Showing posts with label my Lurve. Show all posts
Showing posts with label my Lurve. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Tahun ke-4

Salam Jumaat Penghulu segala hari...

Alhamdulillah..14.3.2013 genap 4tahun perkahwinan ibu dan ayah..Kalau 4 tahun dahulu memulakan hidup berdua, sekarang kehidupan lebih mencabar dengan kehadiran anak-anak..Alhamdulillah untuk rezeki terhebat kurniaan ALLAH sepanjang 4 tahun bersama..

10 Tahun ibu kenal ayah..Alhamdulillah ayah masih ayah yang ibu kenal dulu..masih blur dengan lawak dan gurauan ibu..still ayah yang suka melayan kerenah ibu..Walaupun keupayaan memujuk tu dah agak kurang coz ibu pun dah kurang merajuk kot seiring dengan usia..

Paling ibu bersyukur kerana di kurniakan suami yang ringan tulang, tiada keluh dari mulutnya andai terpaksa menjaga anak. Bersedia untuk mandikan anak, cuci popoo anak, basuh botol anak, sdiakan persiapan mengepam ibu. Sentiasa membantu ibu dengan kerja rumah. Membuatkan ibu simpan perkataan penat coz ibu tau ayah lebih penat dari ibu.

Untuk ibu..semoga ibu sekarang, semakin lebih baik berbanding 4 tahun lepas sebagai seorang isteri..dan jauh lebih baik sebagai seorang ibu.

Syukur Ya ALLAH....


eh...nak buh gambar..cari punya cari..takde lak gambar berdua dengan ayah yang terbaru..huhu..so bayangkan jek la muka ibu dan ayah dalam fikiran ye..hehe..

 gambar dari instagram ibu..:)
sambil2 meting semalam...



Wassalam
**jom perbanyakkan zikir


Thursday, January 10, 2013

Kompilasi 2012..huhu



Salam...

adoii..apa punye penyakit la ni...dah 2013 ek..bila last entry blog nih????bulan lepas pun takde??ok..jom blah...huhuhu...



Adik..sian anakanda ibu..kurangnye cerita tentang adik sebab ibu ada penyakit malas menaip..huhu..bukan malas sebenarnya..tapi sejak naik cuti bersalin, (bulan 8 tahun lepas..haha) kerja cam tak pernah stop..ok alasan jek..haha..
Alang-alang dah mula menaip..jom kita bercerita..cerita tentang hero-hero malaya ibu..


Cerita Abang Faris
Adusss..tak sangka..bulan depan ibu akan menjadi ibu kepada anak teruna berusia 3 tahun..syukur Alhamdulillah..besar dah anak ibu..hehe..Abang sekarang semakin pandai demand menu makanan dia..setiap hari selepas ambil abang dari taska, abang akan beritahu ibu menu pilihan abang..antara makanan kegemaran anak mat saleh celup ibu ialah spageti dan makaroni cheese..ibu tak kisah asalkan anak ibu makan :). Anak ibu baru mula bersekolah di tadika awal minggu ni (bermula 7 Jan 2013), so far walaupun abang suka tido lambat, tapi abang tak meragam untuk bangun pagi. Cuma setiap kali nak mula mandi, abang mamai..hehe..tak sabar ibu nak tunggu abang dapat uniform..aduss..abang dah besar..Perkembangan Faris?apa lagi kan..lari semakin laju, bercakap pun semakin lancar macam orang tua..huhu
Adik Ayman
Adik pun dah semakin banyak lulus ujian alahan..hehe..dah semakin bertambah menu harian adik. Bulan ni adik dah nak masuk 8 bulan, baru try menu baru, Rolled oat bersama puri buah...
Berbeza sungguh perkembangan adik dan abang. Adik mula merangkak 24 Disember waktu usia 7 bulan berbanding abang yang merangkak dalam usia 10 bulan..Sekarang adik dah mula meniti dan berpaut untuk berdiri. Habis semua tempat dia berpaut, orang baring pun di panjatnya..huhu. Ayman memang nampak lebih lasak dari abang, mungkin disebabkan ada idola. Abang buat apa pun, adik nampak excited nak join. Alhamdulillah perjalanan penyusuan adik berjalan lancar, stok susu adik masih berjaya di kekalkan, harap ibu semakin rajin supaya stok tu tak surut sebelum masanya..huhu..


 







Cuti-cuti 2012
Sepanjang tahun lepas, sangat terhad masa untuk kita bercuti sekeluarga. Dari awal tahun tumpuan adalah untuk menjaga kandungan..hehe. Pertengahan tahun, adik lahir dan ibu perlu berpantang. Selepas Raya, sekeluarga sibuk untuk persiapan perkahwinan Pak Yong. Hujung bulan barulah kita berpeluang untuk bercuti. Ibu buat tempahan  untuk ke Gold Coast Australia Morib, Selangor seawal bulan September kerana memandangkan dari awal tahun kita takde plan tuk bercuti. Tujuan tempahan ibu adalah untuk kejutan di hari jadi ayah pada bulan Disember. Awal Disember ayah buat plan mengejut untuk ke Genting. Alhamdulillah rezeki adik dan abang dapat jalan-jalan walaupun plan last minit..hehe.

Selamat Ulang Tahun Ayah
Ayah semakin muda..hehe..Selamat ulang tahun tuk abang 27122012. Semoga sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik dan di berikan rezeki yang berterusan..:) Alhamdulillah sama-sama dapat menggembirakan hati ayah di Gold Coast aritu. Adik dan abang pun happy dapat bergembira di Water Park..;). Ayah dapat kek dan hadiah lagi dari pihak hotel..:) Ibu kira, ayah gembira dengan hadiahnya sebab lepas pulang dari Morib, ayah bawa kita bercuti ke Penang pula.  Betapa mencabar  untuk kami mendapatkan tempat penginapan gara-gara cuti di tahun baru yang tidak di rancang awal..tapi memang syok ke Penang. Dapat jugak ayah merasa naik jambatan penang untuk kali pertama..opsss..haha..
Alhamdulillah berlalu sudah 2012,  hampir 4 tahun membina keluarga. :)..wassalam..;p

Tuesday, December 27, 2011

HB kekasih hati ku

Salam..

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran ayah..
semalam Faris pun berjaga hingga hampir pukul12 malam. Mungkin anak ibu pun menunggu detik 12 malam tuk jadi orang pertama
wish birthday ayah tp kecundang setengah jam sebelum waktunya..huhu.


Untuk sayunk
Ima sentiasa doakan abg sentiasa di pelihara dan di lindungi Allah. Semoga setiap pekerjaan abg di berkati dan beroleh kejayaan.
Dengan bertambahnya umur abang semoga hari mendatang akan memberikan lebih kebaikan dan abang sentiasa menjadi hamba Allah yg lebih baik dr hari sebelumnya
Thanks untuk segala yang abang buat untuk keluarga kita..ima, Faris n baby sayunk abang banget..;-p

Happy Birthday My Love..


Friday, August 12, 2011

Sudah ada pengganti

Monolog..

"Wahai jam..apalah nasibmu sekarang? Adakah kau kini berada di tangan seseorang yang bangga menggayakan jam yang bukan hak miliknya? Atau kau di hantar ke kedai jam terpakai menunggu tuan barumu? Mungkin juga, kau telah diberikan atau di jualkan kepada seseorang. Siapa pun pemilikmu, aku harap dia akan menjagamu lebih baik dari aku. Tapi kalau dia cuai dan meninggalkanmu biarlah aku pula yang menjadi orang yang menjumpainya.."

ahaks..leh gitu? nanti kalau ibu yang jumpa dan ibu ambil, kira ibu la pula ambil barang orang tanpa izin kan?
**teringat lak zaman sekolah dulu pernah buat karangan 'aku sebuah jam'..hehe**

Terkilan masih berbekas di hati, kali terakhir ibu hilang barang kesayangan di sebabkan sifat pelupa dan cuai ini adalah semasa kehilangan cincin ibu. Cincin murah, bukan emas tapi tetap punyai nilai memori yang tinggi. Sejak itu, ibu tidak pernah tanggalkan barangan tanpa meletakkan di dalam beg coz bimbang ibu terlupa. Takdir ALLAH dah tentukan jam itu bukan milik ibu selamanya..REDHA...

Alhamdulillah..semalam ibu sudah pun mendapat pengganti jam yang hilang, jangan terkilan ye wahai jam, sayangku padamu tetap tidak berbelah bagi (haha..bajet cam jam baca blog ni). Ayah ke KL lg semalam, pergi selepas sahur dan pulang ke Kuantan semula sebelum berbuka. Kebetulan office ibu buat majlis berbuka. So ayah sampai jam7 terus drive ke office ibu. Ibu dan Faris duduk di belakang kerana car seat Faris berada di tempat duduk sebelah pemandu. Tiba-tiba ayah cakap pada ibu 

ayah : kenapa dengan seat Faris ni?
ibu : (just jawab tanpa melihat pada seat) kenapa?ima takde buat apa-apa
ayah: tengok lah ni..kenapa dengan seat Faris ni
ibu : (jenguk ke depan) kenapa?takde apa-apa pun..

Selepas 2 kali bangun dan duduk sambil menjenguk ke depan (seat Faris), baru ibu perasan ada kotak di atas seat Faris..pembalut kotak ada gambar jam di hadapannya. Ibu terus terjerit bila tengok kotak jam tu, sangat familiar coz ayah ada jam dari brand yang sama..Ayah senyum tengok ibu excited, ibu senyum meleret sampai ke telinga (ok..tipu..takde la sampai telinga tapi memang lenguh la mulut senyum lama sangat kan?ahaks). Faris gelak-gelak tengok ibu senyum. Sekarang pun, bila tengok pada jam, ibu akan senyum sendiri..ahaks..

Janji jam ni ibu akan jaga lebih berhati-hati..ayah kata kalau yang ni hilang, ayah pula yang menangis..huhu..

to my lovely hb: Thanks..semoga rezeki abang semakin murah..love u sayunk....muah..mmuuah..haha

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday - Thanks abang

~Sambal Sotong Cynta Ramadhan~

ahaks..air tangan ayah..thanks sudi ambil alih tugas memasak di kala ibu kehabisan bateri..lebiu

Monday, June 20, 2011

i Love surprise..tq

ini entry back dated..

14 Jun yang lalu ayah minta ibu mohon cuti supaya boleh ikut dia berkursus di KL selama 3 hari (14 - 16 Jun). Ibu n Faris memerapkan diri di Ritz Carlton KL selama  ayah berkursus di tempat yang sama sepanjang hari. Dapat jugak shopping dengan mumy n mama Faris pada hari ke2 untuk hilangkan bosan. Pada 16 Jun pula, ibu genap berusia 27 tahun..huhu..makin meningkat umurku..Alhamdulillah di panjangkan umur untuk bersama dengan keluarga tersayang. Ini adalah birthday pertama selepas bergelar isteri yang berjaya untuk berada di samping ayah n Faris. 16 Jun 2009, ibu berkursus di Pangkor dan ayah di Dubai..16 Jun 2010 pula ibu di Kuantan tetapi ayah bekerja di KL. Alhamdulillah tahun ni berkesempatan bersama keluarga kecil ibu..

Sebelum pulang ke Kuantan pada malam 16 Jun, ayah bawa ibu makan malam di Fullhouse KL..rupa-rupanya ayah dah plan tuk celeb birthday ibu di sana. Kawan-kawan kami dah berkumpul menunggu kedatangan kami sekeluarga. Thanks to abang coz plan tu, ima hargainya n sangat terharu. To kawan-kawan yang membantu pun thanks jugak..love u all..

So tak perlu di ulas panjang-panjang kan?silalah tatap gambar birthday girl bersama kawan-kawan ni..ahaks..


 Gedik ke? kasi chance k..hehe..Hepi Birthday to me..:)

Jom tengok menu..
Grilled Chicken Chop di oder oleh ayah..sedap..i like..

 Jasmine Tea untuk saya..:)..suka teko comel ni..

Rib eye steak tuk birthday girl..:)..aku lagi suka makan steak di Tjantek Kuantan..orang Kuantan/ penggemar western cuisine tak pernah try= rugi

Lupa nama menu tuk spaghetti ni..oder tuk anakanda n makan bersama ayah n ibu..sedap..cuma ibu tak berapa berkenan dgn rasa shitake mushroom tuh..tapi seyes spaghetti  nya di masak besama butter sauce memang sodappp..

Kek birthday daku keluar di hujung majlis..thanks b..

Kalut nak bergambar dengan kek, anakanda dah kasi cop tangan pada kek..

orang penting dalam hidup ku..

Mereka yang berkongsi kegembiraan ini..

Thanks untuk semua..alhamdulillah..

Penyudahnya kenyang..memang tak dapat nak temankan abang drive sampai Kuantan malam tu..ibu n Faris sama-sama temankan ayah dalam mimpi..

Moral of the story: Len kali pada tarikh-tarikh tertentu even tak de plan celeb kena maintain cun, tak selebet + selekeh cam ibu pada hari kejadian. coz kami pusing Jalan Tar seharian, n bajet terus balik rumah so takde pulak rajin nak berdandan bagai kalau hanya duduk dalam kereta..huk...

Ayah

Happy Father's Day to Ayah n Atuk..

Tahun ni Father's day, ayah dapat kad buatan ibu n Faris dengan 10 pilihan hadiah..hehe..satu pun ayah belum redeem dari ibu n Faris..kita tunggu..Atuk pula dapat hadiah dari ibu n ayah. Sempena Father's day ni, ibu nak upload picca kali pertama ayah mendapat jawatan sebagai 'ayah'. Baru jumpa picca ni di kamera lama ayah, belum pernah di upload di FB or di blog ni..Faris wajib tengok supaya Faris akan kenang jasa ayah..


Semua ni gambar masa 1st day Faris keluar dari hospital..hari ke3 Faris di lahirkan bersamaan 21. Feb 2010..
ayah bersiap nak mandikan Faris..

Faris cool..tak nangis..ayah cuci mata dulu..

Dah ready nak simbah2 air..

Dah siap mandi..ayah cuci pusat Faris

Tukar balutan..ibu tak berani buat..ibu takut..sekali je ibu sempat buat sebelum pusat Faris cabut, itupun buat coz ayah dah kena pergi kerja..hehe


Ibu pasti kasih sayang ayah pada Faris pun sama macam kasih sayang ibu pada Faris..Ibu sangat2 bersyukur dengan anugerah ALLAH yang tidak ternilai ni. Ayah dan Faris segalanya untuk ibu..semoga kasih sayang kita sentiasa di redhaiNya..

Selamat Hari Bapa...

Sayang bapak (atuk Faris) jugak...

Tuesday, March 15, 2011

Cook for love

Semalam adalah hari bermakna buat kami berdua..memandangkan tahun lepas ibu n ayah ,menyambut anyversary sewaktu ibu dalam pantang so tahun ni ibu plan sesuatu tuk menjadikan momen ini dapat di kenang sampai bila-bila. Tahun lepas even melalui 14/3/2010 hanya di rumah, tapi ibu cukup bahagia kerana hadiah berharga buat ibu dan ayah aka permata hati kami, Faris Amsyar berada di depan mata..

so tuk menjayakan plan ibu..pagi-pagi lagi ibu n Faris dah ke pasar tuk membeli bahan untuk memasak..tak lupa jugak 6 kuntum bunga ros merah (mahal rupanye bunga nih..huhu)..Seharian di dapo berangan cam nigella..muahahah..Plan asal nak ber 'diner' di balkoni bilik tidur kami (cita-cita nak diner kat restoran berputar KL tower or Burj Dubai tu cam mustahil jek kan..huhu)..tapi terpaksa di batalkan coz bila dah siap masak, ibu tengok atuk tertidur keletihan (thanks to atuk coz melayan Faris sepanjang ibu di dapur), so dengan kudrat ibu ni tak dapat la nak setting meja n kerusi di balkoni tu..(abang..apakata kita beli meja taman tuk balkoni tu?hehe)

Alhamdulillah ibu dapat siapkan n sorokkan juadah tuk diner malam tu sebelum ayah pulang dari kerja..hehe..Sebelum ayah turun selepas solat magrib ibu dengan di bantu oleh si kecik bersungguh la setting meja dengan bunga n candle dari kedai rm5..huhu..

Ayah cam biasa kasi bunga (lupa nak amik gambar)..memang mat bunga pun ayah ni..tapi itu memang kesukaan ibu pun (pasni rela abang kasi benda len coz baru tau bunga mahal..haha)..thanks sayunk coz makan dengan penuh selera..berbaloi-baloi kepenatan ibu..ahaks..lebiu..

Menu Diner Kami...

Grilled salmon with champ -style sauce (bahasa mudah paham sos kentang..huhu)
Cream of corn soup served with garlic bread
Homade cake with love

Bila tengok gambar nih baru ku perasan..kenapa tidak di letakkan table runner ke apa atas meja ek?huhu..

cantik tak candle ni?murah ajew

ni la pengaruh besar nigella pada ibu..lemonade..fresh banget rasanye

grilled salmon..kalut ribut nak siapkan setting sebelum ayah trun sampai tertinggal nak garnish dengan asparagus n sauce..huhu

ok..pasni kena belajar sapu icing..seyes susah..

huk..ibu dengan seluar tidurnya..tak bajet nak bergambar..huhu

abang..ima sayunk abang hingga hujung nyawa..sumpah sayunk sangat2..thanks for loving me oso..mmuuahh3..

nanti ku adakan entry sambungan, korang leh tengok gelagat si kecik n picca sepanjang preparation k..hehe..

Monday, March 14, 2011

2nd Anniversary

14 Mac 2011..

Genaplah 2 tahun kami diijabkabulkan..semoga ikatan ini akan kekal bahagia ke akhir hayat..semoga sentiasa di limpahi rahmat dari-Nya..

Alhamdulillah syukur kerana kami di pertemukan dan di satukan. Semoga ima dapat menjadi isteri yang baik kerana abang adalah suami dan ayah yang terbaik buat ima dan Faris..

love u with all my heart...Mohd Fakhrurazi bin Ishak..mmuuaahhhh

Monday, December 27, 2010

Selamat ulang tahun kekasih hatiku

Dialah cintaku..
Dialah kekasihku
Dialah sahabatku..
Dialah hartaku..
Dialah hadiah paling berharga dari Mu tuhanku..

Tiada kata yang dapat luahkan betapa sayangnya ima pada abg..macam yang selalu abg kata 'abg sayunk ima sebanyak titisan ujan'..tak terkira..ima tak dapat nak samakan dengan apa-apa pun coz memang tak dapat nak di luahkan dengan kata-kata..ima cuma berharap dapat jadi yang terbaik tuk abang sepanjang 7 tahun kita berkenalan, bercynta , berkahwin n menjadi ibu n ayah sekarang..^_^

Selamat ulang tahun yang ke 26 dan selamat ulang tahun perkenalan kita yang ke 7..love u with all my heart..



Selamat ulang tahun sayunk..
Hope abang suka hadiah dari ima n Faris..huruf 'F' (Faris) dalam kad abang tuh, Faris yg tulis..satu huruf jek dapat control dia tuk dengar cakap ima..pastu dia rampas terus pen dari ima..hehe..

Ima doakan supaya abang sentiasa di berikan kesihatan yang baik..
semoga urusan seharian abang di permudahkan..
semoga  abang sentiasa di lindungi dan di pelihara..
dan semoga abang sentiasa menjadi suami dan ayah yang terbaik dan sentiasa berada di jalan Nya..



p/s: ima tau abang akan baca..mesti abang tak suka dengan gambar tu kan?tu la,ima suh pose betul2, abg main2..huhu..tapi takpe, ima yang nak tengok,abg tak suka takpe..ahaks..jangan tersengih-sengih sangat,nnt org kata abg tak betul sengih sorang...;p

Thursday, November 4, 2010

Campak ke?

my lil precious demam panas..hari ni dah masuk hari ke3. Faris stat tnjuk simptom demam pada malam selasa (2 nov)..next day suhu badan Faris 38+,so afyer balik kerja terus ibu n ayah bw faris ke klinik..but malam tu suhu makin meningkat lak..malam semalam suhu naik smpai 39..Sian anak ibu taknak tdo,kepala panas sgt so ayah sll basahkan kepala Faris..sangkaan awal kami FAris demam nak tumbuh gg..di sebabkan semalam suhu still tinggi (39++), kami bw faris jmp pakar di KMC pulak..(isau pny pasal)..doc kasi antibiotik tuk pantau selama 2 hari..so esk if suhu still sama kena wat blood test..sembuh cepat k sayunk..anak ibu ni masa tampal cool fever atas dahi pun nangis cam sakit,tak sanggup rasa kalau tgk Faris di cucuk. Pas mandi tadi,atuk perasan ada bntik merah di paha n badan FAris..ermm ni yang ibu kompius..adakah??

Sunday, October 17, 2010

Faris @ TC

Faris bertatih with ayah..
seronok eh sayunk jalan2 dgn ayah after 3 weeks++ tak jumpa ayah..

see the smile..he love his ayah so much..=) 


Faris with ayah..
 insan kesayangan hamba...


ni aktiviti semalam..Faris di Teluk Cempedak (TC)..bersantai sambil berkasih sayang...ahaks..hepi weekend semua..

Sunday, October 10, 2010

:r:i:n:d:u:

Kerana rindu kan ayah ibu menggeledah barang2 lama kami yang ibu simpan di rumah atuk..faris tidur sejak pukul3.30 tadi..mumy n pak long dah balik ke rumah sewa masing2..ibu n faris balik kuantan malam ni..so ibu sorang2 buat aktiviti sendiri..bukan senang ibu nak dapat free time camni..hehe.. Syok tengok barang-barang lama tadi..terungkit semula semua memori cinta (cheewah) yang dah hampir 7 tahun berlalu..banyak lagi barang-barang yang ayah kasi ibu simpan baik-baik even kebanyakannya bukan dalam keadaan asal lagi dah..hehe (entry ni menggunakan khidmat iphne so ibu upload picca kmudian k)..
::ibu senyum sendiri tengok belon yg dah mengecut pemberian ayah masa bday ibu ntah yg ke berapa (takdpt recall)..masa tu jalan2 ke tasik titiwangsa n ad clown tgh hiburkan budak2..ayah minta clown buatkan bunga n nyanyi lagu 'hepi bday' tuk ibu..:)
 ::daun yang ayah tulis 'i luv u' pun still ibu simpan..yg ni ibu igt..ayah kasi masa thun 2005..daun tu dari seksyen 8 BAngi..:)
::next..tisu yang ayah simpul n buat jadi cam bunga..hehe..tak igt bila dpt,tapi yang pasti ibu hargai even benda tu free..yg penting ayah yg kasi..:)
::yang ibu paling sedih..kaktus yang ayah kasi..ayah pesan suh jaga macam ibu jaga hubungan ibu n ayah..ibu usaha jaga..balik cuti,ibu bawa kaktus sekali,tapi bila balik semula ke uitm,ibu tertinggal kaktus di rumah..ibu pesan pada pak long suh tolong jaga..tapi kecewa bila balik tengok kaktus 'terjun' tingkap (tak salahkan paklong)..dah terkeluar dari pasu..tapi sampai sekarang, pasu n tanahnya ibu still simpan..hehehe..
::paper clip froggy n jam froggy..ibu suka froggy so dulu bila ayah jumpa apa2 barang froggy ayah akan kasi ibu..hehe..
::banyak lagi benda2 yang orang akan kata 'tu pun nak simpan?' yang ada dalam simpanan ibu coz memang ibu sangat menghargai kenangan..ibu akan simpan sampai bila-bila

ibu rindukan ayah sebenarnya..ahaks..dah lebih 2 minggu tapi belum kompem bila balik..ayah pun dah ngadu bosan tengok laut,tapi nak buat macam mana. Tanggungjawab kerja tu perlu diselesaikan..syukur coz boleh kol tiap malam (even kena dail sampai 30kali baru dapat)..so dapat jugaklah ayah tau apa aktiviti kita ber2..hope ayah cepat balik coz ibu dah tatau nak geledah apa dah pas ni..hehehe..

Sunday, June 20, 2010

Hari Ayah

Hepi father's day tuk bapak Abd Rahman n also my hb aka ayah faris..sesungguhnya betapa besar tggungjawab seorang ayah..dan hanya lelaki hebat aje yang dapat menjalankan tugas seorang ayah. bapak ibu or atuk faris seorang ayah yg sgt cekal..sanggup bersusah demi membesarkan ibu adik beradik tnp bntuan seorang isteri sejak mak meninggal.bukan sng tuk seorang lelaki melakukan pengorbanan sebesar itu..ngah sayunkkan bapak.. Ayah..pada ibu tak pernah gagal atau mengecewakan ibu dalam menjalankan tugas seorang ayah..paling mengharukan ibu apabila ayah sanggup minta nurse di kmc ajarkan cara mandikan baby selepas faris lahir..kursus yg kami hadiri sblm tu mandikan patung sbb tu ayah nk blaja yg real..Kat situ ibu nampak kesungguhan ayah..sepanjang dlm pntang..ayah yg mandikan faris sepanjang masa dia di rumah..sekarang wpun berjauhan tapi bila ayah di rumah waktu wiken,tugas ibu cuma kasi faris neneng,yang lain sume ayah yg uruskan..pernah pada malam ahad lepas..sblm ayah balik ke kL,ayah masak tuk diner coz faris meragam nak bergayut neneng ngan ibu..terharu ibu bila turun,tengok makanan dah siap terhidang..sambal sotong dan ikan goreng yang sedap..hehe..thanks abg tuk segalanya..ima n faris sayunkkan abang

Wednesday, June 16, 2010

Surprise bila berjauhan

semalam ibu dah tertidur pukul9.30 masa menyusukan faris..biasala..tiap2 malam pun macam tu..sambil tidurkan faris ibu pun tidur sekali..pukul10 malam ayah kol..bergayut dengan ayah sampai kul11.30, ibu behenti tuk solat n iron baju kerja..lepas tu ibu bermesej dengan mama zima lak..ibu dapat rasakan yang 2orang ni (ayah n mama) sengaja nak ibu berjaga malam tu..almaklumlah esoknye ( hari ni) birthday ibu..hehe
tepat kul12 dah mula mesej2 wish birthday masuk..ibu tunggu kol dari ayah..seperti yang di jangka ayah kol tepat kul12..hehe..kalau tahun lepas ibu di pangkor n ayah di kuantan, sekali lagi pada tarikh yg sama kami berjauhan..kali ni ibu lak di kuantan n ayah di KL..jawab jek kol dari ayah..ibu di dendangkan dengan lagu 'Hepi Birthday"..hehe..thanks sayunk..sedap sore..ahaks...pastu cam biasa ayah tanya nak apa..lagi sekali nak kenangkan bday lepas..bday lepas dapat hadiah pas 2bulan, sebabnya..bila ibu pulang dari pangkor,ayah pulak ke dubai, lama plak tuh..lansung tak sempat jumpa or hantar ayah nak ke dubai..balik dari dubai ayah main sorok2 dengan ibu..sorok hadiah n suh ibu cari..ahaks..tp ayah terpaksa bagi hint yang ala2 btau gtu sbb ibu hampir give up..cari tak jumpa padahal limit kawasan dalam rumah jek..(sebenarnya dah tak sabar nak tau hdiah..so mlas nak cari2 lagi dah)

pagi ni, ibu pergi kerja macam biasa..lepas bekpes..msuk opis..then ayah kol..ayah btau dia nak ke klcc ada meting...'ok'..hehe..tak lama pas letak phone orang office bawah kol..'nurulkhazimah (nama pnuh lagi!) turun..ada sumting tuk awak'...'ok' ibu jawab..tapi dalam hati..sumting??apa lak laki aku wat nih???tak mungkin dia yang tunggu kat bawah kan??haha..belum apa2..ibu dah tersenyum2..bila sampai kat bawah ada la amoi bersama sejambak bunga menunggu ibu..'ni untuk awak,ada coklat ni'..siap btau lagi..haha..ibu pun apa lagi..tersengih2..terus naik..lansung tak cakap thanks..sowi amoi..haha

nway aku hepi..itulah mohd fakhrurazi bin ishak..suamiku tercinta..memang full of surprise..suka wat benda2 terkejut camni tau..dulu dah pernah sekali..masa tu dia di india..aku dapat bunga n bear delivery di ofc (waktu tu kerja di ptpl KB)..yg tu lagi terkejut berok coz lansung tak jangka..betapa aku tak terpk..zaman dah maju..dunia dah canggih..hahaha...apa2 pun..tahun depan abg pk surprise lain k..ahaks..love u so much


wangi bau bunga-bunga ni..sayunk..u really makes my day..love u..


Hari ini Hari aku

Hepi Birthday to me..16 jun datang lagi..semoga aku sentiasa di pelihara dalam rahmat dan keberkatanNYA..aku bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan dari MU, YA ALLAH..alhamdulillah untuk segala kegembiraan,kesedihan,nikmat dan ujian yang di berikan untukku..segalanya membuatkan aku lebih tabah dan matang dalam menjalani hidup ini..setiap ujian dan kesukaran yang Kau wujudkan membuatkan aku lebih cekal dan mengenali setiap orang yang menyayangi diriku..syukur juga atas kehidupan yang di berikan sekarang..Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada ayahku agar aku punya waktu tuk membalas segala jasa dan kepayahannya..Kau telah hadirkan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab untuk membimbing aku..aku memohon Ya ALLAH Kau berikan lah aku kekuatan dan petunjuk agar aku menjadi isteri yang solehah untuk sebuah keluarga sakinah..Kau hadirkan seorang anak yang menyinari hari-hariku..mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara aku dan suami..semoga aku dapat mendidik anakku dengan kasih sayang agar dia mendapat segala kebaikan di dunia mahupun di akhirat..dengan segala nikmat dan rezeki yang kau curahkan.bimbing lah aku agar aku tidak tergolong dalam orang yang takbur dan alpa untuk mensyukuri segalanya Ya ALLAH..

to my beloved hb..
terima kasih atas segala-galanya..terima kasih atas kasih sayang abg yang sgt bermakna untuk ima..abg menjadi kekuatan ima selama ini..semoga kita sentiasa meniti hari-hari bahagia kita bersama..thanks tuk surprise hari ini..walaupun abg jauh..ima tau abg takkan pernah lupa untuk menggembirakan ima..ima bersyukur kerana di kurniakan suami seperti abg..thanks sayunk..

to my beloved son..
ibu takkan pernah abaikan faris..Faris dan ayah menjadi keutamaan ibu dalam segala hal..ibu tak di besarkan oleh seorang ibu tapi itu tak menjadikan ibu lupa tanggungjawab seorang ibu..semoga ibu sentiasa diberikan kekuatan dan nikmat olehNya tuk terus menyusukan Faris..i'ALLAH ibu dan ayah berikan segala yang terbaik untuk Faris..semoga Faris membesar menjadi anak yang soleh..

Tuesday, June 1, 2010

weekend

wiken bersama Faris dan hb..
minggu lepas pun kita habiskan masa bersama di rumah..lepak..tidur n mengemas umah..seronok rasa..dulu sebelum ada Faris..hujung minggu ibu n ayah memang akan keluar..tak kira ke mana..menghabiskan masa di luar coz dah penat duduk rumah sepanjang weekdays..aktiviti wajib adalah tengok wayang..


tapi sekarang....


terbalik dah pulak..weekend lagi syok lepak di rumah..menghabiskan masa di rumah sambil melayan kerenah Faris..sabtu ibu jadi tenaga pengajar bagi kursus sanitasi makanan untuk ibu-ibu tunggal..ahad sepenuhnya masa di luangkan di rumah..aktiviti minggu lepas mengemas dalam rumah..minggu ni....

ayah mmg rajin..sume pkok kat umah dia yg tanam..ibu tlg kotorkan tgn sikit2 jek..kekeke..skrg dia takde siap pesan 'jgn sampai pokok semua mati'..huhu..
to abg: abg dah susah2..ima akan tolong jaga..percayalah..hehe
ni baru sikit..dah banyak pokok kat rumah sebenarnya..tapi tak sempat snap..sumber: dari umah ayah mertua..hehe..pick and carry dari ceneh..

hehe..bawa faris keluar sekali sebab ibu menolong ayah..Faris duk dalam stroller dia sambil tengok ibu n ayah bercucuk tanam..so sesi bf pun di luar rumah..opps..jgn risau..takde aksi 18sx k..


Monday, April 26, 2010

KeRja..rUmah dan EBM

huh..hbis sudah cuti selama 65hari..hari ni ibu mulakan kerja dengan mood yang ala2 ceria gtu..haha..tapi dalam hati dan fikiran ni takde pikir lain selain anak ibu....hari ni jugak 1st time ibu pisah lama dengan faris..baru sampai ofis ibu dah terpikirkan faris..n ibu wonder macam mana la ayah boleh berjauhan dengan faris..kesian ayah still di KL sorang-sorang..

memandangkan kita baru jek balik kuantan sabtu lepas..dan masuk rumah baru keadaan memang amat menyesakkan mata..huhu..ibu belum habis kemas..harap-harap bila balik kerja sempat la ibu sentuh sikit2..harap dapat kemaskan sebelum wiken depan..

kerja??erm..setakat ni terkawal..lum nampak cam banyak kerja..masih lagi mencari mood nak mulakan kerja nih..tapi happy coz pagi2 dah ada orang puji cantik,,,muahahahah..kasi chance la ibu nak perasan sikit ek..mana la tak nampak cam cantik..dah sebelum ni diorang tengok ibu gemok n pucat tanpa make up..huhu..

dah puas Faris bercuti di KL..jalan-jalan ikut ibu dan ayah..dan bercuti dengan kakak aisha..so pasni kena duk rumah tunggu ibu balik kerja jek k..huhu..hari ni gak 1st day tuk anak ibu minum susu botol..harap stok EBM mencukupi..terasa berdebar gak nih..takut jek kalo tak cukup stok memandangkan ibu lama stop buat stok EBM bila dah habis pantang aritu..macam mana nak buat stok kalo dah kita tak duduk rumah sendiri kan?tapi Faris jangan risau..ibu akan pastikan cukup keperluan Faris..malam tadi pun 3 kali ibu bangun perah setiap 2jam..lenguh tangan ni coz setiap kali ibu bangun tuk pam, Faris pun bangun nak menyusu..so terpaksa la..sebelah tangan pangku faris n sebelah lagi pegang pam..apa-apa pun ibu rela coz itu yang ibu pilih..teringat kata-kata ayah sebelum balik KL tu..'abang yakin ima boleh buat..isteri abang kuat'..thanks tuk ayah coz sentiasa sokong ibu..

ok la..ibu nak mengepam kejap..sebelum balik tengah hari ni...tak sabar nak jumpa Faris..tunggu ibu ye sayunk...mmuuaahhhhh

Sunday, April 11, 2010

Status Terkini ^_^

lama sungguh tak update blog nih..fb pun jarang bukak..ibu n faris kat kg..kat chenor menghabiskan sisa-sisa cuti yg tinggal beberapa hari jek lagii..aduh..sungguh tak syiokk dah nk stat keje..bila la gomen nak panjangkan lagi cuti bersalin ek..huhu..

ayah lak kat KL..kena kerja sana tuk 2 minggu sama jangka masa ibu n faris di kampung..seb baik dekat ngn umah atuk faris..leh la ayah balik selalu jenguk kita..bila lak kita nk 'jenguk' ayah ek..huhu..


faris..dah besar anak ibu ni..skrg dah pndai senyum n gelak2..tp yg tak bestnye ibu tak dapat lagi nk amik gambar masa faris senyum..pak su jek ada dapat aritu..tu pun gambar tak clear sgt coz pkai kamera hp jek..


ala-ala gambar zaman 80-an gtu..huhu..ni baru senyum tak bpe ikhlas nih blum sepenuhnye..anak ibu ni ad lesung pipit..nnt ibu akan usahakn tuk dapatkan gmbr anak ibu senyum..chaiyukkk..hehe

ibu, ayah n faris akan pulang ke kuantan next week..maka akan bermulalah hidup baru di rumah baru kita..huhu..rumah??adeii..tak kemas lg..sume brng still dalam kotak..camne la tuh nnt..pape pun ibu happy n tak sabar nk balik umah..

ok faris dah panggil..daaaa

c u when i c u...

Friday, March 19, 2010

1st Anniversary



alhamdulillah..14 Mac lepas genaplah setahun ibu dan ayah berkahwin..di sebabkan ibu masih dalam pantang maka sambutan tuk anniversary kami akan di postpone ke bulan dpn..tapi ibu dah cukup gembira dengan kucupan dan wish dari ayah..ibu lak just sms ayah tepat pukul 12.00am 14 Mac 2010..petang tu lepas ayah pulang dari kerja, ibu cam dah berangan harap2 ayah ada belikan ibu bunga even sekuntum..coz dari masa bercynta ayah suka belikan ibu bunga..ibu mmg sangat sukakan roses..tapi ayah balik dengan tangan kosong..kecewa la sket..masa ibu nak mandi ayah kemaskan katil faris..siap jek ibu mandi, ibu tersenyum sendiri bila tengok ada sejambak bunga ros merah+pink kat sebelah faris..yuhuuuu..ayah mmg memahami ibu..cukup dgn itu pun ibu dah rasa di hargai..

abang..kasih sayang ima pada abang takkan pernah pudar..semoga hidup kita bahagia ke akhir hayat..terlalu banyak suka dan duka kita hadapi sejak mengenali satu sama lain..semoga kita sentiasa dapat menghadapi segala ujian dan cabaran dalam hubungan ini..sekarang abang dan faris adalah segalanya dalam hidup ima..abang dan faris pelengkap hidup ima..penyeri hari-hari ima dan tempat ima mencurahkan kasih dan berkongsi sayang..love u with all my heart..

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang