Tuesday, March 19, 2013

10 months old

salam..

ibu telah buat satu penemuan baru..apakah ia?biarlah rahsia..ngeh3..tp yang pasti, penemuan ini bakal mengikis sifat malas update blog..insyaALLAH..:)

Ibu nak bercerita tentang si kecil Ayman Zafran..kecil dalam erti kata sebenar..:) coz berat Ayman aka adik hanya 6.2kg. Berat akhir sejak ibu mula bekerja 7bulan lepas adalah 5.4kg. Jadi dalam masa 7 bulan, berat hanya naik 700gm.

Adik dengan abang memang ketara perbezaannya. Adik agak garang tapi dalam masa yang sama manja. Pantang di kacau abang, confirm menjerit. Dalam usia 10bulan ni adik belum bertatih, masih takut untuk berdiri sendiri, tapi habis semua benda dijadikan tempat berpaut untuk meniti. Perkara yang paling ibu tak suka tapi adik tetap jugak nak buat ialah..mengutip..huhu..habis semua yang dia nampak di masukkan dalam mulut. Ibu rasa dah cukup berhati-hati tapi satu hari pernah adik batuk dan terkeluar cebisan tisu dari mulut..haiyoooo..

Pemakanan..Alhamdulillah Allah berikan kesempatan dan kesihatan yang baik kepada ibu untuk sediakan makanan untuk adik.Sepanjang 4bulan sejak adik mula makan, setiap yang masuk ke mulut adik semuanya makanan yang ibu sediakan dari rumah. Setiap pagi, adik ke taska dengan bekalan dari ibu. Teringat kata-kata penjaga di taska. 'di sini pun kami sediakan nasi blend tuk baby..'..jawapan selamat dari ibu 'takpe,selagi ibu dia larat dan rajin,beri dia makan apa yang saya bekal dan jangan bagi benda lain supaya senang saya pantau pemakanan dia..' :)

Alhamdulillah jugak untuk perjalanan penyusuan kali ke2 ni, di sebabkan kegigihan mengumpul stok sejak dalam pantang, sampai ke bulan ke10 ni ibu masih mampu menyediakan stok yang mencukupi untuk adik..Syukur Alhamdulillah..kerana keperluan Adik mencukupi walaupun dari 4 drawer sekarang hanya tinggal 2 drawer yang tak berapa penuh..hehe..(rujuk gambar di ENTRY INI kalau mengalami kekonfiusan k.. )

Perkataan yang keluar dari mulut adik sekarang..baba,tata,dada..:)..Tapi adik dah mula faham dengan percakapan kita. Adik akan datang bila di panggil, baring bila di suruh tidur, melambai bila ibu sebut 'bye2', tepuk tangan bila di suruh. Yang selalu ayah -----------> adik akan menangis bila ayah sebut 'babak ni kang'..:)

Alhamdulillah..tuk setiap perkembangan adik kerana adik membesar dengan sihat. Demam itu perkara biasa, selesema susah nak elak bila dah duduk di taska. Abang faris dulu ibu selalu kalah dengan doktor,tapi untuk adik ibu lebih banyak amalkan perubatan dari sumber yang natural. Semoga Allah memberikan kesihatan yang terbaik untuk anak-anak ibu.

Adik dah pandai membaca di usia 10 bulan..haha..ok ni tipu, sesaja nak bagi korang cerah mata..jangan marah r...;p

Setakat ni jek la dulu ye..overexcited lak..kah3..

wassalam..

eh cupp..jom tgk aksi dak kecik nih..

eh ni mak budak..;pa

yang ni ibu terkejut..adik berjaya gerakkan 'motor' nih..pandai lak dia senget kan badan tuk tolak 'motor' tuh nak bagi kaki leh jejak ..huhu..



bestfriend forever..:)



Friday, March 15, 2013

Tahun ke-4

Salam Jumaat Penghulu segala hari...

Alhamdulillah..14.3.2013 genap 4tahun perkahwinan ibu dan ayah..Kalau 4 tahun dahulu memulakan hidup berdua, sekarang kehidupan lebih mencabar dengan kehadiran anak-anak..Alhamdulillah untuk rezeki terhebat kurniaan ALLAH sepanjang 4 tahun bersama..

10 Tahun ibu kenal ayah..Alhamdulillah ayah masih ayah yang ibu kenal dulu..masih blur dengan lawak dan gurauan ibu..still ayah yang suka melayan kerenah ibu..Walaupun keupayaan memujuk tu dah agak kurang coz ibu pun dah kurang merajuk kot seiring dengan usia..

Paling ibu bersyukur kerana di kurniakan suami yang ringan tulang, tiada keluh dari mulutnya andai terpaksa menjaga anak. Bersedia untuk mandikan anak, cuci popoo anak, basuh botol anak, sdiakan persiapan mengepam ibu. Sentiasa membantu ibu dengan kerja rumah. Membuatkan ibu simpan perkataan penat coz ibu tau ayah lebih penat dari ibu.

Untuk ibu..semoga ibu sekarang, semakin lebih baik berbanding 4 tahun lepas sebagai seorang isteri..dan jauh lebih baik sebagai seorang ibu.

Syukur Ya ALLAH....


eh...nak buh gambar..cari punya cari..takde lak gambar berdua dengan ayah yang terbaru..huhu..so bayangkan jek la muka ibu dan ayah dalam fikiran ye..hehe..

 gambar dari instagram ibu..:)
sambil2 meting semalam...



Wassalam
**jom perbanyakkan zikir


Tuesday, February 26, 2013

Abang 3 Tahun


Salam..

Sebelum berakhirnya bulan Febuari harap-harap, entry ini berjaya di post..hehe..

19.2.2013 lalu genap 3 tahun ibu melahirkan anakanda sulung kami, Faris Amsyar...aduh..terasa masa terlalu pantas berlalu, sampai tak sedar baby yang dulunya ibu dodoi dah berlari..

Anak yang dulunya merengek sekarang tak pernah diam dan tak pernah berhenti bertanya....ada jek soalan yang membuatkan ibu mati akal tuk menjawab. Ada sahaja ayat yang membuatkan ibu dan ayah ketawa..

Anak yang dahulunya manja sekarang dah semakin bijak menjaga adik. Walaupun kekadang terlebih manja daripada adik tapi sifat penyayang abang semakin menyerlah. Abang yang sekarang menjadi rakan berebut mainan tuk adik..:)

19.02 lepas..ibu dengan di bantu oleh ayah menyediakan sedikit 'bekalan' untuk di bawa ke sekolah abang. Semuanya DIY dan yang lebih memenatkan semuanya berlaku pada saat-saat akhir, gara-gara ibu dan ayah tiada plan lengkap. Tapi Alhamdulillah, yang penting anak ibu happy pada hari tu..:)

Alhamdulillah sepanjang 3 tahun menjaga abang, Allah berikan ibu kesihatan yang baik supaya ibu dapat berikan yang terbaik untuk abang. Semoga anak ibu membesar menjadi anak soleh kebanggaan ibu dan ayah, anak yang dapat membela agama dan menjaga adik-adik kelak.:)

ibu sediakan 'resume biodata' ringkas abang sepanjang 3 tahun..hehe

Nama Samaran : 
 Abang Faris, ultraman taro (kalau dia tengah layan adik, nak kena guna nama samaran camni..huhu)
Cita- cita : Ultraman Taro Doktor (sejak abang umur setahun ibu dah gelarkan abang 'Doktor Faris'..so ni cita2 abang or ibu??hehe)

Makanan Kegemaran : 
Faris Amsyar memang anak mat saleh soleh sebab tu feveret dia..Roni cheese (makaroni cheese), spaghetti carbonara, char kue teow (melayu sket)

 ermm..yummmeh.. :)


Snek Kegemaran : 
cheese, yogurt
Air Kegemaran : 
Tea O dan watermelon juice
Buah Kegemaran :
 Epal dan tembikai

Animasi Kegemaran : 
Cars, Transformers
Cerita Kegemaran :
 Semua Superhero (Ultraman, Batman, Spiderman, ironman, Ryukendo)
Koleksi Animasi : 
Cars dan Bumblebee


Hobi 1 :
 Layan youtube 'search key' >>> cars mcqueen, transformers, upin ipin
Hobi 2 :
 download dan main game di tab dan hp ibu

Haiwan Kegemaran:
Kerbau atuk..hehe..
 
Hafazan Doa :
 Doa sebelum makan, doa selepas makan, doa tidur, doa masuk tandas dan doa berbuka puasa (doa berbuka puasa dia hafal melalui rancangan upin dan ipin..bagus gak ada upin ipin nih..)
Hafazan Surah : 
Al fatihah, Al Ikhlas, An Nas (bila ntah nak bertambah ni?)In Syaa Allah..

Sukan Kegemaran :
 Bola Sepak, Badminton, Berbasikal
Tempat Lepak Kegemaran : 
Taman Permainan dan Pantai





 #####################Faris 3 Tahun ##################


 baby ibu..

 birthday boy nak kasi goodie bag + cupcake

'sape nak hadiah??'
 kawan-kawan yang berkongsi kegembiraan bersama abang :)
thanks tuk teacher dan kawan-kawan yang bagi peluang ibu dan ayah temankan abang 'makan kek' petang tu..hehe..


 cupcake tuk kawan-kawan abang..thanks ayah coz tolong ibu :)


 abang pun sibuk nak tolong..tolong sepah + makan

i love u sayang...abang baby ibu selamanya..:)

REKOD..huhu: pagi 19.02 abang menangis sakan tak nak ke sekolah..ayat meruntun jiwa yang berjaya buat ibu menangis pagi tu..'ibu jangan hantar abang g school..ibu jaga lah abang..'..sebelum ibu keluar tinggalkan abang di sekolah sempat lagi bagi satu ayat meruntun jiwa 'ibu..abang sayang ibu..' dengan suara yang sgt syahdu..ni semua gara-gara abang tak cukup tidur temankan ibu bereskan segala persiapan tuk 19.02..:)
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang