Thursday, June 6, 2013

Seoul - Jom Jalan-jalan (pt1)

Salam..

Alhamdulillah akhirnya sampai juga niat nak meneruskan catatan pengembaraan di Seoul..huhu..So kita mulakan dengan....


Hari Pertama:

Hari pertama kami sampai bersamaan hari Rabu. Kami sampai lewat petang ke Seoul coz dari incheon Airport ke Seoul mengambil masa lebih kurang sejam menaiki kereta. So bila sampai Seoul kami just check in Hotel (dalam entry lepas) dan keluar tuk dinner. Untungnya tinggal di Hotel ni sebab kedai dan restoren banyak, so untuk hari pertama kami makan di Restoran berdekatan hotel sahaja.


 Uncle's Grilled Fish

 Set ikan bakar dan yang penting ada kimchi..hehe..


 Nasi dan belakang tu wasabi..baru sampai kan?nak amik gambar pun tak berapa nak 'mood' lagi..hehe..Nasi dia biasa la, sticky rice gitu..Faris leh makan semangkuk tu tanpa lauk..ibu lak leh tambah lagi semangkuk..haha..mana nak cukup semangkuk kecik tu..;p
 
susu pisang..hehe..yang ni hampir hari-hari ibu beli..rindu lak dengan rasanya..


Hari Ke2 
Lotte World, Namsan Seoul Tower dan Itaewon

Hari ke2, bermulalah pengembaran di bumi Seoul..hehe. Tempat pertama kami ke Lotte World.. agendanya adalah untuk menghiburkan hati anak-anak. Lotte world ni adalah 'Universal Studio' Korea..hehe..ala-ala la kan..tapi rasanya Lotte World ni banyak indoor game. Untuk anak-anak memang sesuai sangat kan?kalau outdoor nanti tak banyak yang budak leh main. Kami pilih Lotte World berbanding Everland coz Everland jauh dari Seoul.

Di lotte world agak susah untuk mencari makanan halal, kami hanya makan fast food, burger udang dan sotong..sedap tu..itu kali pertama makan dan bukan yang terakhir..:). Untuk adik, sentiasa ada bekalan makanan ibu siapkan sebelum keluar dari hotel. Bimbang juga kalau abang Faris lapar atau minta makanan yang tidak boleh di makan jadi ibu sentiasa bawa snack dalam beg, antaranya roti, biskut dan buah (epal dan pisang).
 Fantasy Forest


 semua jenis train yang ada dalam lotte world ni kitorang naik..paling best train yang bawa kita tengok pemandangan seluruh lotte world ni dari atas..memang banyak 'pengangkutan' dalam ni..belon udara pun ada k..anak-anak memang main sampai tak nak balik





 di sini pun banyak roller coaster k..mengerikan..haha..dah lama tinggalkan zaman roller coaster, nak naik semula tu memang tak la kot..huhu..

pertunjukan maskot di lotte world..ramai budak cute dari taska yang di bawa oleh cikgu2 mereka ke sini.


Lotte World Folk Museum

Berada di dalam lotte world. Seronok tengok miniature diorang. Nampak real sangat..




Selesai di Lotte World kami ke Namsan Seoul Tower. Kami naik bas ke Namsan Tower, selain bas boleh juga ke sini menaiki cable car. Stesen cable car pun tak jauh dari tempat kami menginap. Mujur ibu tak pernah travel dengan kasut tinggi..haha..kalau wadges pun leh tercabut kaki kot. Nak ke Namsan pun dah mendaki bukit 90 darjah condongnya. So pilihlah kasut yang sesuai ye..huhu

Sambil menunggu bas kami singgah di taman berhampiran..taman buatan tapi cantik landskapnya..



 inilah bukit yang perlu di daki untuk ke Nasmsan Tower k..gigih anak teruna ibu berlari..huhu..sebab masa ni dah fully recharge, tidur sepanjang perjalanan dari Lotte ke Namsan Tower



Di sini ramai la yang percaya tuk 'lock' cinta mereka..haha..penuh kunci-kunci cinta tu, nampak tak? kalau teringin tak perlu bawa mangga dari rumah k, kat sini pun banyak jual..haha..

Di Namsan Tower juga ada Teddy Bear Museum.

Sebelum malam kami dah gerak untuk ke ITAEWON..Tempat yang di kenali di Seoul sebagai tempat makanan halal. Banyak restoran yang menyajikan makanan luar di sini dan yang penting halal. Juga terdapat masjid di sini.


 Kami makan di Kedai Nasi Beriani Pak Ali. sedapppp sampai terpecah sebiji pinggan di kedai ni..Faris meninggalkan kenangan tuk Pak Ali dan isterinya..haha


p/s : Kami jamak di Lotte World, solat di bahagian tangga je. Memang susah nak jumpa surau, nama pun bukan negara Islam kan? Tapi cabaran camni la yang seronok, suasana camni boleh buat kita sedar, dalam keadaan camne pun solat jangan di abaikan. takde sejadah takde telekung or even takde surau bukan halangan kan? solat beralaskan jaket, dan ibu prefer bawa jaket tuk gantikan telekung..kalau buat kat Malaysia memang pelik la kan?haha..Satu lagi, toilet di Korea memang takde air k, kalau ada di sediakan paip pun hanya di sinki sahaja..huhu..so spare la botol setiap kali nak masuk toilet..;)


OK..setel tuk hari ni..kita jumpa lagi di entry seterusnya esok or mungkin minggu depan..huhu..wassalam..:)
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang