Monday, April 9, 2012

Melegakan sakit semasa pelahiran

Salam...

Ibu nak share satu artikel yang mungkin berguna untuk semua ibu-ibu..ibu dapatkan dari BabyCentre Malaysia. Bila dah nak masuk 9bulan (sekarang 34minggu), mood untuk study persiapan untuk melahirkan semakin menjadi-jadi..harap-harap masa sakit nanti still ingat semua amalan ni..huhu

Cara semulajadi untuk melegakan sakit semasa kontraksi

1. Dapatkan Kehangatan
- Ambil beg diperbuat dari kain, isikan dengan sekam gandum dan panaskan untuk beberapa minit dalam ketuhar gelombang mikro dan kemudian lekapkan di belakang anda untuk membantu melegakan kontraksi anda.
selain itu, boleh juga gunakan botol berisi air panas atau untuk ibu..ibu pilih bertungku kot..itu kalau masih di rumah la kan?
dan..
cara kedua adalah melalui urutan
-Mendapatkan seorang untuk mengusap belakang anda akan memanaskan kulit ada dan juga merangsang badan anda untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit-

2. Pernafasan
-Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi dan r-e-l-a-k-s semasa anda menghembus nafas. Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi anda. Dan lakukannya berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan anda semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, r-e-l-a-k-s.
3. Berehat
Pada awal pelahiran, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah menyediakan diri anda untuk menanggung kesakitan dengan menyimpan tenaga anda secara berehat. Pastikan diri anda seselesa dengan berada di atas katil atau kerusi.

4. Menukar Posisi
- Pelahiran anda akan bergerak dengan lebih perlahan jika anda berbaring dan apabila perlahiran semakin panjang, semakin letihlah anda nanti. Banyakkan berdiri - tetapi pilihlah satu posisi yang berasa selesa. Berdiri dan bersandarlah pada katil atau suami anda. Atau berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Berlutut dengan satu kaki diangkat akan menyediakan lebih ruang dalam pelvis anda dan memudahkan bayi anda dilahirkan. Duduklah dalam keadaan merangkak untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung anda sebanyak mungkin – ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak!
 
Maklumat lanjut mengenai cara semula jadi untuk melegakan sakit
Berikut disenaraikan maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menangani kesakitan dan menguruskan proses pelahiran anda dengan baik:

• Dapatkan maklumat lanjut: lebih banyak yang anda tahu, lebih relakslah anda.
Bernafas secara beritma dan relaks semasa anda menghembus nafas.
**ibu sedang 'study' cara bernafas ni..tapi kalo ikut pengalaman lepas, bila dah sakit habis semua ilmu lesap..huhu..
Dakap suami anda atau teman pelahiran anda.
**sangat penting ada peneman waktu ini, sekurang-kurangnya dapat mengalih perhatian kita daripada hanya memikirkan tentang sakit
Minum sedikit air sambil menunggu antara kontraksi.
• Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat apabila anda terasa lapar.
Kipas diri anda dengan kipas elektrik.
• Mengerang dan mengadoilah: inilah satu-satunya masa anda harus menghapuskan rasa malu anda sebab mengeluarkan bunyi menunjukkan kesakitan adalah cara terbaik untuk melegakan kesakitan!
**perbanyakkan lah zikir dan doa waktu ni..
• Pegang tangan suami anda.
**bila dah sakit, bukan setakat pegang..habis ku pulas-pulas tangan suamiku..hehe
• Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis anda dengan setiap kontraksi.
• Berguraulah dengan suami anda; adakan perspektif positif!
**serius susah nak bergurau waktu nih..tapi ibu akan cuba..hahaha
• Ciuman (daripada suami, ibu, kakak dan rakan anda).
Dengar musik untuk membantu anda relaks.
**atau mungkin lebih selesa dengan alunan ayat al quran..kalo di izinkan, harap masih ada kekuatan untuk membaca sendiri..
Bergerak untuk membuatkan anda seselesa mungkin.
Baring di atas longgokan bantal yang besar atau kusyen besar (anda boleh meminta pihak hospital menyediakan bantal atau anda boleh bawa bantal anda sendiri).
Bukalah pelvis anda seluas mungkin untuk membantu anda melahirkan bayi anda, contohnya, berlutut di atas satu kaki dengan yang sebelah lagi keluar di sisi.
Berfikir secara positif: 'Setiap kontraksi membawa saya hampir kepada kelahiran bayi saya'.
• Menyoallah tentang apa yang anda kurang faham; menjadi takut akan membuatkan kesakitan menjadi lebih teruk.
Goyangkan pelvis anda dalam bulatan, ke belakang dan ke hadapan dengan setiap kontraksi.
Hembus nafas secara perlahan dengan setiap nafas.
• Percayalah dengan badan anda; sesungguhnya anda pandai melahirkan bayi!
• Fahami rawatan yang ditawarkan; jika anda faham, anda boleh bekerjasama dan memudahkan keadaan.
Kerap pergi ke tandas; pundi kencing yang penuh akan melambatkan pelahiran anda.
Berjalan-jalanlah untuk melegakan lenguh dan sakit dan merangsang kontraksi.
Cuba tidur dalam masa antara kontraks

**kepada semua yang bakal melahirkan..SEMOGA DI PERMUDAHKAN...amiin..

14 comments:

sweetlavender86 said...

zura mse sblum bersalin ari tu pun beriya study dulu.skali time dlm labour room xigt ape da.haha.yg igt allah je.tuh pun doa cm tunggang tebalik dah.lg satu yg bleh kurangkn sakit time tu nas :).bile suami pegang tgn n bgi semangat.huhu.sekalii dgn pompom boy kt luar lbourroom.haha .semoga dipermudahkn kak kyzie bersalin.insyallah.

Unknown said...

teringat plk pengalaman bersalin dulu. masa sakit tu akak genggam tangan suami dgn sgt kuat sampaikan lepas bersalin, sebelah tangan tak boleh nak angkat. betapa gagahnya kuasa masa tu.
:)

are-need said...

Yg last skali tu cuba tidur antara masa kontraksi aku ada buat..alhamdulillah bantu kte relaks kot..lgpun mlm tu mmg aku da skt x leh tdo..so cam ngntuk je..wpun skt ttp cuba utk tidur..bru nk lelap kontraksi dtg lg..sabar je ar

kayzie said...

zura: tu la pasal..dlu siap g klas persediaan lg..tp haprak..ms sakit hbis sume ilmu terbang..huhu..tq..amiin
ummiummair: sama la kak..org pgg bju suami smpai sakit2 leher dia sbb kena berdiri menyengek spnjg kita sakit tuh..huhu..
anid: org pun cb2 tuk tdo tp tak berjaya pown..hope kali ni sakitnya tak lama..leh gtu?huhu..hrp2 dpt la gunakan slh satu cara ni nnt..:)

@LeenShamsh said...

kayzie: kite dulu peluk tiang katil pasal tahan sakit ya ampun..sakit wooo

kurus said...

nice sharing dik ;)

Fati Nagib said...

nice article tp in real life serius pekara yg bleh igt dgn segar hanya Allah..pertimbangan pon kurang waras kot time tuh. xtaula cmne nk bersalin 2nd time nnt..huhu..

maya amir said...

baca ni tetibe akak plak yg berdebar..heheh

lynnezz said...

imah, berdiri ms sakit tu mmg betul..boleh kurangkan rs sakit n baby senang cr jalan kot.hehe. klinda hr tu ms sakit2 tu berdiri je, pastu nurse tu kate 'dudukla puan' tp klinda kate xpe berdiri lg selesa..hehe..tp kalau dh sakit sgt tu mmg xleh la nk berdiri

kayzie said...

fati: btol tu..bila time contaraction sbenar dah jd di luar sedar dh..hrp2 kali ni lbh.'cool' la..sbb dl mmg gle tak sgka sakitnya camtu..huhu
kak linda: tula..nk cuba la bertahan selama mana yg boleh tuk berdiri..huhu..

Unknown said...

akak pulak klu masa mula mengeras dan dtg rengsa...cepat2 amik tuala kecik then gigit... hehe...

bila hilang.. selawat dan baca surah nabi Nuh tu....

sakit dtg then gigit tuala lagi...kelako kan but it helps...

Unknown said...

harap dipermudahkan segalanya, insyallah :)

tna said...

time sakit dtg dh tak igt lain dh..mulut nih asyik zikir n sebut Allah Allah aje..
tp kadang2 tuh bile sakit sgt smpi meleleh gak air mata...tiber2 ati jd sayu..huhuh..

semoga kali nih sakit tuh tak lame..dan dipermudahkan semuanya ...insya Allah..amin

@LeenShamsh said...

kayzie nak copy paste tau kt blog..rujukan ;)

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang