Salam
haishh..dah rasa cam tak pandai nak memulakan ayat..semakin jauh rasanya dengan blog ku ini..huhu..tak datang jugak kerajinan walaupun dah jumpa cara mudah tuk meng'update' blog..kui3..
Ok sekarang dah bulan 4..huishh..cepatkan masa berlalu?terasa sangat sebab Adik dah hampir setahun (tapi adik masih sangat baby maybe coz belum ada gigi dan belum berjalan :)) Abang pun semakin bijak berceloteh..teringat 'lawak' abang malam td, di saat ibu mamai-mamai nak tidur
abang: ibu..
ibu: ermmm..
abang: ibu..duduklah..abang nak cerita ni..
ibu: ceritalah..(tak jadi nak pejam mata)
abang: bangun ibu..pada zaman dahulu..pada zaman dahulu...
ibu: (menunggu....)
abang: pada zaman dahulu setiap ahad di astro ria...
ibu: hah???..
ibu gelak sakan pastu sebab bagi ibu itu adalah sangat lawak..ingatkan cerita apa la,rupanya dia habiskan dgn ayat camtu jek..loyer burok punya anak..adeii..
cerita di atas sama sekali tak sesuei dengan tajuk entry kan?haha..so kita kasi cerita sebenar..
Just nak berkongsi gambar Jumaat lepas, aktiviti yang memang kerap kami buat di hari jumaat iaitu...eh bukan mandi pantai..tetapi makan mi calong..hehe..selalu di Kuantan ni, ayah akan bawa makan mi calong di kawasan Beserah..Ada 2 lokasi feveret tuk makan mi calong ni..1 di tepi jalan dan 1 lagi di perkampungan nelayan/ tepi pantai..Tapi kalau hari Jumaat, yang lokasinya di tepi jalan tu tutup, makanya lokasi ke2 la jadi pilihan..
Tapi hari Jumaat lepas adalah kali pertama bawa anak-anak mandi di situ..tak plan pun sebab tu la takde baju mandi akibatnya letih ibu bersihkan pasir dari baju diorang..huhu..Tapi syok rupanya mandi kat pantai tu, bersih pantainya..tapi tak sesuai la tuk ibu mandi sebab ramai pak nelayan melepak di situ..huhu..So layankan anak2 jek..
*eh..banyak lak 'tapi' dalam entry ni..haha
bot-bot pak nelayan
tumpang bot pak nelayan..hehe
ultraman nak main air..
adik tak nak kena pegang
Akhirnya..berjaya pujuk ayah n ibu tuk bagi diorang mandi
Syok sangat diorang petang tu..ayat abang Faris 'best tak ibu?kalau best, nanti kita boleh datang lagi..'..
Wassalam..:)











