“Allah tidak akan membebani hambanNya melainkan dengan kemampuanNya”
Disember 2021 tahun ni memang lain daripada bulan-bulan yg lain. Bermula 14 Dis, hari Selasa balik dari kerja kepala dan badan rasa sakit dan lemah sangat-sangat. Lepas solat maghrib memang terus berbaring, bgtau en suami yg ibu nak demam. Ibu jenis yang sangat jarang demam (last demam, lebih 2 tahun lepas kot) Suhu setakat 38+ je malam tu.
Tapi malam tu tuk sedapkan hati, ibu buat saliva test. Alhamdulillah negatif. Esoknya (Rabu), anak2 nak berkhatan, ibu memang dah minta izin office tuk masuk lewat sebelum ni coz plannya nak bawa anak-anak berkhatan. Tapi disebabkan badan tak sihat, so ibu tak follow.
Rabu, awal pagi lagi bapak dah sampai dari kampung coz nak tengok cucunya berkhatan. Demam dan bapak ada, tambah risau. So ibu on mask sepanjang masa di rumah & kuarantinkan diri.
Khamis, ibu masih demam, 1 badan sakit. Demam menggigil, daripada kuarantin sorang2 terpaksa panggil suami naik minta extra toto. Sepanjang 3 hari tu, ibu paling kerap guna peppermint eo, coz kepala sakit.
Hari Jumaat, badan dah takde demam.
Dah start hilang suara, badan masih lagi sakit-sakit dan kepala sakit so ibu pergi cek klinik, bila bgtau doctor dah buat saliva test negatif dan dah takde demam, doctor bgtau tak perlu buat swab. Bila doctor yakin, ibu pun rasa lega.
Tapi malam hari Jumaat tu, bau peppermint eo yg sll ibu guna dah x kuat kat hidung, so bgtau en suami, dia respon itu memang reaction bila nak selesema. Dia sll alami benda tu, tapi benda ni 1st time tuk ibu. So ibu ghisau. Buat saliva test lagi sekali, Negatif!
18 Dis, hari Sabtu pagi tu bapak dah balik kampung tanpa bersentuhan langsung dan memang jarakkan diri dari bapak sepanjang masa. Umar yg turut berkhatan disini juga dijemput oleh mummy & daddynya tuk bawa balik ke KL. En suami pulak mula demam, so ibu terpaksa handle suami & anak-anak yang tengah berpantang. Ibu tuam en suami dengan lemon eo, bagi makan 2 biji sul4zyme dan 1 inner defence. Syukur sangat-sangat en suami demam sekejap je, dalam berapa jam je suhu dia daripada 39 turun, dan petang tu dia dah sihat. Untung ada org jaga๐. Sepanjng hari tu, Ibu handle anak2 dengan doa yg xberhenti dari mulut sebab ibu masih ada perasaan yang “aku rasa aku covid“๐ yela..demam apa yg sampai hilang deria bau????
Waktu ni dah bermesej dgn kawan ex covid tuk tau simptom, dan dah decide dengan en suami tuk buat swab test esoknya (Ahad). Pagi ahad tu sebelum ke klinik en suami buat saliva test. MasyaAllah naik double line walaupun terlalu samar. Saliva kit ni memang pilih orang!!! Terus kami bersiap ke klinik, dan hasil nasal swab test ibu memang jelas naik double line. Nampaknya ibu memang kena test mahal, saliva 2 kali walaupun dengan simptom langsung tak detect. Mujur Allah tunjuk lagi tanda lain, hilang deria bau (Ahad tu totally tak boleh bau langsung). Balik dari klinik, test semua anak-anak. Daripada 4 orang, faris je yang positif. Selepas sah positif, kami follow semua sop KKM termasuk maklumkan kepada semua closed contact. Daripada semua closed contact, hanya Umar yg berada disini sepanjang ibu tak sihat, positif covid tanoa simptom.
Alhamdulillah 19hb - 30 Disember total hari kami semua dikuarantin. Faris positif tanpa simptom, Alhamdulillah sihat dan kembali pulih daripada berkhatan. En suami demam tuk beberapa jam, hilang deria bau tuk sehari tanpa batuk dan selesema. Ibu demam 2 hari, hilang deria bau dan rasa hampir seminggu, batuk dan bersuara seperti ratu rock sehingga hari ini.
Sepanjang “tak yakin covid atau tidak” sehingga disahkan positif, dalam kepala ibu adalah kawan-kawan opis dan bapak yang dah berusia. Tak tido malam weh fikirkan mereka yang berisiko. Tak boleh tido memikirkan siapa yang ibu dah beri kesan sebab ibu sendiri tak pasti dapat dari mana & bila bermula. Kesan paling besar covid pada ibu, sakit sendiri boleh tanggung, tapi mentally sangat risaukan org sekeliling.
Dugaan dan ujian kecil yg Allah berikan tanda kasih sayangNya kepada kami sekeluarga. Semoga diampunkan segala dosa kami, kami juga memohon maaf andai ada yang terasa hati sepanjang perkenalan kita. Tahun ini akan dikenang dan ujian dan cabaran juga adalah nikmat yang kami syukuri. Alhamdulillah
Sory panjang post kali ni..tuk ibu kenang nanti, yg habis baca, syabas!!! Semoga korang dilindungi selalu.
Nasal swab sahkan dan kompemkan faris positif
Abang Faris yg terakhir potong gelang
Ujian juga nikmat!!
Dapat gelang!!
Aisy menangis sakan
3 geng gelang pink, negatif. Alhamdulillah
Saliva test anak-anak pada 19hb Dis..bawah sekali hasil yg Faris
Aktiviti di hari kuarantin
Hari-hari update di my sejahtera dan dapat panggilan KKM tuk pantau kesihatan kita.
Hari potong gelang.
Syukur alhamdulillah, 3 orang anak kekal negatif walaupun xdapat nak asingkan. Sebab ibu ayah dan abg sulung yg sll menjaga diorg pun positif.
Bila mula xdapat detect bau eo ni, memang ibu pelik giler
Nasal swab anak-anak
Hasil nasal swab ibu dan ayah. Yg merah terang tu ibu punya, ayah masih samar
Day1 berkhatan. Ibu turun jenguk sekali sekala je tapi ibu tak dtg dekat diorang.
Hari discharged
3 positif bergelang biru
Gunakan sehabis baik hari-hari kuarantin. Faris masa awal tau ibu positif, dia menangis risau mungkin sebab dah banyak tengok berita kematian, dia risaukan ibu dan ayah.
Asessment day, alhamdulillah semua lepas ujian tuk kuarantin di rumah
Nasal swab anak-anak selepas ibu ayah sah positif
Saliva test pertama en suami, samar sangat kan?