Salam Ramadhan..
Esok kami akan bercuti, cuti nuzul Al-quran, dengan bonus yang baru masuk semalam, kompem Kuantan akan penuh sesak. Meriahlah jalan raya, pasar raya, dan segala kedai yang menjual persiapan raya. Kompem malam ni, tauke-tauke yang dah sememangnya tak nyenyak tidur sejak awal bulan, langsung tak dapat nak tidur dek kerana sibuk mengira duit keuntungan...hihi..
So esok ayah boleh berehat, selepas hujung minggu ayah minggu lepas di habiskan untuk menjaga Faris coz ibu terpaksa bekerja.
Ini kisah semalam, tentang anakanda yang semakin petah berkata-kata. Jumaat ini InsyaALLAH anakanda genap 1 tahun 6 bulan..
Semalam, dalam perjalanan dari taska ke rumah..
Faris : ibu..
Ibu : ya Faris..
Faris : ayah work...ibu nangan (jangan) nangis tau...
ibu : ***gelak
Boleh pulak anakanda ibu nasihatkan ibu..itu adalah ayat yang selalu ibu beritahu pada Faris setiap kali hantar Faris ke taska. Anak ibu semakin petah, Ibu suka (ada ke ibu yang tak suka??hehe)..ibu happy melayan kerenah anak ibu. Lagi suka coz kebanyakan perkataan yang keluar jelas dan tidak pelat. Syabas bete...
Selamat bercuti kepada mereka yang bercuti..hehe..
13 comments:
pandainya faris tenangkan hati ibu ye
Selamat bercuti esok kayzie...
Johor tak cuti...:(
bagus faris!!usia br 18 bulan dah petah berkata-kata,Alhamdulillah..Bahagia melayan kerenah ank kan Kayzie..
hihih..comey aje..dh pndai ckp erkk faris..last aunty jumpe faris br pndai lompat2 kt peha ..huhuuh..
cepatnyer masa berlalu..huhuhu...
kompem esok kl pun sesak dibanjiri org2 selangor
bijaknya Faris..siap pesan dkt ibu lg yea..Faris dh beli bj raya ke??
hikhikhik...sekali anak bersuara tergelak ibu ek :)
bujknye faris..bace entry nipun pun dh cukup membahagiekn ;)
selangor pun cuti esok. KL sure jem teruk..
tna: tula..lama gle tak jmp aunty tna ni..hehe..faris skrg dh berlari n bnyk ckp..:)
ummi ummair: baju faris plng awl bli..hehe..ibu n ayah yg excited lbh wpun faris tak phm apa lg
sejuk nye hati bile anak yg pujuk kite kan...
budak bijak :)
Haha comel lah Fariss :D
Post a Comment