Anak ibu baru jek tertidur..puas ibu dodoi n pujuk..menangis dengan air liur yang sentiasa meleleh, ibu tahu anak ibu tak sihat..waktu macam ni ibu berharap sangat kalau Faris boleh bercakap, beritahu ibu mana tempat sakit n apa yang boleh ibu buat..sedih hati ibu..
Faris demam sejak Jumaat malam haritu, ibu n ayah sangka demam biasa beralih bulan or sebab anak ibu nak tumbuh gigi..tapi rupanya anak ibu kena jangkitan Hand foot and mouth disease, tak pasti dari mana jangkitan tu berpunca. Sabtu malam Faris langsgung taknak menyusu dengan ibu, ibu dah terasa pelik coz selalunya ibu adalah ubat penenang Faris, lagi-lagi bila anak ibu demam. ibu n ayah bertambah risau bila nampak ada bintik-bintik berair di tapak kaki dan tangan Faris. Bila ke GH semalam (ahad) baru la dapat jawapannya..tapi still ibu n ayah tak berpuas hati memandangkan doctor di GH hanya berikan ubat demam biasa. Sedangkan anak ibu langsung tak dapat makan n menyusu. Selepas ke KMC tengahari tadi n dapat ubat tuk kurangkan sakit dalam mulut baru la anak ibu dapat menyusu n makan. Sayu hati ibu tengok Faris makan selepas 2 hari tak makan or menyusu seperti kebiasaannya. Alhamdulillah hari ni demam Faris dah kurang n anak ibu semakin aktif n kurang menangis. Ulser dalam mulut masih banyak, tapi ibu harap Faris kuat tuk lawan sakit tu. 2 hari tak makan buatkan anak ibu nampak susut, hilang perut buncit. Ibu pun alami bengkak *b coz faris langsung tak nyunyut walaupun ibu dah tambah kekerapan mengepam. Harap jangan lah ibu demam pulak. Ibu harap ALLAH pelihara Faris supaya Faris cepat sembuh. Sekarang tanpa ayah di rumah dan Faris yang tak sihat, ibu tahu ibu perlu lebih kuat...




