Salam...
Semakin hari semakin berkurang entry dalam blog ni..harap lepas adik lahir, mood menulis ni kembali semula..huhu..
Alhamdulillah..hari ini
19.4.12 genap usia anak ibu 2 tahun 2 bulan..dan sepenuhnya telah
berjaya meloloskan diri daripada ketagihan neneng..dengan
sendirinya..huhu..cuma support dari ayah masih di perlukan coz
kadang-kadang abang Faris akan merengek manja dan boleh berlarutan
hingga menangis dan mengamuk minta neneng. So ayah akan serta merta
bertukar jadi 'horse' atau 'crocodile' (Faris naik atas belakang) tuk
alihkan perhatian Faris daripada ketagihannya..huhu..
Dugaan
juga nak melepaskan Faris dari ketagihannya..tapi terlalu privasi untuk
di ceritakan kepada umum..apa-apa pun ibu bersyukur, Faris semakin
faham susu ibu bukan lagi untuk dia..sob..sob..(ibu pun sedih
sebenarnya..)
Alhamdulillah
juga..minggu depan genap 9bulan adik dalam kandungan ibu..insyaALLAH
ibu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menanti kehadiran
anakanda kedua. Minggu depan juga, ibu perlu ke hospital besar untuk
temujanji O&G..temujanji ini di aturkan oleh doktor di Klinik Desa,
tempat pemeriksaan harian ibu bagi menentukan Method of Delivery (MOD), memandangkan ibu bersalin secara ceaserean sebelum ini.
InsyaALLAH,
mulai bulan depan, keluarga kita akan bertambah ahli, so ini adalah
bulan terakhir untuk anakanda Faris menjadi satu-satunya anak ibu.
Selepas ini, Faris akan berkongsi kasih dan belajar mencurah rasa kasih
kepada adik pula..:)
Doakan
segalanya di permudahkan untuk ibu k..n in case kalau ini adalah entry
terakhir sebelum ibu melahirkan (almaklumlah mood menulis sepoi-sepoi
bahasa)..ibu ingin MEMOHON MAAF kepada semua pembaca dan rakan blogger sekiranya ada penulisan ibu yang pernah mengguris perasaan korang semua..peace no war..
Aktiviti setiap petang : bersenam bersama abang Faris..:)
Abang baca iqra' bersama ayah..semoga abang menjadi abang yang baik dan anak yang soleh..:)
7 comments:
cepatnye mase berlalu..semoge ibi faris selamat dan dipermudahan sgn semudah-mudahnya insyaAllah amin!!
akak pun lagi la kelaut mood nak blog..dh macam pegnen anak ketiga pulak..hehehe...akak doakan awak sehat ye..dan dipermudahkan..selamat la menjadi ibu anak 2,3 dan seterusnya nnti..nnti update gambo bby ye..
wahh..dah tak lama tu kayzie.. semoga semuanya selamat ye:) take care...
seriouslah tak terasa 9 months
mudah2an dipermudahkan segala urusan kelahiran bb :)
tak sbr nk tgk bb yg kedua nih plak..hihih..
take care ya kz..:)
yeayee!xsbr nk gi tgk adik fariss!kasi la faris puas2 manjee.nnti dah kene berkongsi kaseh.mule2 susah jgak.kesiann kt die.mule2 dulu lepas beranak zura nanges ok.sbb rase kesian dgn adam.tapi alhamdulillah.lame2 die dah boleh terima yg die ade adik.bile adik xde.die mesti tnye mane awish?tapi kdg2 tu jeles jgak.biase la kan bdk2.nasib baik dah pndai berdikari.tdo pun sendri.xmcm dulu.asal nk tdo je kene garu belakang.haha.cepat betul rase diorg dah besar.nnti faris pun msti cmtu sygkn adik die.hehehe
tq sume..:)
zura: tu la..skrg pun dah terasa cam ksian..cuma syukur sbb bnyk bnd dia dah leh wat sndiri jek..hopefully dpt adik nnt dia leh tolerate la, jgn nnt dia jd bb smula lak..huhu..tq :)
Post a Comment