Friday, May 25, 2012

Detik Kelahiran Ayman Zafran- Part 2

 Salam...

Sampai di KMC hampir pukul10,ibu terus di minta ke bilik CTG. Pemeriksaan tahap kontraksi dan jantung bayi di jalankan. VE pada pukul10.30 pagi mendapati bukaan sebanyak 2cm. So kira-kira pukul10.50, ibu di tolak ke wad, KMC ni sentiasa la penuh, kami request tuk single room tapi takde so berkongsi bilik dengan sorang lagi bakal ibu. Tapi 'kawan sebilik' ibu ni belum sakit, ramai lak pelawatnya termasuk anak kecil lagi. Kawan sebilik ibu pun syok bersantai sambil berbaring. Ibu dan ayah hanya berdua, so sedikit sebanyak kemeriahan diorang tu membantu ibu untuk tidak terlalu memikirkan sakit..ok tipu..haha..Kompom la rasa serabut dengan orang keluar masuk. Ibu sebenarnya nak cuba tidur memandangkan tak cukup tidur, konon-konon nak kumpul sedikit tenaga tuk lahirkan baby nanti..tapi..harapan la kan..huhu..ibu cuma menumpang dengar perbualan diorang dan menikmati tangisan anak pelawat..hehe..tipu lagi..ibu sumbat telinga dengan earphone, dengarkan bacaan al quran dari iphone ibu. Sepanjang tu ibu berdiri, bersandar pada ayah atau almari sisi katil.

Alang-alang tak boleh nak tidur, ibu tetapkan untuk berdiri..erm..ingat entry nih >>posisi pelahiran?? berdiri akan membantu
#1 stimulate effective contraction
#2 use gravity to help baby's descent

 yupp memang sangat membantu..10minit berada di wad, nurse datang untuk membuat VE kali ke 2. Alhamdulillah bukaan dah 6cm. Subhanallah 4cm dalam 10minit untuk ibu sangat besar maknanya..ayat dari mulut nurse tu ibu sambut dengan rasa syukur dan air mata..pemeriksaan itu sangat membantu ibu, meyakinkan dan menguatkan lagi semangat ibu untuk mendapatkan peluang melahirkan secara normal pada kali ini. Lebih meyakinkan ibu kerana air ketuban belum pecah pada bukaan 6cm tersebut..refer entry ni VBAC

"alamak dik..dah 6cm?kena ke labour room ni..cepat awak ni, labour room penuh, tapi akak rasa macam awak dulu je yang akan beranak"..ayat nurse tu buat ibu hilang rasa sakit..seyes..haha..
**bersambung lagi..haha..jangan marah rr..ibu berpantang yang cuba mengupdate blog..camni la jadinya...semoga sudi menunggu..:)


4 comments:

@LeenShamsh said...

bestnyerrrr!! lagi?

p/s:tq sharing yg memperceptkn bukaan tuh ;)

kayzie said...

sama2..buatlah nnt..i'Allah membantu :)

wida said...

tak sabar nak bersalin gak ni...
bilalah baby sy nak kuar ni..hehe

kayzie said...

wida: all da best ek..bila la baby nk jumpa mama nya tu..huhu

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang