Thursday, January 10, 2013

Kompilasi 2012..huhu



Salam...

adoii..apa punye penyakit la ni...dah 2013 ek..bila last entry blog nih????bulan lepas pun takde??ok..jom blah...huhuhu...



Adik..sian anakanda ibu..kurangnye cerita tentang adik sebab ibu ada penyakit malas menaip..huhu..bukan malas sebenarnya..tapi sejak naik cuti bersalin, (bulan 8 tahun lepas..haha) kerja cam tak pernah stop..ok alasan jek..haha..
Alang-alang dah mula menaip..jom kita bercerita..cerita tentang hero-hero malaya ibu..


Cerita Abang Faris
Adusss..tak sangka..bulan depan ibu akan menjadi ibu kepada anak teruna berusia 3 tahun..syukur Alhamdulillah..besar dah anak ibu..hehe..Abang sekarang semakin pandai demand menu makanan dia..setiap hari selepas ambil abang dari taska, abang akan beritahu ibu menu pilihan abang..antara makanan kegemaran anak mat saleh celup ibu ialah spageti dan makaroni cheese..ibu tak kisah asalkan anak ibu makan :). Anak ibu baru mula bersekolah di tadika awal minggu ni (bermula 7 Jan 2013), so far walaupun abang suka tido lambat, tapi abang tak meragam untuk bangun pagi. Cuma setiap kali nak mula mandi, abang mamai..hehe..tak sabar ibu nak tunggu abang dapat uniform..aduss..abang dah besar..Perkembangan Faris?apa lagi kan..lari semakin laju, bercakap pun semakin lancar macam orang tua..huhu
Adik Ayman
Adik pun dah semakin banyak lulus ujian alahan..hehe..dah semakin bertambah menu harian adik. Bulan ni adik dah nak masuk 8 bulan, baru try menu baru, Rolled oat bersama puri buah...
Berbeza sungguh perkembangan adik dan abang. Adik mula merangkak 24 Disember waktu usia 7 bulan berbanding abang yang merangkak dalam usia 10 bulan..Sekarang adik dah mula meniti dan berpaut untuk berdiri. Habis semua tempat dia berpaut, orang baring pun di panjatnya..huhu. Ayman memang nampak lebih lasak dari abang, mungkin disebabkan ada idola. Abang buat apa pun, adik nampak excited nak join. Alhamdulillah perjalanan penyusuan adik berjalan lancar, stok susu adik masih berjaya di kekalkan, harap ibu semakin rajin supaya stok tu tak surut sebelum masanya..huhu..


 







Cuti-cuti 2012
Sepanjang tahun lepas, sangat terhad masa untuk kita bercuti sekeluarga. Dari awal tahun tumpuan adalah untuk menjaga kandungan..hehe. Pertengahan tahun, adik lahir dan ibu perlu berpantang. Selepas Raya, sekeluarga sibuk untuk persiapan perkahwinan Pak Yong. Hujung bulan barulah kita berpeluang untuk bercuti. Ibu buat tempahan  untuk ke Gold Coast Australia Morib, Selangor seawal bulan September kerana memandangkan dari awal tahun kita takde plan tuk bercuti. Tujuan tempahan ibu adalah untuk kejutan di hari jadi ayah pada bulan Disember. Awal Disember ayah buat plan mengejut untuk ke Genting. Alhamdulillah rezeki adik dan abang dapat jalan-jalan walaupun plan last minit..hehe.

Selamat Ulang Tahun Ayah
Ayah semakin muda..hehe..Selamat ulang tahun tuk abang 27122012. Semoga sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik dan di berikan rezeki yang berterusan..:) Alhamdulillah sama-sama dapat menggembirakan hati ayah di Gold Coast aritu. Adik dan abang pun happy dapat bergembira di Water Park..;). Ayah dapat kek dan hadiah lagi dari pihak hotel..:) Ibu kira, ayah gembira dengan hadiahnya sebab lepas pulang dari Morib, ayah bawa kita bercuti ke Penang pula.  Betapa mencabar  untuk kami mendapatkan tempat penginapan gara-gara cuti di tahun baru yang tidak di rancang awal..tapi memang syok ke Penang. Dapat jugak ayah merasa naik jambatan penang untuk kali pertama..opsss..haha..
Alhamdulillah berlalu sudah 2012,  hampir 4 tahun membina keluarga. :)..wassalam..;p

4 comments:

Wanafzan said...

organic oats tuh sll mix dgn ape? buah ke ?

@LeenShamsh said...

bace dgn terujenye...bestnyeeeeee coti2 die..utk kalau disirikan berape siri dah dapat..kompilasi pun kompilasilah...tahinaih utk sume..ayah..abang cerdik, adik bijak...ibu yg penuh kejutan! besttt!

kayzie said...

wan afzan: oat tu sll mix dgn puri buah..cam apple, pear or labu :)
ummu Muhammad: haha..kompilasi kan?ssh sgt nk cari masa menulis skrg..nnt takde cite tuk adik baca..:)

sweetlavender86 said...

bestnyee gi jalan2..kitrg pun lamee dah xberjln2..baru2 ni je pegi melaka.tu pun awish asyik mengamuk dlm kete.wuwuuwwuu..mcm best je pegi gold coast tu.hihihih..boleh msuk dlm list nie.hehehe

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang