Monday, January 9, 2012

Abang Faris 22 bulan ++

Salam..

 
  Latest picca anakanda..gambar kelmarin 7/1/2012 @ rumah nenek..1 tahun 10 bulan..lagi 10 hari genap 1 tahun 11 bulan..

rahsia kulit kekal lembut..haha..hari-hari pun nak berendam cam putera..ahaks

Hari ni setelah sekian lama tak bercerita tentang anakanda, ibu nak update serba sedikit tentang abang Faris..:). Pagi tadi bawa Faris check up bulanan di Klinik Keluarga, nurse tanya dah pandai minta susu atau sebut perkataan tak?soalan nurse tu terjawab dengan jayanya apabila Faris pula yang bertanya bermacam soalan pada nurse.  "Doktor (nurse) buat apa?","Doktor nak bagi makan ubat ke?" antara pertanyaan anakanda kepada nurse..huhu..

Anakanda walaupun sudah hampir mencecah usia 2 tahun, berat hanya 9.5kg..huhu..lama tak update berat anak ibu ni..Ringan sebab halus je orangnya. Cuma banyak beza dari check up bulan lepas, 8.7kg. Perlu ke ibu risau dengan berat Faris walaupun Faris kuat makan?Semangkuk bubur / nasi paling kurang 2 kali sehari, buah memang jadi kegemaran dan hidangan wajib dia setiap hari dan sepanjang selang masa antara makan nasi, pelbagai lagi maknan seperti bijirin dan biskut yang anakanda makan. Memang menurun ibu kot..huhu..Ibu syukur anakanda membesar dengan cerdas dan sihat. Alhamdulillah semenjak berhenti dari taska lebih kurang 4 bulan yang lepas, anakanda sihat dan jarang di jangkiti selsema atau demam. 

Semenjak keluar dari Taska, anakanda bergilir duduk di rumah dengan atuk atau di hantar ke rumah nenek dan aki. Tetapi bermula hari ini, anakanda di hantar ke rumah jiran sebelah rumah kita yang kebetulan terbuka hati tuk mengasuh Faris..hehe..Alhamdulillah..ibu lega sangat. So harapan ibu, semoga Faris di senangi dan di sayangi oleh nenek (pengasuh) dan sentiasa di pelihara ALLAH SWT.

Wassalam..

8 comments:

Izwa Kamaruddin said...

amin... :)

kurus said...

semoga putera faris membesar bagai johan ! .. cute je dlm besen kecik tuu ;)

@LeenShamsh said...

dah nampak sangat abang..cepatnye pandai cakap..tak sampai 2 tahun lagi..takpelah slim tapi tgk ok je dgn usie faris..faris hensem!

Mek Rose said...

yey...nak dpt bb baru dah ye tahniah..lama tak mai sini
si abang pon dahmakin besar..:-)

SemuaTentangKita said...

Bila tgk gambar anak mesti rasa cepat sgt masa berlalu kan..

~izan~ said...

salam dik,maaf dah lama akak tak dtg sini...

kalau faris sihat2 aje,tak perlu risau sgt kot dik.dia mkn selera je kan..anak2 akak pun halus2 je dik..

semoga faris sihat selalu...

kayzie said...

thanks sume..:)..doakan smoga faris jd abg yg penyayang n anak soleh ..:)

Unknown said...

9.5kg, 2 tahun. Akak ingat Arif anak akak kecik rupanya anak kayzie lagi kecik ya. Arif dah 9 kg masa setahun hari tu...

Apa pun kalau anak lelaki lasak pulak tu, mmg macam tu lah kan. Yang penting mereka sihat...

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang