Hai kawan-kawan ibu....
Sekarang saya ada hobi baru, memandangkan ibu selalu nasihatkan supaya saya jadi abang yang baik, good boy, dan tolong ibu. So saya biasakan diri dari sekarang untuk berdikari, harapan saya supaya ibu nanti leh goyang kaki jaga adik dengan tenang..=)
Nak tau apa hobi baru saya??
inilah dia..saya suka basuh kenderaan saya sendiri..tiap petang, bila ibu sampai di rumah, saya akan minta izin tuk basuh basikal saya ni..tapi saya sedikit kecewa kerana ibu tak pernah kasi saya basuh kereta merah kesayangan saya. Katanya takut kereta rosak kena air..tapi ayah selalu je basuh kereta dia,tak pernah pulak saya tengok ibu halang ayah..ermmmm..
Saya jugak dah belajar basuh pinggan sendiri selepas makan, selain pinggan, cawan dah botol susu pun saya akan basuh sendiri. Tapi saya masih tak faham kenapa kadang-kadang ibu kata, 'abang tak payah nak buat semua, ada yang abang boleh buat, ada yang ibu kena ibu'..apa maksud tu?
kawan-kawan, gambar saya basuh cawan takde..nak basuh botol susu selalu 'berperang' dulu dengan ibu, sebab ibu malas dukung saya di sink..berat katanya..Tapi, thanks kepada ayah coz dah pasang pelapik tahan licin tu di bilik air, kurang lah risiko tuk saya jatuh kan?Bertambah semangat saya masuk toilet tuk membasuh..
hah kawan-kawan, selain basuh pinggan dan kenderaan, saya pun dah pandai basuh baju sendiri, nampak berus dalam gambar tu? itu berus yang saya selalu gunakan untuk memberus baju saya. Kalau pasal basuh baju, ibu tak pernah halang, ibu siap kasi saya sabun lagi..saya suka dapat ringankan beban ibu..
Kalau tak dapat basuh baju, saya akan berus apa sahaja yang ada dalam toilet tu, baldi, botol yang dulunya ibu letak ikan saya or pelapik lantai..:)
***********************************************************************************
Agaknya inilah kata hati anakanda kan?huhu
Ibu agak pening kepala dengan hobi baru dia nih, semua benda dia nak buat sendiri. Sekarang bekas air masak pun dah di letakkan di kawasan senang capai, coz dia suka nak ambil air sendiri. So setiap kali sampai rumah, adalah pertanyaan si kecik ni 'sayang..sayang nak air?abang ambilkan ye' (anakanda yang romantik).Yang paling tak 'menahan' kalau dia minta nak bancuh susu sendiri, botol pun nak basuh sendiri. Serius pening, sebab nanti akan tambah kerja ibu. Kerja nak angkat dia di sink, kerja nak lap tumpahan susu dia..huhu..Tapi tak boleh mengeluh lah kan? Allah dah makbulkan doa ibu supaya abang menjadi anak dan abang yang baik..=). Semoga kerajinan anakanda berterusan sehingga ke dewasa.
Rutin menjaga jadual makan ubat ibu pun anakanda yang handle, hari-hari dia akan ingatkan n berikan ubat ibu..:)
Ibu sayunk abang, ibu sayunk ayah dan adik juga..:)
Thank you ALLAH
p/s: kebelakangan ni selalu terbaca entry kwn2 blog yg menceritakan ada pembaca yang tak suka dengan cerita hepi dalam blog diorang..ermm..knapa ye ada yg berperasaan camtu?tak elok kan camtu?harap korang yg sedang membaca tu semuanya berfikiran positif untuk setiap cerita dlm blog ni k. peace no war
11 comments:
Pandainya dia. Kalau anak auntie jgn harap. Main air je lebih , habis mak dia kena jirus
mumy bc gelak tbahak2 klu abg yg tlis mmy rase msti benda yg sama ngn ibu tulis..mumy syggg abg..good boy ;)
aunty wardah: terlebih rajin si kecik ni kak..kdng2 wat org jd pening.tp kalo halang dia nangis lak, drpd layan dia nangis baik layankan dia wat bnd2 nih..huhu
mumy: tak sabar tggu faris pndai mengarang..haha
wah, bagus tu faris...
tak yah ibu amik maid nanti...mesti faris leh jaga baby kan...hehehehe
sesekali mmg kena bagi diorang 'bebas' sekt kan, apalagi ank boy sbb girl dah confirm mesti tolong di dapur punya...
hehe gud boy abang faris... hhehe comel la awak ni
sebenarnya dia nak main je yg lebih...haha...
comel jer...
ala, dorang ni mmg jeles la tu kita publish citer yg hepi2...fedulik...blog kita, suka hati kita lah kan....
alah2 sweetnya fariss ..
kecik2 lagi dah pandai nak basuh itu dan ini .. alhamdulillahhh harap2 sampai dia besar kan dik ;)
comel je dia. sama macam anak2 akak. dapat berus habis semua benda nak dibasuh dan disentalnya.
abag besar. senang lah nanti umi
uik cuci pinggan kat toilet?? reject la camni nak amek keje ngan auntie eheheh
arghhhh seyes comel budak2 mcm ni...
Post a Comment