Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Apabila Isteri Bersuara

Tertarik dengan artikel yang di tulis oleh Zuhayati Yazid dalam Utusan Malaysia. Jom baca untuk panduan kita bersama..

SALAH satu azam wanita yang melangkah masuk ke alam perkahwinan ialah ingin menjadi isteri solehah. Ia mungkin mudah disebut. Tetapi untuk melaksanakan tugas sebagai isteri terbaik tidaklah mudah.

Kehadiran isteri yang baik akan mudah melahirkan rumah tangga bahagia. Sebaliknya isteri yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan melahirkan rumah tangga yang kucar-kacir.

Wanita sememangnya dilahirkan dengan sifat kehalusan yang dianugerah oleh Allah, bersesuaian sekali sebagai pengasuh, pendidik anak-anak, pembimbing dan juga penghibur hati suami.

Rumah tangga bahagia boleh diasaskan oleh isteri yang solehah dengan memenuhi tanggungjawab yang digariskan dalam tuntutan yang pembentukan rumah tangga yang bahagia.

Dalam mengharungi kehidupan berumah tangga, isteri sebenarnya merupakan pembantu kepada suami, jadi sekira suami bertindak tidak betul adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk menegur.


Setiap individu mempunyai kekurangan dan kelemahan. Begitu juga dengan suami. Semasa di alam percintaan dan pertunangan mungkin tidak dapat mengesan kekurangan tersebut.

Setelah berumah tangga baru keadaan ini terserlah, sudah tentu ia mengecewakan. Keadaan itu jika tidak diperbaiki ia akan menjadi api dalam sekam dalam kehidupan.

Jika seorang suami itu buta dengan kelemahan dan kelemahan ini menyebabkan kesusahan atau kegagalan baginya mendapatkan kejayaan adalah mustahak bagi isteri menyediakan kesedaran tersebut.

Sebenarnya, dalam kehidupan berumah tangga, isteri juga ada hak dalam menentukan kebahagiaan cuma ia mesti dilaksanakan dengan cara kewanitaan, lemah lembut dan penuh berhemat.

Sebenarnya, isteri boleh bersuara dalam hal-hal tertentu yang melanggar etika pergaulan suami isteri demi mempertahankan kewibawaannya sebagai isteri yang berhemah.

Sekiranya suami ada membuat kesilapan, tegurlah secara diplomasi kepada suami dan nasihat kepada secara berhemah supaya meninggalkan perbuatan itu.

Sekiranya ia melibatkan hal-hal yang menimbulkan dosa, isteri mempunyai hak untuk menjauhkan anak-anak malah dirinya sendiri daripada terlibat melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Tidak salah menasihati dan menegur kesilapan suami walaupun dia adalah ketua keluarga.

Biarpun begitu, sebagai isteri yang solehah, sikap taat adalah ciri penting dalam kehidupan berumah tangga.

Sebagai isteri, selagi perbuatan tidak menyalahi undang-undang dan syariat agama, kita sebagai isteri wajib untuk mentaati suami.

Namun sekiranya kita mendapati ada perbuatan yang tidak betul, cuba berbincang secara baik supaya tidak menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Percayalah, sekiranya kita taat kepada suami dengan ikhlas, pasti Allah akan memberi rahmat kepada diri kita.

Begitu juga dalam situasi suami menzalimi anak-anak, isteri perlu bertindak sebagai pelindung kepada anak-anak.Ajaklah berbincang secara waras dengan suami, apakah relevannya suami bertindak ganas dengan anak-anak.

Sekiranya suami mempunyai sebab-sebab yang tertentu menyebabkan dia ganas mendidik anak, kompromi dengan si suami supaya tidak terlalu ganas dalam mendidik anak.

Bagaimanapun, sebagai ibu jangan pula terlalu menyokong tindakan anak-anak sehingga menyebabkan pergaduhan kepada suami isteri.

Lazimnya, anak-anak yang terlalu di manja akan menjadi degil dan besar kepala kerana setiap perbuatan yang dilakukan seolah-olah mendapat restu daripada ibunya.

Semoga rumahtangga kita sentiasa dibawah keberkatan ALLAH..still ingat tips dari Dato Fadzilah Kamsah, pastikan suami isteri melafazkan kata-kata 'I LOVE YOU' sekurang-kurangnya 7 kali sehari..

Tuesday, November 23, 2010

Kekal Romantik

Tips tuk suami isteri mengekalkan kebahagiaan dan ke romantikan d' amour...renung-renungkan dan selamat beramal..hehe

Amalan Harian...
::Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing
::Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin  harian dengan dakapan dan ciuman di bibir
::Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar bertanya apa yang sedang dilakukan.
::Sentiasa ucapkan kata-kata I Love You sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur
::Sentiasa mencari peluang untuk lunch bersama kerana pastinya tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja
::Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan

Cari Masa Untuk Bersama
::Luangkan masa untuk berbual tentang apa-apa sahaja sebelum tidur
::Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca surat khabar, yang pernting anda berada di sisi
::Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang
::Amalkan solat berjemaah semasa di rumah
::Biasakan bergilir gelas atau pinggan makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman pasangan
::Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkhan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari
::Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya

Lakukan Sesuatu yang luar biasa
::Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya
::Sentiasa kenang perngorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang bekerja keras menyara keluarga
::Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu
Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu..

Petikan dan olahan artikel dari Pesona Pengantin Dis 2010.

p/s: bahagiakan harimu with love..love..n love..(hikss)

Monday, July 19, 2010

bikin panas!!

Hari ni genap anak ibu 5bulan..setiap kali tiba tarikh ni mesti akan ada peristiwa lain..masa anak ibu genap 3bulan..19 mei lepas ibu dapat surat sah jawatan..hari ini ada peristiwa yang boleh di jadikan teladan pula terjadi..

terbayang lagi wajah anak ibu senyum masa ibu keluar rumah tengah hari tadi..tapi tak sangka pulak on da way ke office ada seorang pakcik (layak Faris gelar atuk) tunjukkan isyarat jari yang mmg semua orang tahu bermaksud  lucah agak kurang sopan..soalannya..perlu ke kalau kita marah sampai nak kena tunjuk isyarat camtu?
minggu lepas waktu pendaftaran pelajar pun ada seorang pakcik yang marah2 ajukan soalan pada ibu bila no tuan rumah sewa yang di berikan padanya oleh seorang pensyarah tak dapat di hubungi..ibu berikan jawapan sebaiknya dengan nada yang sangat sopan tapi dapat respon yang menghampakan dari pakcik tu..lebih memalukan, anak dia yang merupakan pelajar baru di sini pun ad di sebelah..erm..macam mana anak tu nak hormatkan cikgu dia kalau ayah dia sendiri tak menunjukkan contoh yang baik..KESIAN


teringat pada atuk..pernah satu hari atuk bawa kereta ibu, ada seorang pemuda langgar kereta ibu semasa dia keluar dari parking kereta..tapi dia tunggu sampai atuk datang ke kereta untuk beritahu atuk dan bayar rm30 kepada atuk..bila atuk ceritakan pada ibu, ibu tanya kenapa atuk minta 30 rm jek..atuk kata, atuk tak minta,dia yang beri..pada atuk dia tunggu tuk minta maaf pun dah bagus, hari ni hari dia, mungkin nanti hari kita..erm..cuba bayangkan kalau kereta kedua pakcik di atas tu yang kena langgar..agaknya apa dia buat pada yang melanggar tu???renung-renungkan...

kepada mereka yang 'serumah' dengan mereka yang baran seperti 'pakcik-pakcik' di atas mungkin blog ini berguna untuk anda



Wednesday, July 14, 2010

Manisnya kata-kata

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang


ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya


Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya
Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia


Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu
Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu


Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu
Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari


Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga


Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas


Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita


Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa
Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.


dah habis baca?tiada ayat permulaan kerana takut terganggu feeling bila membaca ayat2 di atas..so ibu menulis di pengakhiran entry ini..cantik kata-kata ini, dan sememangnya bukan diriku yang cantik ini yang merekanya (ahaks..saja nak sedapkan ayat k..ku sedar diri ini..)..ALLAH berikan pencipta ayat ini kekereatifan dan daku hanya penyambung dakwah..=)


apa perlu di katakan lagi?baca..fahami..jiwai..renung-renungkan dan selamat beramal..:)
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang