Malam tu, Faris dan ayah dah lena di ulit mimpi. Ibu pula seperti malam-malam sebelumnya susah nak lelapkan mata. Ibu menulis di diari ibu sehingga pukul1am lebih sebelum naik ke katil untuk cuba tidur. Kira-kira pukul 3.30 pagi ibu terjaga dari tidur untuk ke bilik air. Entah kenapa malam tu terasa lain, bangun ke bilik air dengan rasa sakit sedikit di perut. Sebenarnya sakit dan perut mengeras ni dah selalu ibu rasa sejak lebih seminggu lepas. So pada ibu, sakit itu akan hilang seperti biasa. Tapi selepas membuang air, sakit tadi semakin terasa. Ayah terjaga bila mendengar keluhan ibu. Seperti selalu, setiap kali ibu terasa sakit ayah akan panaskan tungku elektrik tuk legakan kesakitan ibu.
Sebelum ini, ibu pernah rasa sakit berpanjangan selama 3jam kemudian sakit itu hilang begitu sahaja. Tapi pada malam itu, terdetik dalam hati ibu 'harap-harap ini sakit yang betul'. Dah tak sabar rasa nak bertemu dengan anak ibu..huhu. Ayah pantau sakit ibu, berulang kali dia beritahu sakit ini konsisten. Hampir 5 minit sekali. Oleh sebab masih awal pagi dan sakitnya belum kuat, ibu cuba rehatkan diri dengan berbaring dan cuba tidur. Tapi ibu langsung tak dapat nak lelapkan mata, ayah pula banyak kali tertidur sambil 'tungkukan' ibu. Sepanjang sakit, sekerap mungkin ibu ke tandas untuk membuang air. Itu tips yang ibu baca, mesti pastikan PUNDI KENCING SENTIASA KOSONG.
Pukul 6pagi ibu bangun untuk tunaikan solat subuh, risau kalau turun tanda sebelum sempat solat. Sebelum solat, ayah suruh ibu mandi dulu, MANDI AIR SUAM memang sangat membantu melegakan sakit walaupun sekejap. Selepas solat, niat ibu nak baca surah Mariam terpaksa di batalkan memandangkan sakit semakin kerap dan agak kuat. So ayah dan ibu turun untuk sarapan. Ayah berkali-kali tanya nak ke hospital atau tak. Ibu katakan 'tunggu turun tanda'..hehe..dalam hati nak tunggu turun darah atau pecah ketuban la konon. Sarapan kami pagi tu hanya segelas milo dan sebuku roti pada pukul 7.30pagi. Dari pukul 7pagi hingga 9pagi, ayah catatkan waktu kontraksi, dalam tempoh tu sakit dalam jarak 3-4 minit sekali. Ayah terus 'tungkukan' belakang badan ibu. Pukul 9pagi ibu menyerah, ajak ayah ke hospital. Ayah siapkan bekalan makanan termasuk air zamzam dan kurma untuk bekalan di labour room dan buat belah mulut anak ibu nanti. Masuk ke kereta, ibu cuba lelapkan mata sambil dengar bacaan Surah Mariam dan Surah Yusuf. Almaklumlah tak tidur semalaman, rasa mengantuk banget.
bersambung.....:)
4 comments:
Jgn lama2 tgguh entri.. Xsabar nk bca..hihihi
kite pun melalui malam yg tak boleh tido tu..mane mungkin boleh tidur sakit dah semakin kerap..kayzie solat subuh tu pun kite dapat rase menahan sakit tu mcm mane sebb nak lepaskan waktu solat dgn harapan kite beranak tak hutang solat kan..kalau tak sempat solat kang tunggu habis nifas baru bole bayar hutang soolat..
p/s: sambung cepat!
salam kenal..:D
singgah sini bace coretan anda..comel blog.:D
feel free to visit my blog ye
http://mrspuex.blogspot.com/
ummu muhammad: :)..sakit dan seronok coz akhirnya bb pilih hr tu tuk kluar..hehe..
Post a Comment