Monday, June 18, 2012

16 Jun yang lalu

Salam..

Pagi 16 Jun yang lalu..ibu bangun pagi (pagi ke?berjaga sepanjang malam temankan Ayman tengok bola..so hampir pukul 10 baru sedar di kejutkan..haha) oleh ayah..specialnya hari tu, ibu di hidangkan dengan sarapan. Ayah hantar ke bilik..gigih bawa breakfast ke bilik atas..:)
tengkiu sayunk..hehe
nak jadi doctor love kejap leh?
sure isteri korang nangis kalau di hidangkan breakfast depan mata camni, nak diorang nangis sampai teresak2?..i suggest..korang gulungkan lempeng tu (walaupun hanya lempeng, tp ia akan menjadi sangat special di hati org yg korg syg, if org tu cam ibu la kan?huhu)
or
korang wat lempeng bentuk love..
anyway..this is more than special for me..coz ia di masak dengan kasih sayang..ahaks..


Tengahari 16 Jun yang lalu..sedang ibu menonton tv..datang si kecil Faris Amsyar dengan sejambak bunga..abang dah boleh kasi ibu bunga..so inilah bunga pertama dari kekasih ke2 ibu..hehe..

YOU know me well..bunga dan ayah sangat dekat..bunga dan ibu adalah satu..ahaks..

Petang 16 Jun yang lalu..rumah menerima ahli baru..hehe...kata ayah 'tuk pastikan Ayman dapat membesar dengan susu ibu sepenuhnya sampai umur 2 tahun' (haha..Faris dulu pun sepenuhnya dengan susu ibu..cuma tak cukup 2 tahun) so kali ni tuk pastikan sampai 2 tahun, kena pastikan tiada yang 'ketiga' sebelum Ayman 2 tahun okey..haha
 yihaa..thanks again my dear hubby..deep freezer..memandangkan EBM berhimpit-himpit dalam peti ais sekarang, dan tiada ruang tuk stok makanan..so ayah belikan ini untuk ibu


 deep freezer dengan rekaan baru dari Faber..sebelum deep  freezer semuanya buka di atas..Faber keluarkan yang jenis vertical ni..rasanya lebih mudah tuk EBM, coz senang nak susun dan capai..

ada 4 drawer semuanya..dah penuh 2 drawer..Alhamdulillah EBM 'membesar' dengan lebih selesa..hehe

Malam 16 Jun yang lalu..ibu bersama 3 hero ke restoren feveret ibu Tjantek untuk diner..ahaks..sure korang kata 'eh dah habis pantang ke?'..jawapannya..dah habis kalau ikut pantang orang cina..haha..belum ,kalau ikut pantang orang Melayu..tapi zaman moden, pas sebulan, ok dah kot nak keluar?kan?kan?ahahha..so ini dinner pertama kami berempat di luar..
 Faris nangis nak basikal kat kedai sebelah..haha..Ayman tidur sepanjang di restoren

Ayah buat tempahan dan oder makanan sehari sebelum rupanya, tuk memastikan diner berlangsung dengan cepat..huhu
my feveret..steak..yummeh

Permata hati ibu..love korang bebanyak..muahhhhh.
**eh kepala adek terlentok..huhu..abang Faris sibuk dengan game

16 Jun yang lalu..genaplah usia ibu 18 tahun..ahaks..thanks tuk 3 hero untuk hari yang istimewa itu...:)

Adiossss...:)


Friday, June 15, 2012

Sebulan bersama 2 hero

Salam..

Alhamdulillah..sudah sebulan usia adik Ayman Zafran aka atelek (nama 'samaran' dari abang Faris)..bukan adik Ayman sorang ada nama samaran..semua orang dapat...


************************************selingan*****************************************

ibu = ibuley
mumy = mamiley
atok = atelok
ayah = *ibu lupa sbb jarang terkeluar nama samaran ayah..huhu..

Abang dan Ayman
Sebulan sudah Ayman dan Abang Faris serikan dunia ibu dan ayah..Alhamdulillah, ALLAH berikan semua yang terindah buat kita semua. Semoga berpanjangan berkat dan rahmat dari Nya..dan semoga kita tidak menjadi hamba yang alpa..:)

Big Bro
Abang Faris sangat lemah lembut dengan adik. Suka dodoikan adik sambil berzikir dan tepuk lembut badan adik. Kadang-kadang di belai rambut adik, ibu takut kalau abang tertekan kepala adik. Tapi bila ibu tegur cepat je abang menjawab "abang nak buat rambut pacak jek"..huhu..Pagi tadi abang dah tunjukkan rasa geram pada adik..selepas belai dan kiss adik, tiba-tiba abang cakap 'eii..rasa nak gigit jek adik ni'..haha..itu yang ibu rasa bila tengok adik dan Faris masa kecil dulu. So tak heran abang rasa yang sama, cuma ibu risau kalau abang buat apa yang dia kata. Selembut-lembut belaian abang, ibu tetap kena hati-hati..

Abang rajin bercakap dengan adik, tak sabar la tu nak tunggu adik besar, nak buat geng (ibu harap korang jadi geng la, tak jauh pun beza umur kan?). Pernah abang bawa mainan truck dia yang dah rosak dan minta adik baiki, dengan suara lemah gemalai 'adik..baiki la truck abang dik..baiki lah..'..tergelak ibu tengok. 

Tapi ada barang abang yang belum ready tuk di kongsi dengan adik..contohnya rocker abang..ibu letakkan adik..abang minta adik turun 'ni abang punya..adik turun la', pastu siap leh ngadu pada ibu 'ibu..adik tak nk bagi kat abang..'..huhu

Ibu :: Ayman
Sepanjang sebulan, baru sekali ibu merasa mandikan Ayman..hehe..Tapi lepas ni, hari-hari Ayman akan mandi dengan ibu coz kami dah kembali ke rumah di Kuantan. Sambung pantang secara berdikari..hehe..so esok akan bermula hari yang lebih mencabar dari hari-hari sebelumnya lah kan? coz ibu akan menjaga 2-2 hero semasa ayah bekerja. =)

Sebulan menjaga adik Ayman..langsung tak rasa susah..:)..Adik agak 'pendiam'..susah nak dengar adik menangis, kalau nak susu pun adik just nangis satu 'harakat' jek..haha..ala-ala jeritan gtu..pastu senyap. Kadang-kadang adik just merengek. Cuma kalau diaper penuh dengan popoo, adik akan jerit kuat sikit. So mudah tuk ibu detect..uhuh..Adik suka tidur di tempat bising..huhu..Sebab dari awal ibu letakkan adik tidur depan tv senang tuk ibu pantau..hehe..Minggu pertama adik tidur sepanjang hari, siang dan malam. Masuk pertengahan minggu kedua adik buat persediaan tuk tengok Euro. Sepanjang malam sampai ke subuh adik paksa ibu berjaga, waktu siang adik tidur sepuas-puasnya..Tapi malam tadi adik tidur lena, bangun hanya untuk menyusu tiap 2 jam. Hopefully malam tadi tu permulaan untuk adik berubah shift :)

Baru sebulan..tapi dah banyak perkara yang boleh ibu coretkan untuk kenangan dan bacaan adik dan abang nanti. Kalau nak di ceritakan semua, panjang menjela la entry kali ni..So ibu teruskan dengan gambar la plak..hehe..

hai..saya genap sebulan..badan pun makin montel..:)
 
 orang yang paling banyak berjasa..menjaga ibu dan Ayman sepanjang sebulan berpantang..thanks sayunk..
(sowi lah..susah tul nak dapatkan gambar abang..so ima amik masa abang tidur..abang tertidur masa nk tunggu toilet nak mandikan Ayman..:))


2 hero penyeri hari ibu dan ayah..bila 2-2 tidur sunyi sepi lak rasa..

Stok EBM sepanjang sebulan ni, 1st stok masa hari ke9..Alhamdulillah..:)

Sebulan baru berlalu..masa terlalu cepat berlalu..time..please be kind to me..janganlah cepat sangat sampai masa untuk bekerja..huk...

p/s : Saya sangat GEMBIRA..:Thank You ALLAH :)

Wassalam...

Tuesday, June 5, 2012

Madela FS - Permulaan simpanan untuk Ayman

Salam..

Permulaan Tugasan
Sekarang ibu telah kembali kepada tugasan sebagai pengepam tegar untuk projek  'Membesarkan Anakanda dengan susu ibu' kali kedua..:)..Kali ni seawal minggu pertama ibu dah mula mengepam..beberapa kali mengepam di minggu pertama hasilnya sangatlah sedikit. Korang alami nya tak?Kalau kali pertama mengepam hasilnya meriah, untunglah teruskan usaha dan jangan pernah putus asa. Kalau kali pertama , kedua, ketiga mengepam hasilnya setakat 1oz atau kurang?pun jangan berputus asa. Coz pada ibu itu biasa...ibu mengepam hampir 5 kali yang pertama dengan hasil kurang dari 1oz. Apa yang ibu buat dengan hasil tu? ibu gunakan syringe dan ayah bantu suapkan kepada ayman. Walaupun setitik, susu tu terasa begitu berharga untuk di buang begitu sahaja..:)

Ini EBM pertama yang ibu simpan..2oz..
 Kali terakhir (buat masa ni) avent mencurahkan bakti sebelum ketibaan sahabat baru..hehe

Hari ke9 barulah dapat hasil yang berbaloi untuk di simpan..yang sebelum tu dah selamat masuk perut Ayman..


Madela FS
(Thanks to en google)

Ayman dapat bantuan pam baru. (rujuk pic :)).Madela namanya..hehe..pam avent yang menabur jasa sepanjang menyusukan Faris masih dalam keadaan elok dan masih mampu berbakti, tapi ibu dah jatuh cinta dengan Madela FS sejak pertama kali menggunakannya, saja gatal nak bertukar tuk kali ni (orang lain dah lama guna..huhu). Kebaikannya untuk ibu, lebih  menjimatkan masa coz ia berfungsi secara double pumping. Ibu pun dah manfaatkan fungsi freestyle nya itu. Menggunakan pam sambil mendodoikan Faris yang mengamuk mahukan ibu juga tuk dodoikan dia sedangkan waktu tu ibu sangat perlu mengepam. 

Hasil simpanan
Alhamdulillah..hari ni hari ke21 Ayman di lahirkan, ibu telah berjaya menyimpan hampir 30 paket susu, setiap satu berisi antara 2oz hingga 3.5oz bekalan untuk anakanda tersayang. Bermakna hampir 70oz susu telah berjaya di simpan. Ibu memilih untuk tidak simpan terlalu banyak dalam satu paket untuk mengelakkan pembaziran coz belum tahu keperluan susu bagi Ayman banyak mana untuk setiap penyusuan. Semoga kerajinan ibu semakin meningkat selepas ini, setakat dalam pantang ni, ibu hanya mengepam pada 1-2 kali sahaja pada waktu siang memandangkan Ayman kerap berjaga malam sehingga awal pagi. Sepanjang berjaga Ayman akan kerap menyusu. So pada waktu siang, ibu akan pastikan setiap 2 jam cik 'B' akan di kosongkan. Samaada dengan menyusukan Ayman atau mengepam. Berpegang kepada konsep Supply  & Demand..lebih banyak demand, supply pun akan semakin meningkat. 

Susu Berhijrah
Alhamdulillah juga..penghijrahan EBM dari rumah nenek (my MIL) ke Kuantan, hanya mengambil masa kurang 1jam. Namun cara pemindahan EBM tetap dengan cara yang paling selamat. Dengan menggunakan ice box (murah jek pun) seperti ini..

 ice box di isi dengan ais sebelum di masukkan EBM ke dalamnya

 EBM yang bakal berhijrah..huhu..

 Ini cara simpanan EBM yang baru ibu belajar. Sebelum ni ibu tegakkan plastik simpanan seperti di gambar simpanan susu pertama ibu di atas. Cara baru ni boleh di gunakan untuk lebih menjimatkan ruang simpanan. Jadi, EBM lebih mudah untuk di susun di dalam peti ais kita.

Harapanku
Ahaks...harapan ibu semoga tak kalut untuk mula bekerja nanti. Belajar dari pengalaman, coz masa Faris dulu, ibu mula bekerja dengan stok EBM yang sangat sedikit. Lagi sedikit dari hasil yang dah tersedia untuk Ayman setakat ni. So hopefully, Allah permudahkan perjalanan penyusuan Ayman kali ni. Semoga rezeki Ayman semakin meriah dari hari ke hari.  Agar Ayman dapat menikmati haknya tanpa sebarang kesukaran dan membesar dengan sihat. Target jangka pendek ibu untuk melengkapkan penyusuan secara eksklusif  (Exclusive breastfeeding) sehingga usianya 6bulan (hanya susu ibu, tanpa campuran air masak atau makanan lain)


Chaiyukkkkk....

Wassalam...

nota tuan tanah : bukan bermakna pam menentukan hasil susu kita k. kerajinan, tekad dan kepercayaan pada diri sendiri adalah lebih penting daripada jenama pam. Kadang-kadang, teknik perahan menggunakan tangan  yang dah tentu FREE pun boleh memberikan hasil yang lumayan coz yang penting katakan TIDAK kepada KEMALASAN dan ALASAN..adiosssss


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang