Friday, May 6, 2011

All About Bandung

salam..

5 hari 4 malam kami ke Bandung..ibu leh kasi 5 bintang untuk trip kali ni..hehe..memang berbaloi-baloi. Destinasi yang sangat sesuai untuk percutian sekeluarga. Selain famous dengan FACTORY OUTLET untuk shopping, di Bandung juga banyak destinasi pelancongan untuk relektasi. So bergantung pada tujuan percutian korang. If nak shopping, pergi seminggu pun takkan cukup kan?Sepanjang seminggu di sana kami cuba juga selitkan untuk mengenali tempat-tempat menarik di Bandung.

Bandung ni banyak tinggalan Belanda coz mereka di jajah lebih 300 tahun oleh Belanda, so BANGUNAN di sana kebanyakannya tinggalan Belanda..cantik..yang selalu di kunjungi pelancong adalah Gedung Sate..korang jangan cari sate lak kat situ coz nama jek sate tapi itu adalah bangunan pemerintah Bandung k..hehe

gambar ihsan en Google..gambar kami tak berapa jelas..

Banyak tentang Bandung yang ibu nak share kan..so kalo agak-agak bosan nanti stop la singgah tuk bulan ni..ahaks..i dont mind..hehe..

Sebagai pembuka entry Bandung..jom cite-cite sal supir..



ini En Fahmi..empunya Travel Agency Bandung Transport. Kami kontek melalui facebook dan telefon aje. Thanks to mummy n daddy adam..:).En Fahmi la yang uruskan hotel dan kenderaan sepanjang di sana. Kereta Fahmi ni paling kecil adalah Avanza (kenderaan yang kami gunakan). Bagus Fahmi ni, sepanjang kami di sana, dia selalu join kami shopping..peramah dan baik orangnya


Aloi dan Faris. Supir tuk hari ke 2 sampai hari terakhir. Hari pertama Otoi, tak sempat lak nak ambil gambar dia.

So far, perkhidmatan diorang bagus. Aloi sangat banyak pengetahuan tentang pelancongan di Bandung. Seronok dengar dia bercerita tentang sejarah Bandung. Kami siap-siap ambil pakej coz memandangkan bawa anak kecil. Tapi ramai jugak kawan-kawan Malaysia yang kami jumpa di sana yang tak ambil perkhidmatan supir. Diorang gamble jalan sendiri memandangkan kebanyakan factory outlet di sana berdekatan.

ok..next entry sambung sal Hotel lak k..dadaaaa

Thursday, May 5, 2011

Dinner-Arabic Night

Ini sesi malam..sambungan entry Family day..
Dinner bertemakan Arabic Night..ibu n ayah wakilkan Faris tuk menepati tema..coz ibu n ayah tak sempat pun nak cari baju..hehe


 Pak Arab kecil ibu..awal-awal mengamuk nak pakai baju..tapi bila dah di pakaikan suka lak dia..tersengih-sengih, perasan ensem agaknya..huhu


Persembahan dari kumpulan 'ibu lupa nama kump diorang'..macam-macam tarian tuk menggamatkan suasana

ibu yang serabai...huhu..

ini yang di nanti-nantikan oleh semua..kurang jelas?

hah ini lah orangnya..korang kenal kan?suara dia..memang mantopp

man tangan kiri..

with ayah yang langsung tak Arab..hehe


habis dinner kami terus balik ke rumah..tak tidur di hotel coz dah janji nak ambil mak anjang Faris yang akan sampai di terminal Kuantan jam 2 pagi..Sepanjang dinner cam biasa ada cabutan bertuah..bertuah sungguh mereka-mereka yang berjaya..hadiah utama adalah motosikal, antara hadiah yang tahap best gile..handphone blackberry,mesin basuh 8kg, TV LED, dan galaksi tab..kalau ibu yang dapat memang tak tidur malam lah..huhu..

Family Day @ Swiss Garden Resort & Spa

ini kisah Jumaat yang lepas..sebelum kami berangkat ke Bandung..:)

Family day company suamiku..diadakan di Swiss Garden Resort & Spa Kuantan. Ibu suka la dengan konsep family day diorang ni..macam-macam ada, tapi kami sempat join 1st day je iaitu pada hari Jumaat, hari Sabtu kami tak join coz dah berangkat ke Bandung..

Konsep ikut intrepretasi ibu sendiri la k..daku kategorikan diorang nye konsep pada hari Jumaat tu sebagai konsep relax & santai gitu. Jam 2 petang, dah mula registration dan check in hotel.

Di tepi pantai, pelbagai booth di buka untuk di kunjungi oleh semua yang hadir. First booth adalah booth mainan untuk kanak-kanak. Mak Ayah leh dapatkan mainan untuk anak-anak secara percuma di sini k.

Faris terpaksa redha ambil mainan ikut pilihan ayah..Faris pilih set bowling tapi ayah suruh ambil mainan yang keluarkan belon tu (ibu tak ambil pulak gambarnye..hehe)

Then, boleh la manikmati khidmat di booth yang disediakan..ada tuk massage, inai Henna, photography, dan beberapa lagi..ku kira begini udah syiook..


 Jamuan makan diadakan secara layan diri..

Selepas makan-makan kami naik ke bilik tuk siap-siapkan si kecil nak mandi pantai

 bapak-bapak duk main bola tepi pantai..ibu-ibu bawa anak mandi di swimming pool @ pantai..ibu bawa Faris mandi di pantai..coz ibu malas nak berbasah-basahan di swimming pool..hehe


Jam 7 kami dah naik ke bilik semula tuk bersiap ke diner lak yang bermula jam 8 malam..tunggu next entry k..ibu udah capek..:)
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang