Tuesday, January 15, 2013

Abang pergi School

Salam...

Hari ni 15 Januari genap anakanda Ayman Zafran berusia 8bulan. Alhamdulillah anakanda semakin lasak dan cergas. Semoga adik terus membesar menjadi anak yang soleh dan teman rapat kepada abang Faris Amsyar..:)


 erkkk...mmg la, nampak sangat malas nk menulis entry, tajuk lain pun leh selit cerita lain..huhu..

Nak bercerita tentang anakanda sulung yang dah memulakan sesi 'persekolahan' nya awal minggu lepas. Faris join taska untuk 3 tahun. Apa yang ibu perhati, anakanda suka sangat ke sekolah, teruja nak berjumpa dengan cikgunya dan kawan-kawan. Bersemangat untuk bangun pagi walaupun tidur lewat setiap hari. Hampir tiap hari ibu yang tidur dulu sebelum abang, tapi abang tetap segar di pagi hari..huhu. Sampaikan hari Sabtu pun abang bangun awal pagi n minta nak mandi..huhu
 bila nak dapat uniform ni??
Semalam abang mengadu :
Faris : Ibu, kita kena tidur kalau dah malam kan?teacher  tu suruh abang tidur panas-panas.
Ibu :  hah?school abang panas ke?
Faris : teacher suruh abang tidur panas-panas..masa ada sun. Kita tidur kalau dah malam kan?apa la teacher tu, panas-panas lagi suruh abang tidur
ibu: oowwww...

Bila di pikir barulah ibu paham, maksud Faris, teacher suruh dia tidur siang..hehe..kompem dia duk tak puas hati bila teacher dia suh tidur siang, kompem sebab dia nak bermain kan?huhu..korang tak paham?abaikan...hehe 

Pernah juga abang balik dan mengadu

Faris :  ibu tadi ada orang gaduh dekat school, tak baik kan gaduh-gaduh kan ibu?nanti ALLAH bagi dia storm camne ibu?
Ibu : lain kali kalau orang gaduh abang cakap lah 'tak baik gaduh-gaduh, kena main sama-sama. Abang jangan gaduh tau..
Faris : ok ibu..abang tak gaduh.

Hari-hari ibu teringat kan abang tau..apa la abang buat kat sekolah?menangis ke abang kalau berebut mainan?ada orang buli abang tak atau abang yang membuli?huhuhu..Memandangkan anak ibu ni sentimental orangnya, kalau kena kacau kompem menangis..huhu

Salag satu aktiviti di sekolah,  adalah main lego..eh lego tu brand ke nama permainan tu ek?apa-apa la kan..tapi abang bahasakan 'block'. Selalu kalau di rumah, ayat abang 'ibu buatkan abang elephant' or 'ayah buatkan abang ......'..semuanya dia harapkan ibu dan ayah yang buat. Bila ibu minta abang cuba buat, 'abang kan kecik lagi, abang tak pandai'..ermm..abang belom confident dengan kebolehannya. Tapi sejak dah ke sekolah ni..ermm...

 abang semakin kreatif dan yakin dengan skill abang..hehe

 abang kata ni elephant..hehe


Heheh..besar dah anak ibu sorang ni, ibu harap banyak la yang abang belajar di sekolah abang, belajar tuk bergaul dan belajar tuk menapis baik dan buruk. Semua tu perlukan masa dan sememangnya dalam usia sekarang, semua benda abang akan tiru.

eh satu lagi, dah 2 kali abang bawa balik beg penuh makanan ringan..ermmm..ibu tak berkenan..erk, cerewet ek ibu nih?kena wat homeschooling jek la kalau camni kan?hahahha

Wassalam...

Thursday, January 10, 2013

Kompilasi 2012..huhu



Salam...

adoii..apa punye penyakit la ni...dah 2013 ek..bila last entry blog nih????bulan lepas pun takde??ok..jom blah...huhuhu...



Adik..sian anakanda ibu..kurangnye cerita tentang adik sebab ibu ada penyakit malas menaip..huhu..bukan malas sebenarnya..tapi sejak naik cuti bersalin, (bulan 8 tahun lepas..haha) kerja cam tak pernah stop..ok alasan jek..haha..
Alang-alang dah mula menaip..jom kita bercerita..cerita tentang hero-hero malaya ibu..


Cerita Abang Faris
Adusss..tak sangka..bulan depan ibu akan menjadi ibu kepada anak teruna berusia 3 tahun..syukur Alhamdulillah..besar dah anak ibu..hehe..Abang sekarang semakin pandai demand menu makanan dia..setiap hari selepas ambil abang dari taska, abang akan beritahu ibu menu pilihan abang..antara makanan kegemaran anak mat saleh celup ibu ialah spageti dan makaroni cheese..ibu tak kisah asalkan anak ibu makan :). Anak ibu baru mula bersekolah di tadika awal minggu ni (bermula 7 Jan 2013), so far walaupun abang suka tido lambat, tapi abang tak meragam untuk bangun pagi. Cuma setiap kali nak mula mandi, abang mamai..hehe..tak sabar ibu nak tunggu abang dapat uniform..aduss..abang dah besar..Perkembangan Faris?apa lagi kan..lari semakin laju, bercakap pun semakin lancar macam orang tua..huhu
Adik Ayman
Adik pun dah semakin banyak lulus ujian alahan..hehe..dah semakin bertambah menu harian adik. Bulan ni adik dah nak masuk 8 bulan, baru try menu baru, Rolled oat bersama puri buah...
Berbeza sungguh perkembangan adik dan abang. Adik mula merangkak 24 Disember waktu usia 7 bulan berbanding abang yang merangkak dalam usia 10 bulan..Sekarang adik dah mula meniti dan berpaut untuk berdiri. Habis semua tempat dia berpaut, orang baring pun di panjatnya..huhu. Ayman memang nampak lebih lasak dari abang, mungkin disebabkan ada idola. Abang buat apa pun, adik nampak excited nak join. Alhamdulillah perjalanan penyusuan adik berjalan lancar, stok susu adik masih berjaya di kekalkan, harap ibu semakin rajin supaya stok tu tak surut sebelum masanya..huhu..


 







Cuti-cuti 2012
Sepanjang tahun lepas, sangat terhad masa untuk kita bercuti sekeluarga. Dari awal tahun tumpuan adalah untuk menjaga kandungan..hehe. Pertengahan tahun, adik lahir dan ibu perlu berpantang. Selepas Raya, sekeluarga sibuk untuk persiapan perkahwinan Pak Yong. Hujung bulan barulah kita berpeluang untuk bercuti. Ibu buat tempahan  untuk ke Gold Coast Australia Morib, Selangor seawal bulan September kerana memandangkan dari awal tahun kita takde plan tuk bercuti. Tujuan tempahan ibu adalah untuk kejutan di hari jadi ayah pada bulan Disember. Awal Disember ayah buat plan mengejut untuk ke Genting. Alhamdulillah rezeki adik dan abang dapat jalan-jalan walaupun plan last minit..hehe.

Selamat Ulang Tahun Ayah
Ayah semakin muda..hehe..Selamat ulang tahun tuk abang 27122012. Semoga sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik dan di berikan rezeki yang berterusan..:) Alhamdulillah sama-sama dapat menggembirakan hati ayah di Gold Coast aritu. Adik dan abang pun happy dapat bergembira di Water Park..;). Ayah dapat kek dan hadiah lagi dari pihak hotel..:) Ibu kira, ayah gembira dengan hadiahnya sebab lepas pulang dari Morib, ayah bawa kita bercuti ke Penang pula.  Betapa mencabar  untuk kami mendapatkan tempat penginapan gara-gara cuti di tahun baru yang tidak di rancang awal..tapi memang syok ke Penang. Dapat jugak ayah merasa naik jambatan penang untuk kali pertama..opsss..haha..
Alhamdulillah berlalu sudah 2012,  hampir 4 tahun membina keluarga. :)..wassalam..;p

Thursday, December 6, 2012

Menu Ayman - 6 Bulan

Salam...

Hari ni ibu nak berkongsi menu santapan anakanda Ayman Zafran sepanjang hampir sebulan belajar santap..hehe..

Alhamdulillah Ayman menerima semua hasil tangan ibu dengan seleranya. Membuatkan ibu rasa seronok dan berbaloi bangun tuk mengadap dapur setiap pagi..hehe..

 
Kerja jadi lebih cepat dan mudah dengan bantuan rakan-rakan ibu di dapur..thanks to 'korang semua'..hehe..nak berkenalan?antaranya rakan yang dah lama bersama ibu,sejak mula Faris belajar makan..acu try tengok  Di SINI dan ahli baru..

Avent steamer and blender 
(gambar dari en google)
 

Menu tuk makanan permulaan hanya puri buah-buahan. Ibu sediakan setiap pagi, dan setiap buah di berikan untuk 3 hari berturut supaya sebarang tanda alergik dapat di kesan sepanjang 3 hari tersebut..


Minggu pertama :
**makan 1 kali sehari
**Pear dan Pisang

**pear anjou merah ni sangat sedap..ikhlas cakap, tak pernah beli, 1st time beli tuk masak puri Ayman, Faris dlu pun tak terjumpa pear jenis ni..hehe. Pisang tak perlu di masak untuk di jadikan puree k, lenyek sajo..tapi anakanda kureng suke..
(gambar ihsan en google)
 
Minggu Kedua:
**makan 2 kali sehari
**Pear
**Apple dan avocado (baru)

**kulit avocado masak berwarna ala-ala hitam gelap k, so jgn cuba belah sebelum ianya masak, membazir nanti..hehe..bila dah masak, sangat senang tuk di jadikan puree coz avocado juga adalah buah yang tak perlu di rebus/ stim sebelum di makan. Rasanya sangat lemak berkrim di sukai Ayman dan ibu..sedap bila di campur dengan EBM :)
Apple?sume kenal kan?
(thanks lagi tuk en google)
 

Minggu ketiga:
**makan 3 kali sehari
**Apple dan pear
**bubur beras perang (baru) + puri
** Sweet potato (baru)

**bila mula makan 3 kali, ibu buatkan puri yang sama tuk lunch dan dinner anakanda (di campur dengan bubur beras perang), tuk breakfast puri berlainan.
(en google punya gak)
 
Minggu keempat
**makan 3 kali sehari
**Sweet potato dan apple
**Pumpkin (baru)
dan hari ni hari pertama anakanda makan labu..huhu...


**nanti kita share cara mudah tuk sediakan bubur k..terlalu mudah sampaikan tuk anakanda Faris pun ibu suapkan bubur Ayman..hehe


Ayman dah 2 minggu dalam posisi merangkak..tak sabar nak tunggu dia merangkak, sure kecoh satu rumah..Faris kompem excited kejar adik nanti..:)




Wassalam...
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang