Tuesday, August 9, 2011

Hilang yang tiada gantinya

Selamat berpuasa..

Mesti sekarang ibu-ibu sedang sibuk mencari idea juadah berbuka untuk hari ini kan? Rezeki berbuka ibu, ayah dan Faris tahun ini sangat meriah. Alhamdulillah. 2 kali dapat berbuka di hotel atas tajaan bos ayah. Walaupun jauh ke Kemaman, tapi ayah perlu juga pergi. Penat ayah berganda, mujur balik kerja awal, pick up ibu dan Faris dan berpatah balik ke Kemaman. Baru tadi ayah telefon, hari ini ada jemputan lagi, lebih jauh dari semalam. Tapi hari ini ibu minta ayah tolak, penat pergi-balik, dapatlah ayah berpeluang  tarawikh di masjid pula malam ni.

Semalam kami pulang ke rumah agak lewat. Sudah separuh perjalanan, tapi terpaksa berpatah balik ke hotel. Gara-gara ibu tertinggal jam tangan di surau hotel. Sedih sungguh mengingatkan jam ibu, lebih-lebih lagi itu adalah jam tangan hadiah hantaran dari ayah. Walaupun semalam dapat berita pengumuman pemberian bonus kepada kami kakitangan kerajaan tapi tetap tak dapat melegakan hati ibu..ahaks..Ibu tinggalkan pesanan pada pihak hotel. Harapan ibu, di bulan mulia ini, orang yang terjumpa jam ibu di bukakan hatinya untuk pulangkan kembali jam ibu ke pihak hotel. Janganlah di jadikan harta, coz ibu tertinggal di tempat wuduk, ibu percaya yang datang semua berniat untuk solat, dan InsyaALLAH punya hati yang mulia..

Pengajaran jugaklah untuk ibu, selalunya ibu akan masukkan semua barangan yang ibu tanggalkan ke dalam beg. Tapi kenapalah semalam ibu tinggalkan di tempat wuduk. Sepatutnya dah sedia maklum bahawa anda itu PELUPA...uwaaaaaaa

tinggal kenangan..sob..sob..
Jam tangan ibu
14.03.2009 - 8.08.2011

masih berpeluangkah untuk kita bersama wahai jam...ahaks...

12 comments:

Unknown said...

Alahai, sayangnya kayzie.

Mungkin jodoh kayzie dengan jam itu setakat semalam saja. Apa pun akak doakan moga doa kayzie termakbuk, ada yang pulangkan pada pihak hotel kan dan ia dapat kembali semula ke tangah kayzie..:)

Izwa Kamaruddin said...

insyallah ade rezeki kamu nnti :)

kurus said...

hermmm x kira dah skrg nie dikk .. kdg2tuu tempat solat lah sedap mereka mencuri , atau bila dah nampak tuu x hinggat dah nak serahkan pada pihak hotel .. syok tgk jam cantik terus je ambil dan buat2 x tahuu .. dah ada pengalaman dik huuuh

kita sama2 doakan kan .. mana tahu doa ibu dimakbulkan .. :)

@LeenShamsh said...

mudah2an ade jodoh lagi..ade zikirnye kayzie tp kene tnye mak ;)

kayzie said...

smoga dgn doa kwn2 di bln mulia ni bertambah la peluang tuk dptkan smula jam tu

ummu muhammad: camne zikirnya ya?

~izan~ said...

semoga dlm bulan yg mulia ni masih ada lg insan mulia yg simpankan jam awak dik...

Unknown said...

alaa..siannya..insyaAllah nt dpt blk jam tu ye.jgn sedih2..

wahida said...

alahai..kalau aku pun meroyan dah jam hantaran laki hilang...aku pun pernah hilang jap, nasib baik jumpa balik..
kalau beli baru pun tak sama dgn apa yg kita dapat masa hantaran tu kan nok?
sentimental value tu...

kayzie said...

kak izan: harap2..tp smpai arini takde kol dr hotel..sob..sob

kayzie said...

kak wahida: dah mmg pre meroyan dh ni kak..asal teringat jek genang air mata..huhu..mrah dgn diri sndr sbnrnya..cuai!!!

Unknown said...

cian nyeee...

sabarlah... setakat itu je 'jodoh' nye...huhu

nampaknye bergaya dgn jam baru lah raya ni kan :)

kayzie said...

kak noriz: ahaks...tau2 jek

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang