Selamat tengahari ibu-ibu dan bapak-bapak..
Apa aktiviti hari ini? ke pasar untuk membeli bahan mentah? ke bandar untuk membeli persiapan raya? atau di dapur menyediakan juadah untuk bersahur?
InsyaALLAH esok kita semua akan berpuasa dan menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan. Alhamdulillah tahun ini, ibu dan Faris dapat berpuasa sepenuhnya bersama ayah. Tahun lepas, ayah berpuasa di Kuala Lumpur dan hanya pulang pada hujung minggu sahaja.
Ibu sedang memasak singgang tulang, perlu di masak awal supaya keenakanya lebih terasa untuk di makan di waktu sahur nanti..hehe..anakanda sedang tidur, menanti anakanda bangun untuk ibu ke kedai berdekatan, ibu mahu beli santan untuk bubur pulut hitam hidangan makan petang nanti. Apa menu kawan-kawan?
Seminggu ibu berehat daripada blog, tapi dapat juga sekali sekala menjenguk blog kawan-kawan. Sebenarnya anakanda demam sejak Ahad lepas, berpanjangan pula demamnya kali ni. Alhamdulillah semalam suhu dia turun ke suhu normal selepas hampir seminggu demam. Kesian anak ibu, selepas 4 hari demam ibu bawa Faris ke KMC, doktor arahkan untuk di masukkan ke wad tetapi ibu enggan memikirkan ibu mahu cari alternatif lain. Tujuan ke hospital cuma untuk pastikan Faris tidak mengalami demam lain seperti denggi. Selepas sah ujian darah untuk denggi negatif, ibu cuba cara lain. Alhamdulillah dengan izin ALLAH, air bacaan ayat suci Al-Quran berjaya dapat mengembalikan kesihatan anakanda. Sepanjang demam, Faris langsung tak mahu berenggang dari ibu, sepanjang malam mahu bergayut neneng dengan ibu. Akibatnya ibu pula mengalami sakit belakang sehingga mengganggu tidur.
Banyak cerita yang belum ibu ceritakan di diari untuk anak ibu ini, InsyaALLAH esok akan ibu sambung bercerita tentang hari sukan Faris. Hari ini ibu bersiaran (ahaks) khas untuk mengucapkan 'SELAMAT BERPUASA' kepada semua kawan-kawan alam maya ibu dan semua yang sudi membaca. Maaf kepada geng blogger Pahang, untuk kali ke2 ibu masih belum dapat sertai perjumpaan.
Semoga bulan ini membawa keberkatan kepada kita semua. Tidak sabar untuk bawa anakanda bertarawikh.InsyaALLAH..