SIDS dan Risiko bayi tidur meniarap

Kredit to Mawaddah untuk information yang sangat berguna ni..ibu kongsikan di sini supaya semua ibu-ibu di luar sana tau dan untuk pengetahuan ibu jugak..

Apa itu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)?

SIDS adalah kematian secara tiba-tiba, untuk bayi yang berumur kurang dari setahun, yang tak dapat dijelaskan selain dari siasatan secara mendalam...Maksudnya, baby memang nampak sihat je sebelum ni dan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit.

Apa pula `Stomach Sleeping`?

`Stomach Sleeping` ni bahasa inggeris..Bahasa mudahnya, bayi yang tidur dalam keadaan MENIARAP..


Apa kaitan SIDS dan `Stomach Sleeping`?

Membiarkan baby tidur meniarap akan meningkatkan risiko SIDS..Memang ada pelbagai lagi faktor yang menyebabkan SIDS seperti bayi pra-matang, bayi yang lahir tak cukup berat, bayi yang terdedah kepada asap rokok, tetapi `TIDUR MENIARAP` adalah faktor utama penyebab SIDS...Melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh ramai penyeledik, bayi yang tidur meniarap, lebih ramai yang kena SIDS berbanding bayi yang tidur terlentang atau mengiring...Ibu-ibu boleh baca research yang dilakukan mengenainya disini. (klik disini)


Kenapa tak boleh beri baby kita tidur meniarap?

Baby adalah `abdominal breather`, iaitu bernafas dengan bantuan otot abdomen...Bayangkan bila kita beri baby tidur meniarap, maka, ia akan menyukarkannya untuk bernafas...

Bila baby tidur meniarap, udara yang dihembuskannya (karbon dioksida) akan berkumpul..Membentuk seperti poket udara di keliling mulut baby...Terutamanya bila baby tidur di atas tilam yang lembut, selimut dan dikelilingi oleh `soft toys`... Jadi karbon dioksida yang berkumpul itu akan disedut kembali oleh baby...Menyebabkan, kadar oksigen dalam darah menurun...Untuk pengetahuan semua, ketidakmatangan sistem pernafasan baby menyukarkannya untuk adapt dengan jayanya terhadap poket karbon dioksida yang membentuk itu...atau apa-apa saja yang halang baby dari bernafas..Macam orang dewasa, bila terjadi situasi begitu, automatik kita akan ada coping mechanism..Terlentang ke...Ubah posisi ke...Walaupun dalam keadaan tidur..TETAPI BABY TIDAK BEGITU...

Tidur meniarap memberi tekanan pada rahang baby menyempitkan salur pernafasan, lalu menyukarkan baby bernafas..

Mitos dan Fakta tentang tidur meniarap...

Mitos: Bayi akan tersedak susu kalau muntah...Fakta: Mengikut AAP (American Academic of Pediatrics)..Bayi yang lahir cukup bulan dan sihat tidak akan tersedak susu mahupun dengan air liur yang berkumpul jika tidur terlentang...Boleh rujuk di sini ye..(klik disini)

Mitos: Bayi tidur lena...Memang tak dinafikan tentang ini...Fakta: Banyak lagi cara yang boleh dilakukan supaya bayi tidur lena..Contohnya, iringkan bayi, malapkan lampu...Alihkan segala gangguan yang ada seperti perlahankan TV, radio dan etc..

Mitos: Elak perut kembung..Fakta: InsyaAllah, kalau breastfeed baby, kemungkinan untuk kembung itu amatlah tipis..Untuk yang masih belum berpeluang Bf baby, anda boleh pastikan baby tak kembung dengan burp baby..atau beri susu yang sesuai dengannya...

Jadi, macam mana ye kalau baby saya nak tidur meniarap juga?

Boleh, bukan tak boleh langsung tau..Bila baby dah boleh meniarap dan terlentang semula, biasanya dalam umur 4-7 bulan ,mereka tidak akan stay tidur terlentang sepanjang malam...Waktu ini, tidak mengapa jika membiarkan mereka memilih posisi yang mereka inginkan..Bukan yang kita inginkan tau..Maksudnya, bukan dengan sengaja, kita yang letak baby kita tidur meniarap...

Faris pun memang sejak dalam pantang suka tidur meniarap..tapi ibu tak pernah tinggalkan, sentiasa pantau coz memang pernah terbaca tentang bahaya tidur meniarap ni cuma tak berapa jelas seperti penerangan Mawaddah ni..

Tentang mitos dan kepercayaan ini memang di akui..bukan sahaja cerita tentang tidur, macam-macam lagi yang berkaitan anak ni..terutama kalau hal menyusu anak..nasihat ibu..apa-apa pun kita nak buat, biarlah informasi dan pengetahuan tu kita dapat dari kajian (pembacaan dari sumber yang boleh di percayai atau bertanya pada yang pakar) kita sendiri, kita yang faham sendiri bukan dari penceritaan orang lain semata-mata.


























Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang