Shopping memang asyiiik banget di Bandung ni..Sangat banyak FACTORY OUTLET. Tapi pandai-pandai la tengok harga coz di FO ni tiada tawar menawar k. Ada juga sesetengah FO yang harganya tinggi berbanding FO lain. Yang paling syok..semua FO ada banyak baju anak-anak yang murah. So memang setiap kali masuk FO kompem si kecil ibu dapat baju or seluar baru..Antara FO yang femes dan wajib pergi (bukan wajib beli k) RUMAH MODE. Ikut kata supir jalan Riau dan Dago yang banyak FO. Di sini FO pun berdekatan sebab tu ada kawan-kawan yang pergi menginap di hotel berlainan setiap malam untuk mudahkan diorang nak shopping tanpa perlukan supir. Sebut aje mau shopping apa, handbag boleh cari di Terminal Tas dan Rumah Tas (ibu suka di sini), atau kasut dan beg jenama tempatan di Elizebeth. Pakaian anak-anak, semua tempat pun ada, di ANAK KECIL memang di khaskan untuk anak-anak. Barangan batik dan kebaya eksklusif di *ibu terlupa..dan Jeans di TOKO TIGA..
RUMAH MODE
~pakaian lelaki +wanita +anak-anak~
RUMAH TAS
Shopping handbag selain dari TERMINAL TAS
~Banyak pilihan..ibu nak pilih handbag Faris sibuk nak neneng~
ANAK KECIL
~pakaian anak-anak..rambang mata di buatnya..di sediakan juga ruang bermain untuk anak-anak~
FASHION WORLD
~cantik kedai ni..semangat nak shopping..huhu~
Batik Eksklusif..lupa nama kedai**
Banyak pakaian batik indon/ jawa di sini..cantik dan kalau convert harga dalam duit Malaysia tetap berbaloi..Tapi kami just tengok-tengok je, nak beli batik nak pakai masa bila lak kan?huhu
~nak ke ayah pakai baju camni?hehe~
TOKO 3
Dipanggil Toko 3 coz 3 kedai (Toko) di gabungkan
Banyak gila pilihan jeans di sini..
Selain FO, ada tempat lain yang menjadi serbuan pelancong untuk shopping..tunggu next entry k..dadaaa




