Thursday, March 15, 2012

3rd Years - Happily Married :)

Alhamdulillah...

Semalam genap 3 tahun perkahwinan ibu dan ayah. Plan asal, ibu dan ayah sama-sama mohon cuti supaya boleh luang masa bersama sementara Faris di hantar ke rumah pengasuh..hehe..tapi tiba-tiba petang Selasa ayah di beritahu perlu attend meeting di KL. Makanya, ibu yang sememangnya cuti di offer untuk ikut sama. Pucuk di cita ulam mendatang..hehehe..

Tiada sambutan khas pun, ulang tahun pertama dulu ibu masih dalam pantang, kini tahun ke3 ibu kembali mengandung. Tiada perkataan lain yang terlintas di fikiran dan mulut ibu. Alhamdulillah...untuk segala kurniaan dan rezeki yang ALLAH curahkan kepada keluarga kita. Semoga kasih sayang antara ibu dan ayah berkekalan dan cinta ini membawa ke syurga..Ibu sayang ayah dan anak-anak sepenuh hati...

Aktiviti di KL...

sangat tak berkesempatan nak berceloteh panjang-panjang..so lets da picca do da talking..haha


Sampai KL terus check in..anakanda yang lena tidur pun dah segar bugar..so ibu suh posing dulu..hehe



Pagi tu ayah p meeting..anakanda request nak mandi di swimming pool memandangkan view bilik adalah swimming pool..ibu yang tak larat berjaya mengalih perhatian anakanda..daripada mandi pool..jom mandi buih..hehe



Ayah gigih carikan ibu restoren di KLCC yang menjual pavlova..hehe..thanks ayah..shedap hingga menjilat bekas..nak lagi dan lagi leh? 
**aritu dah cuba buat sendiri..tapi pavlova ala-ala sandwich di Ben's Restaurant ni nampak sangat menarik..nak cuba baking lagi pasni..:)

Ayah habis meeting, baru kami keluar bilik..so start dengan lunch dulu..thanks dear..
Dialog kelakar anakanda dan ayah masa ni
Ayah: abang meh..ayah suapkan mi
Faris: spaghetti laa..
Ayah: haha....(ayah ingat awak tatau)
Ibu pun tergelak..:)


Selesai makan..raikan hari cinta kami di Aquaria..haha..ni yang ibu tak puas hati ni, hari istimewa ibu tapi Faris lak dapat habuan..huhuhu..
Sowi..gambar gelap..huhu..anakanda sangat excited tengok ikan yang banyak...



Cukup la sekeping gambar ibu..hehe..cam segan jek nak bergambar sebab muka semakin mengembang bagai juara..
tapi size gambar lebih besar 30% dari actual size...hahaha..ok tipu..tu ayat yang di tepek di aquarium ikan-ikan ni..(size ikan adalah 30% lebih kecil daripada yang kita lihat)


Balik kerja ni..nak pergi 'ambil' hadiah..huhu..
Alhamdulillah..syukur atas segala kurnian Nya..semoga kita tak menjadi alpa dan leka..dan semoga kami sekeluarga sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Nya...Amiiinn..

9 comments:

wida said...

tahniah...
semoga terus berbahgia

wardah @ fie shah said...

Happy anniversary =)

cik_ah82 said...

selamat ulang tahun perkahwinan ke 3 ye!

maya amir said...

lamanye tak dtg siniiiii..sorry kayzie... anyway happy anniversary dik:))

Izwa Kamaruddin said...

happy anniversary kwn ku :)

kurus said...

happy anniversary dik
semoga kekal berbahagia sepanjang hayat mu dik ... ;)

Mek Rose said...

tahniah dear..sy plak anniversary ke-3 si aishah dah kuar..eheheh takde sambutan sbb kene berjauhan ngan suami..dalam pantang..sy di kg..dia kat shah alam..takpe2 yg penting ingatan kan..

heheh kelakar lak..pandai ye faris..spagheti! hehhehe

kayzie said...

thanks..:)

Unknown said...

lengangnye aquaria...hihi..

hepi anniversary dear!

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang