Tuesday, March 19, 2013

10 months old

salam..

ibu telah buat satu penemuan baru..apakah ia?biarlah rahsia..ngeh3..tp yang pasti, penemuan ini bakal mengikis sifat malas update blog..insyaALLAH..:)

Ibu nak bercerita tentang si kecil Ayman Zafran..kecil dalam erti kata sebenar..:) coz berat Ayman aka adik hanya 6.2kg. Berat akhir sejak ibu mula bekerja 7bulan lepas adalah 5.4kg. Jadi dalam masa 7 bulan, berat hanya naik 700gm.

Adik dengan abang memang ketara perbezaannya. Adik agak garang tapi dalam masa yang sama manja. Pantang di kacau abang, confirm menjerit. Dalam usia 10bulan ni adik belum bertatih, masih takut untuk berdiri sendiri, tapi habis semua benda dijadikan tempat berpaut untuk meniti. Perkara yang paling ibu tak suka tapi adik tetap jugak nak buat ialah..mengutip..huhu..habis semua yang dia nampak di masukkan dalam mulut. Ibu rasa dah cukup berhati-hati tapi satu hari pernah adik batuk dan terkeluar cebisan tisu dari mulut..haiyoooo..

Pemakanan..Alhamdulillah Allah berikan kesempatan dan kesihatan yang baik kepada ibu untuk sediakan makanan untuk adik.Sepanjang 4bulan sejak adik mula makan, setiap yang masuk ke mulut adik semuanya makanan yang ibu sediakan dari rumah. Setiap pagi, adik ke taska dengan bekalan dari ibu. Teringat kata-kata penjaga di taska. 'di sini pun kami sediakan nasi blend tuk baby..'..jawapan selamat dari ibu 'takpe,selagi ibu dia larat dan rajin,beri dia makan apa yang saya bekal dan jangan bagi benda lain supaya senang saya pantau pemakanan dia..' :)

Alhamdulillah jugak untuk perjalanan penyusuan kali ke2 ni, di sebabkan kegigihan mengumpul stok sejak dalam pantang, sampai ke bulan ke10 ni ibu masih mampu menyediakan stok yang mencukupi untuk adik..Syukur Alhamdulillah..kerana keperluan Adik mencukupi walaupun dari 4 drawer sekarang hanya tinggal 2 drawer yang tak berapa penuh..hehe..(rujuk gambar di ENTRY INI kalau mengalami kekonfiusan k.. )

Perkataan yang keluar dari mulut adik sekarang..baba,tata,dada..:)..Tapi adik dah mula faham dengan percakapan kita. Adik akan datang bila di panggil, baring bila di suruh tidur, melambai bila ibu sebut 'bye2', tepuk tangan bila di suruh. Yang selalu ayah -----------> adik akan menangis bila ayah sebut 'babak ni kang'..:)

Alhamdulillah..tuk setiap perkembangan adik kerana adik membesar dengan sihat. Demam itu perkara biasa, selesema susah nak elak bila dah duduk di taska. Abang faris dulu ibu selalu kalah dengan doktor,tapi untuk adik ibu lebih banyak amalkan perubatan dari sumber yang natural. Semoga Allah memberikan kesihatan yang terbaik untuk anak-anak ibu.

Adik dah pandai membaca di usia 10 bulan..haha..ok ni tipu, sesaja nak bagi korang cerah mata..jangan marah r...;p

Setakat ni jek la dulu ye..overexcited lak..kah3..

wassalam..

eh cupp..jom tgk aksi dak kecik nih..

eh ni mak budak..;pa

yang ni ibu terkejut..adik berjaya gerakkan 'motor' nih..pandai lak dia senget kan badan tuk tolak 'motor' tuh nak bagi kaki leh jejak ..huhu..



bestfriend forever..:)



1 comments:

Izwa Kamaruddin said...

kejap je masa berlalu kan :) dah 10 bln.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang